Demi kepuasan bergambar, sepasang ibu bapa sanggup merisikokan nyawa anak kecil mereka! Tindakan ibu bapa tersebut nyata mengejutkan ramai, apabila mereka berani meletakkan dua anak kecil berdekatan dengan pinggir tebing tinggi, di West Bay, Dorset.
Menerusi gambar yang tular, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia lapan tahun sedang duduk dengan kakinya 'tergantung' di tebing, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki duduk bersebelahannya dengan wajah mengadap kamera. Jelas sekali pasangan suami isteri itu mengabaikan papan tanda amaran yang dipasang oleh pengawal pantai dan pihak berkuasa tempatan yang mengingatkan orang ramai untuk tidak berdiri terlalu dekat dengan tebing. Menurut seorang pelancong, Mazz Blehs, 57, dari Bournemouth, tindakan berani empat beranak itu disedari oleh suaminya. "Suami saya melihat mereka terlebih dahulu dengan teropongnya dan berkata 'lihat itu'. Saya tidak percaya. "Lelaki itu meletakkan gadis dan budak lelaki itu di tebing untuk mengambil gambar," ceritanya. -CARI
|
sarah82 replied at 14-12-2020 10:15 AM
Demi sesuap LIKE.. Mmg batak like betul.. Ingatkan ummah omputeh pujaan URBAN BERKERAK cerdik dan te ...
Buritan replied at 14-12-2020 02:07 PM
Banglaa laa.. tak pun indonn... aku teropong td.. bkn ummah kokesen sanjungan ummah mulayu berkera ...
ADVERTISEMENT