Pengacara dan pelakon Ain Edruce membuat kejutan menghadiahkan sebuah piano bernilai RM20,000 untuk suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka baru-baru ini. Momen kejutan tersebut dikongsi Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 28, menerusi sebuah video dalam saluran YouTubenya semalam. Dalam video tersebut, Amirul dilihat terkejut dengan hadiah yang diterima sehingga mencetuskan tanda tanya bagaimana isterinya membawa masuk piano tersebut ke tingkat satu kediaman mereka. “Sayang, saya ada hadiah untuk awak di atas. Gembira tak? “Saya beli hadiah ini supaya awak dapat belajar bermain piano dan buktikan saya bukan berpura-pura pandai selama ini,” katanya dalam video tersebut. Bagaimanapun, Amirul memberitahu hadiah tersebut bukan untuk dirinya tetapi akan menjadi milik Ain kerana dia tidak pandai bermain piano. “Sumpahlah awak beli piano ini? Macam mana boleh bawa naik ke atas? “Ini bukan untuk saya tapi hadiah awak (Ain). Ini tidak adil,” ujarnya. Ain ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan nilai piano tersebut dan memberitahu tujuannya membeli alat muzik itu adalah untuk kegunaan bakal cahaya mata sulung mereka pada masa akan datang. “Insya-Allah kalau usia piano ini panjang, saya memang bercadang untuk mengajar dan menghantar anak mengikuti kelas piano,” katanya ringkas. Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu dan reaksi Amirul ketika melihat hadiah tersebut. Terdahulu, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2019 dan kini pengacara program Immortal Song itu sedang hamil empat bulan. Beruntunglah dapat hadiah sempena ulang tahun perkahwinan, mahal pula tu. Tapi kan sebenarnya mahal ke murah tak penting pun janji pasangan kita sentiasa ingat tarikh keramat permulaan hidup bersama sebagai suami isteri kan! - CARI Sumber – K! ONLINE |
likecandy replied at 14-12-2020 02:53 AM
Jadi sheols ngan husband x reti main piano ke
Tapi gigih nak beli jugak
Nasib kaya
sukacactus replied at 14-12-2020 07:15 AM
Ain boleh je main, kaedahnya dia beli utk dia bkn laki
likecandy replied at 14-12-2020 08:21 AM
Ooh I x follow dia jadi x tau sheols boleh main ke x
Harap anaknya pon minat nak piano nanti, jgn ...
sukacactus replied at 14-12-2020 07:13 AM
Aku kelakar tgk video tu smlm
Yg pandai main tu ain bkn laki dia
Tp hadiah anni ain utk laki
lattehazelnut replied at 14-12-2020 08:38 AM
Kan sebenarnye i rasa beli utk diri sendiri..
ADVERTISEMENT