Ibu Sandra Dianne dedah ada pihak tak bertanggungjawab cuba untuk godam Instagram arwah. Ibunya, Syakinah memberi amaran keras dan meminta individu tersebut supaya jangan mengambil hak orang lain.
"Berkenaan IG arwah, pihak waris dah dapat balik dah akaun IG arwah, jangan ada sesiapa yang cuba-cuba nak hack akaun IG tu sebab waris akan dapat notifikasi jika ada individu yang tamak sangat nak ambil akaun IG arwah. "Mohon sedar diri and get a life! Arwah berusaha kumpul pengikut daripada mula bertapak dan mencipta nama dalam dunia seni, lepas arwah dah tiada barulah follower mencanak naik. "Jangan bagi ketara sangat yang korang batak sangat dengan follower arwah, usahalah kumpul sendiri, jangan tamak sangat hak orang lain, lagi-lagi orang dah tiada," tulisnya melalui satu status di Facebook.
Syakinah juga tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. "Jangan lupa warisnya masih ada untuk lindungi semua milik arwah dan jangan fikir teknologi yang ada sekarang ini tak boleh nak cari korang sampai lubang cacing. "Korang buat sekali lagi, siap sedialah tunggu polis angkut depan rumah korang... terpaksa berkasar bahasa, sebab orang batak macam korang ni tak boleh bagi bahasa indah-indah,"tambahnya. Sudah tiga bulan arwah meninggal, Syakinah kata dia tak mampu untuk melupakan kenangan indah bersama arwah. Dia turut menyimpan bungkusan arangan yang diterima selepas seminggu kehilangan Sandra. "Kurier barang atas nama kakak... kisahnya, seminggu selepas kakak pergi, mama balik ke rumah kita, mama buka pintu je mama nampk bungkusan ni. Tengok-tengok rupanya milik kakak, mama tak pasti bila kakak buat pesanan barang ini. "Mama ambil mama peluk erat-erat dan air mata mama deras mengalir dalam esak tangis yang tak mampu mama bendung. Dalam esak tangis mama merintih... barang kakak sampai ni, tapi kakak dah tak ada. "Maka sehingga hari ini, mama tak sanggup nak buka bungkusan ni, sengaja mama biar begitu... meski mama teringin sangat nak tau apa isi bungkusan ini. Tak apalah, biarlah ia kekal begitu." Sandra meninggal dunia pada 11 September lepas selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. -CARI
|
husna_amal: Baik tutup je ig bagi orang yang dah meninggal ni.
Jiddin replied at 14-12-2020 08:49 PM
Family nmpk agak hadap dgn jumlah followers berbanding nostalgia arwah. Maybe ada perancangan online ...
annadonna replied at 14-12-2020 03:56 PM
Sudahlah makcik. Elok elok org kesian nanti menyampah. Cukup cukuplah nak limelight tu
ADVERTISEMENT