|
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) terkejut dengan tindakan Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM), Altimet meletak jawatan, Jumaat lalu berikutan kemelut isu royalti yang membelenggu badan kutipan royalti itu.
Difahamkan, Altimet kecewa usahanya menemukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi RPM bagi mencari penyelesaian isu royalti ditolak. Freddie berkata, dia terkejut dengan berita perletakan jawatan Altimet selepas keengganan Ahli Lembaga Pengarah RPM bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah. "Karyawan memiliki ramai ahli dalam RPM yang berpengalaman dan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pengagihan royalti, tetapi ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah RPM lain.
"Dengan perunduran Altimet, kini hanya tinggal empat ahli lembaga iaitu satu jumlah yang begitu kecil dan terdiri daripada mereka yang tidak berpengetahuan luas mengenai pengagihan royalti," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan. RPM diterajui Pengerusinya, Datuk Sheila Majid dan empat Ahli Lembaga Pengarah RPM iaitu Altimet, Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.
|
sharlenetexas replied at 14-12-2020 01:33 PM
Silamejid bila lagi?

sharlenetexas replied at 14-12-2020 01:33 PM
Silamejid bila lagi?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.109884 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.