CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Sengaja Ditahan Hingga Mati Di Pintu Roller Shutter Bank, Pelaku Dicari

14-12-2020 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6726| Komen: 49

Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi.


Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi secara automatik dan disedari orang awam kira-kira 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan sekitar 4.30 pagi.

"Setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM (mesin juruwang automatik) bermula 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada 6 pagi," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan berkenaan.

Foto: Harian Metro

Menurut persatuan itu, kes kematian kucing itu seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing malang itu sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin ATM.


"Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter itu kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia berlari pergi.

"Jadi, seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.

Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, persatuan turut meminta mana-mana individu yang melihat kejadian itu supaya berkongsi maklumat dengan segera melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dijejaki. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 14-12-2020 03:36 PM
kejamnya la siapa yang khianat tu..
kalau betul disengajakan, semoga pelaku mati tersepit bawah lori..
Quote mdhelmi 14-12-2020 03:46 PM
kesian
mungkin jugak kucing tu putus cinta
Quote Boomibulat 14-12-2020 03:51 PM
boleh tgk kat cctv..
Quote CARI-MRO 14-12-2020 03:55 PM
Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi.


Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi secara automatik dan disedari orang awam kira-kira 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan sekitar 4.30 pagi.


"Setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM (mesin juruwang automatik) bermula 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada 6 pagi," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan berkenaan.


Foto: Harian Metro




Menurut persatuan itu, kes kematian kucing itu seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing malang itu sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin ATM.


"Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter itu kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia berlari pergi.


"Jadi, seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.


Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, persatuan turut meminta mana-mana individu yang melihat kejadian itu supaya berkongsi maklumat dengan segera melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dijejaki. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote prettyuglybabe 14-12-2020 03:57 PM
dah ada la thread ni..
Quote bondeh 14-12-2020 05:22 PM
Sial lah ingatkan kat negara luar rupanya kat sini. Sial sial sial kimak!!!!! Mamposlah satu famili ko wahai pelaku!!!! Mampos tersepit kat pintu lift!!!! Die die die!!!! Kill kill kill!!!!!!
Quote any42 14-12-2020 05:39 PM
jahatnya klau btul ade kes khianat. kesian meow pun nk hdup.
Quote matchstick 14-12-2020 07:07 PM
Kesian.. walaupun stray cat mesti ramai je org kt situ sayang dia n bagi makan. Tgk badan tu gemuk. Celaka mana la yg sampai hati aniaya kucing mcm ni.
Ke kucing ni main2 kt bawah shutter tu masa shutter bergerak turun. Kucing kan ada sifat curious n playful dia tu kadang2 tak tahu bahaya.
Quote Kurex 14-12-2020 07:16 PM
Padanlah ada covid pupuskan manusia
Quote zehra2 14-12-2020 07:33 PM
sampainya hati .mesti ada cctv kan moga Allah swt tunjukkan dan bg balasan setimpal
Quote RatuDunia94 14-12-2020 08:00 PM
Rasa nk menangis pulak.. merangkak la ko esok kat akhirat cr kucing ni..
Quote SayaSayangMama 14-12-2020 08:21 PM
Whatever ni pun nk buat berita
Quote salmon-suki 14-12-2020 08:22 PM
Menyesalnyaa tgk pic tu. {:cryrun

Tlg laa cek cctv and hukum penjenayah sama mcm y dia buat kt miaw ni .biar mampus cpt2 manusia jahat nih
Quote ikanmasin 14-12-2020 08:25 PM
jahatnya..kesian kucing tu....
Quote siasia 14-12-2020 08:26 PM
Kejamnya manusia.. Lately ni byk plak kes mcm ni.. Ni mesti saja suka suka.. Memang sakit manusia mcm ni.
Quote kemaruk 14-12-2020 08:32 PM
Sian kucih

Kucing ni haiwan yang bijak dan peka dengan persekitaran.. kalau kita start enjin kereta pon dia akan lari dari bawah kereta
Quote olaoli 14-12-2020 08:39 PM
SayaSayangMama replied at 14-12-2020 08:21 PM
Whatever ni pun nk buat berita

Ko dah kenapa. Dah hilang empati ke
Quote damsel_fiji 14-12-2020 08:47 PM
kesiannya..cctv sure ada tu..cek jah siapa yg buat..
tp adalah juga sikit2 prasangka aku kucing ni tersepit sendiri..yela kucing ni kekadang curious juga..kekadang lagi dia nak makin nak tertutup tu lagi la dia cuba menyelit kat situ..mungkin tgh kejar cicak ke lipas ke apa..
apa2 pun rest in peace la meow
Quote ariellin 14-12-2020 08:49 PM
Kucing aku baru mati semalam pastu aku tgk pic ni

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.405113 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top