CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nobita Asyik Masuk Bilik Mandi Sizuka, Warganet Jepun Buat Petisyen Bantahan

16-12-2020 11:38 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 7136| Komen: 15|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : soranews24, parhlo.com

Kartun bersiri kanak-kanak popular, Doraemon kini berdepan bantahan daripada warga Jepun ekoran babak-babak yang dikatakan tidak sesuai ditonton oleh penonton yang rata-ratanya terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Babak yang dimaksudkan adalah aksi-aksi Shizuka di dalam bilik mandi walaupun tiada keperluan untuk babak tersebut. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ditambah dengan babak Nobita yang seringkali tersalah masuk ketika Shizuka sedang mandi.

Ekoran tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, sekumpulan ibu bapa yang turut membesar dengan kartun Doraemon bertindak memulakan petisyen bantahan di Change.org bagi mendesak penerbit Doraemon membuang semua babak-babak di bilik mandi Shizuka. 


Petisyen bertarikh 3 Disember itu antara lain berbunyi,

"Kami pernah menjadi kanak-kanak yang meminati Doraemon dan kini kami telah menjadi ibu dan bapa yang juga menjadikan Doraemon sebagai bahan tontonan hiburan untuk anak-anak kami.

"Kami telah belajar erti persahabatan dan keberanian melalui 'Doraemon' dan kami mahu anak-anak kami melalui perkara sama.


Kredit foto : blockland forum

Kredit foto : soranews24

"Namun, ada babak-babak di dalam  Doraemon yang kurang sesuai. Babak tersebut adalah aksi Nobita yang sedang mengintai Sizuka.

"Perbuatan mengintai seseorang di dalam bilik mandi adalah satu kesalahan seksual dan tidak boleh dijadikan satu gurauan."

Setakat minggu lepas, petisyen yang memerlukan 5,000 tandatangan tersebut telah mendapat 900 tandatangan.  -CARI

Kredit berita : Soranews24


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NBH 16-12-2020 12:12 PM
anime dari zaman 80 an sekarang baru nak kecoh ka?
Quote husna_amal 16-12-2020 12:15 PM
Patut dari dulu lagi kecam. Mungkin ibu bapa kat jepun sekarang lebih peka dan menjaga apa yang ditonton oleh anak mereka.
Quote Artemesiaa 16-12-2020 12:15 PM
Baguslah mak pak sana perihatin.  Benda yang tak elok haruslah dibantah.  Takut jadi ikutan pulak dek budak2 yang menonton yang menyangka perbuatan macam tu tak salah
Quote mamajawie 16-12-2020 12:25 PM
dulu kalu beli komik doreamon memang ade pun scene sizuka mandi bagai sume..ke tu yg buatkan manusia skang jahanam?
Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:26 PM
Kalau ada masalah sosial definitely bukan sbb doraemon.. diorg lg la industry jav, sextoy, hentai easily accessible..
Quote vee_zara 16-12-2020 12:30 PM
Bersihnya fikiran i dulu. Tak terfikir psl Nobita ni pervert ke apa. Hahaha
Quote bloodyamuk 16-12-2020 12:43 PM
jepun, sebuah nation purak2 sopan dan naif padahal...
Quote BoongaKertas 16-12-2020 01:09 PM
wehhh, iols dulu x terfikir tu pervert ke hape. sbb kartun kan. haaha! but now i think thats too much too
Quote brego 16-12-2020 01:27 PM
sinchan lagi pervert  
Quote djzara81 16-12-2020 01:47 PM
Betul weyyhh,,aku dulu2 bc komik doraemon. Mmg ada scene ter ter tu. Time tu x pikir lucah ke ape.
Quote kucingitam 16-12-2020 03:40 PM
ke doraemon yg sekarang ni dibuat semula oleh org lain. creator asal dah mati, kan?
Quote padris 16-12-2020 09:52 PM
lattehazelnut replied at 15-12-2020 09:26 PM
Kalau ada masalah sosial definitely bukan sbb doraemon.. diorg lg la industry jav, sextoy, hentai ea ...

Betul...  In**st porn,  game diaorang memang menakutkan...  
Quote dua_chzy 16-12-2020 10:07 PM
Edited by dua_chzy at 16-12-2020 10:09 PM
kucingitam replied at 16-12-2020 03:40 PM
ke doraemon yg sekarang ni dibuat semula oleh org lain. creator asal dah mati, kan?


Tak la. Fujio F. Fujiko memang banyak kali lukis Shizuka telanjang atau Nobita ngintip Shizuka mandi sebagai fan service kepada peminat komik Doraemon. Akak dari derjah 1 baca Doraemon yakni pada tahun 1990. Masa itu adegan bogel dalam komik tak censored lansung. Kalau korang ingat komik2 Melayu dulu pun sangat la pervert bersifat soft porn terutama komik 10 sen tu. Yang pernah baca komik Pendekar Jaki zaman 90an dulu mesti ingat bagaimana isu rogol dibuat lawak jenaka saja.
Quote Perawankota 17-12-2020 04:12 AM
Tak pernah terpikir pon dulu
Quote Boomibulat 17-12-2020 10:02 AM
Masa budak2 sy pnh mdi sungai campur lelaki pompuan..x rasa apa pun time tu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.076922 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top