CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Maid' Tertekan Dipaksa Tidur Sekatil Dengan Bapa Majikan Berusia 104 Tahun

13-12-2020 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13868| Komen: 159

Singapura: Seorang pembantu rumah warga Myanmar mendakwa tertekan hingga mengalami gangguan mental akibat dipaksa tidur sekatil dengan bapa kepada majikannya berusia 104 tahun.

TribunNews memetik Lianhe Wanbou melaporkan, mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa bukan hanya diminta tidur sekatil, tetapi terpaksa bangun setiap 30 minit untuk memimpin warga emas berkenaan ke tandas.



Gambar hiasan

Pada masa sama, pembantu rumah itu ditugaskan menjaga ibu majikannya yang berusia 92 tahun sejak Disember tahun lalu.

Disebabkan tidak dapat membendung perasaannya, pembantu rumah berkenaan menangis ketika mengikut majikannya keluar berjalan.

Majikannya berusia 65 tahun menyedarinya dan melaporkan kepada polis selepas gadis itu enggan pulang ke rumah kerana bimbang pembantu rumahnya mencederakan diri.

Menurut laporan Chinese Daily, pembantu rumah itu mendedahkan mula menjaga bapa majikannya selepas lelaki berkenaan dibenarkan keluar dari hospital.


Katanya, dia dipaksa tidur sekatil dengan lelaki itu bagi memastikannya tidak jatuh dan memudahkannya memantau keadaan.

"Saya keberatan, tetapi anak majikan yang berusia 33 tahun memaksa hingga saya tidak dapat menolaknya.

"Saya akan dimarahi setiap kali datuknya enggan bersenam, makan terlalu lambat atau mengalami masalah di tandas. Keadaan itu membuatkan saya tertekan," katanya.

Pembantu rumah itu juga mendakwa tidak dibayar gaji selain dihalang mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan telinga dan demam.

Namun, majikannya terlepas daripada pertuduhan dan menafikan dakwaan yang mengatakan bapanya hanya ke tandas setiap dua jam, bukan 30 minit seperti didakwa.

Lelaki itu berkata, anaknya mungkin bersikap kasar tetapi dia tidak diberitahu pembantu rumah berkenaan mengenai masalah kesihatan dihadapinya.

"Tahun ini, dunia dilanda Covid-19 dan kami tentunya bimbang jika dia demam. Jadi, kenapa pula kami mahu menghalangnya bertemu dengan doktor?

"Soal gaji pula sudah sepakat untuk membayarnya setiap bulan mengikut perjanjian asal," katanya.

Berikutan kes itu, pembantu rumah itu dipulangkan kembali ke agensinya. Namun, wakil agensi itu tidak berpuas hati dan menghubungi ibu kepada majikan pembantu rumah serta menuduh keluarganya melakukan penganiayaan.

Agensi itu pada mulanya bercadang mengambil tindakan, tetapi akhirnya memohon maaf atas keterlanjuran kakitangannya yang bersikap tegas kerana mahu membela nasib pekerja.

Ibu kepada majikan pembantu rumah itu juga memohon maaf atas sikap cucunya yang mungkin menimbulkan rasa tidak senang.


Sumber: Harian Metro

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-12-2020 06:21 PM
Tak sanggup nk jaga orang tua orang lain 24jam selain mak pak sendiri...mmg boleh jadi gila...jaga budak2 anak orang pun akak x sanggup..
Quote becir 13-12-2020 06:25 PM
Ko gila APA shaitan ingat bngun setiap 2 jam Tu tak penat ke? Lain la 6 jam sekali..Bodo anak beranak ni.
Quote Manjahati 13-12-2020 06:31 PM
Tido sekatil dgn atok  umur 104 tahun
Quote lavendernovella 13-12-2020 06:36 PM
Jangan lah amik kesempatan melampau dengan alasan dia sebagai maid , dan kau sebagai tuan suka suki jer nak berbuat apa sampai maid tu dah macam tahap hamba abdi.

Jiran iol masa parentnya hidup lagi mmg amik maid , jaga makan minum, tukar pampers all over semua. Maid tu kecik molek jer orangnya. So imejin dia nak urus sepasang orang tua yg sakit duduk kerusi roda, pagi petang siang malam , tanpa cuti. Yes, tak ada cuti langsung. Iol tau sbb , iol tanya sendiri maid tu, tgk mata dia yang sentiasa suram. Jadi dia bukak mulut. Bertahun2 kerja takder cuti. Badan sakit2 sebab hari2 mengangkat orang2 tua ni nak mandi. Zalim tak?

Anak2 kelihatan mmg amik berat pada kedua parentnya tu, sebb ikut rotation rumah ke rumah. Kemana aje si maid akan mengikut. Tapi tetaplah si maid ni yang buat semua. Patut iol tgk dia sentiasa macam tak sihat. Sentiasa kelihatan macam orang demam.  Umur sheol pun bukan muda sangat.

Quote Tinot7 13-12-2020 06:48 PM
Dolu2 mmg ada byk citer org sana dera maid apa sumer tu, kan?
Quote missus_meow 13-12-2020 06:54 PM
ni bkn maid tp kuli ...
Quote sweetrevenge16 13-12-2020 07:09 PM
lavendernovella replied at 13-12-2020 06:36 PM
Jangan lah amik kesempatan melampau dengan alasan dia sebagai maid , dan kau sebagai tuan suka suki  ...

Betul uolss kdg2 iols pelik tgk org lyn maid ni lebih dr hamba abdi,
Quote Kakalongmu 13-12-2020 07:29 PM
Patut deols hire 2 maids. Bole gilir2 jaga kebaikan dua warga tua tu.. Kalu dah atok tiap 30minit nak tekucil apa salahnya boh pampers dewasa. Kebajikan both atok dan maid terjaga
Quote gigahertz 13-12-2020 07:37 PM
missus_meow: ni bkn maid tp kuli ...

Bende2 mcm ni yang merisaukan i sebenarnya.
Nak di hantar ke rumah org tua nampak biadap
Nak urus sendiri. Pergi keje cerah.balik dah gelap.
Nak bini tolong urus. Kudrat perempuan mana la kuat.
Kalau sakit jantung terus mati takpe. Tapi penyakit
Mcm diabetis / stroke. Tak mampu nak urus diri sendiri.

I akan menghadapi bende ni lagi 20 tahun. Masa tu umur
I maybe 50 dan parents i maybe 80.
Mcm mana ya nak hadapi ?
Quote lavendernovella 13-12-2020 07:47 PM
sweetrevenge16 replied at 13-12-2020 07:09 PM
Betul uolss kdg2 iols pelik tgk org lyn maid ni lebih dr hamba abdi,

Iol tgk pun rasa empati , tp segala isi tuan rumah yg iol perati sorang2 semacam takder apa2 feeling pun. Tak ke pelik...  tapi malas lah nak tanya lebih2 nanti jadi lain pulak. Kat mana2 pun jadi benda macam ni.
So kedua parent tadi dah pun meninggal, maid tu pun balik negara asal. Iol harap dia dpt kebahagiaan dia dgn anak2 dan family.
Quote syamzana 13-12-2020 08:16 PM
gigahertz replied at 13-12-2020 07:37 PM
Bende2 mcm ni yang merisaukan i sebenarnya.
Nak di hantar ke rumah org tua nampak biadap
Nak uru ...

hire la maid/caregiver. kat penang ni ada satu yg kite blh upah utk certain time (siang/malam/cuti). kalau dah suami isteri kerja hire la utk siang hari saje. nak mudah ambil la maid khas utk jg parents saje. sambil2 kita pun blh bljr mcm mana nak jaga org tua yg sakit terutamanya strok.
Quote Xim 13-12-2020 08:20 PM
Makpak sendiri malas nak jaga,dah janji nk bg gaji x dibayar plak....tp sggp plak ye bertahan....
Quote naina 13-12-2020 08:37 PM
gigahertz replied at 13-12-2020 07:37 PM
Bende2 mcm ni yang merisaukan i sebenarnya.
Nak di hantar ke rumah org tua nampak biadap
Nak uru ...

Kenapa kata lagi 20 tahun? Confirm ke akan hidup lg 20 tahun
Quote naina 13-12-2020 08:38 PM
Klu orang cina buat maid mmg betol2 mcm hamba abdi. Siap dera bagai..tengking2. Klu melayu maid indon mudah kena tipu plak majikan malayu
Quote sarah82 13-12-2020 08:47 PM
org tua2 mmg mcm tu...percaya lah..silap2 angpa sendiri tak mampu tahan dgn mak bapa sendiri...aku selalu tengok.

biasanya umur 80 an ke atas mmg ada masalah tido. ada masa dia tido seharian ada masa langsung tak mo tido.

sebab tu harus diingat kalau ada duit ambik caretaker, kena faham, upah angpa bayar beribu sebulan bukan utk jaga rumah tapi semata2 jaga mak bapa angpa yg dah tua.

tugas jaga rumah semua tu tugas bibik...
Quote sarah82 13-12-2020 08:48 PM
syamzana replied at 13-12-2020 08:16 PM
hire la maid/caregiver. kat penang ni ada satu yg kite blh upah utk certain time (siang/malam/cuti ...

mcm servis aku buat la.

tapi ada benak2 dalam ni suka hina pekerjaan caregiver ni.
Quote fuyupoktek 13-12-2020 08:53 PM
sarah82 replied at 13-12-2020 08:48 PM
mcm servis aku buat la.

tapi ada benak2 dalam ni suka hina pekerjaan caregiver ni.

Hebatla sis. Bg tips sikit utk cmane nk bersabar stiap kali jaga org tua yela kdg2 angin jgk satu badan
Quote sarah82 13-12-2020 08:56 PM
fuyupoktek replied at 13-12-2020 08:53 PM
Hebatla sis. Bg tips sikit utk cmane nk bersabar stiap kali jaga org tua yela kdg2 angin jgk satu  ...

simple...lantakkan saja...kadang2 hangin juga bila kita kena makin atau nasihat tak dengar...mcm kanak2 ribena...so bila rasa geram tu, iols selalu lepak kat luar kena angin dan minum air ais...dah sejuk masuk lepak balik dgn tok. org tua mmg banyak karenah....bagi yg jaga mak bapa sendiri...anggap dulu kita pun banyak karenah susahkan depa semasa nak besarkan kita.

Quote CiliPadiSedap 13-12-2020 08:57 PM
sarah82 replied at 13-12-2020 08:48 PM
mcm servis aku buat la.

tapi ada benak2 dalam ni suka hina pekerjaan caregiver ni.

kalau dia hina lumur najis parent dia org kt muka dia

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.369420 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top