CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Negara Luar Lihat Merit, Di Malaysia Pilih Kroni" - Syed Saddiq

15-12-2020 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6876| Komen: 76

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus memperjuangkan nasib golongan muda dalam usaha menabur bakti kepada negara.

Menyifatkan wujud kekangan dalam mengiktiraf kepimpinan serta bakat anak muda, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata senario berlaku di Malaysia amat berbeza jika dibandingkan dengan negara luar.


Jelasnya, sikap memperkecilkan kebolehan anak muda merugikan masa depan negara yang masih ketandusan pemimpin berkaliber.


Kredit foto: IG Syed Saddiq

“Negara luar mengiktiraf orang muda, Malaysia iktiraf orang tua. Di Malaysia, tugas pemimpin itu banyaknya masih lagi diserahkan kepada yang berusia atau berumur.

“Alasannya adalah lagi berusia, lagi banyak pengalaman. Tetapi, ini bukanlah satu alasan untuk negara kita terus menutup mata dan tidak memberi peluang kepada orang muda untuk memimpin.


“Berikan ruang untuk kami bersuara, memimpin komuniti, menjadi wakil kepada rakyat,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas pelantikan anak warga Malaysia, Jocelyn Yow yang berjaya dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale di California.

Jocelyn yang baru berusia 25 tahun mencatat sejarah apabila menjadi wanita bukan kulit putih paling muda dilantik sebagai datuk bandar di California.

Sementara itu, Syed Saddiq turut menyelar pihak tertentu yang mengutamakan kroni tanpa mengambil kira sistem merit.

“Negara luar lihat merit, Malaysia lihat kroni. Di luar sana, ruang dan peluang tersedia kepada mereka yang berusaha keras dan ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada komuniti.

“Jika anda rajin, pasti ada ruang untuk diisi. Tetapi di Malaysia, lain ceritanya. Jika anda tidak ada hubungan politik, hubungan dengan kroni atau sendiri menjadi ahli politik, ruang untuk anda memimpin itu sangat sukar.

“Saya tidak perlu ulas tentang perlantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk kita semua tahu bahawa jika orang muda tidak ada kroni, cerita kejayaan Yow pasti sukar ditemui di Malaysia,” katanya.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote baghal_bortuqal 15-12-2020 12:27 PM


Jelasnya, sikap memperkecilkan kebolehan anak muda merugikan masa depan negara yang masih ketandusan pemimpin berkaliber.


Quote baghal_bortuqal 15-12-2020 12:27 PM
kau rasaaaaaa saddiq?????


YOU  blew it for the younger generation.
Quote Johi 15-12-2020 12:29 PM
Politik kan MCM tu yg Mahathir umur DKT 100 orang pilih lagi ,pasal orang undi dia,habis apa yg Sadik mahu sebenarnya merit2 ni,agaknya dia mahu semua orang muda jadi pemimpin baru betul agknya
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 12:33 PM
Rase cam pelik plak die ckp pasal kroni tu... Pernah dah ak dh sampai interview kat KBS masa tu dia ni jd menteri.. Lastly ak tau-tau dari sejumlah berapa org lantikan tu 10% yg berjaya iv tu adalah kawan kolej dia and kroni dia.  Ko ghase?  Info ni dr member dlm KBS yg buat selection tu. Hampehhh. Sia2 ak gi iv time tuh. Belum lg kroni pengarah setiap cawangan. Minimum mesti 1-3org diirg nk kroni masukkan dlm KBS tu. Anyway time tu ak mmg dh kje swasta gaji dh ok.  Tp famili ak ni nk suh gak masok gomen dgn gaji ciput tu.  Terpaksa la pergi jugak iv tuh.  Agar xnmpk melawan disitu. Skg dh maintain swasta ghase ok je kot....
Quote depresio 15-12-2020 12:36 PM
Aku sokong syed ni dari tua2 xsedar dir tu semua
Dieg yg muda ni patut dibagi peluang
Quote krustykrab 15-12-2020 12:37 PM
Mulotkoyak replied at 15-12-2020 12:33 PM
Rase cam pelik plak die ckp pasal kroni tu... Pernah dah ak dh sampai interview kat KBS masa tu dia  ...

Dia ckp tu main sembur je...tak prnh nk renung balik apa yg dia buat...biasala politaik mmg x blh percaya...hg jumpa ular dgn politaik..hg ketuk politaik
Quote slyfynx 15-12-2020 12:41 PM
Masalahnye mase kau urang di atas pun, mende yang sma jgk berlaku.
Die problem die, sbb kite x berada di tempat tu.
When people are given power and authority, they will definitely change. Definitely.
Quote sarah82 15-12-2020 12:44 PM
baghal_bortuqal replied at 15-12-2020 12:27 PM

Ni org dia masa dia jadi Menteri Belia? Wowww
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 12:51 PM
krustykrab replied at 15-12-2020 12:37 PM
Dia ckp tu main sembur je...tak prnh nk renung balik apa yg dia buat...biasala politaik mmg x blh  ...

Kannnn... Ak ingat iv die tu smp skg... Abis kawan Uni die masuk... Itupun kawan ak dlm KBS bgtau... Hampehhh.. Sia2 cuti ak aritu...
Quote Guccibamboo 15-12-2020 12:52 PM
Alaaaa...sembangggggg...mase die jd menteri pun sameeee
Quote R2D2 15-12-2020 12:57 PM
masa dia jadi menteri
perempuan yg viral tu
ikut merit ka?
byk bekas2 menteri PH
lepas hilang jawatan
pura2 acah kononnya bersih, telus etc  
Quote mbhcsf 15-12-2020 01:08 PM
oh well , sama jugak lah kan yg dok kata ni....u laaa...sama je

org muda bagi cadangan print duit bebnyak tu ...

so org muda carila pengalaman...

i think kalau dia ikut Tony pi deliver food pun lebih bagus.
Quote laksmanabentan 15-12-2020 01:08 PM
senyap ler Syed ooiii..
masa ko jadi menteri dulu, ko tak pilih kroni ker??
taikkk la....

dah xde jawatan baru nak menyalak...
perangai budak2 tak cukup umur...
Quote Belibis 15-12-2020 01:14 PM
Siri bercakap dengan cermin.
Quote ultra78 15-12-2020 01:17 PM
Kan bagus kalau negara diperintah oleh AI. Bukan Anwar Ibrahim tetapi Artificial Intelligence
Quote lattehazelnut 15-12-2020 01:17 PM
Parti cap apa2 pun mmg pilih kroni..
Label je nama lain2.. asas mmg kroni..
Quote CiliPadiSedap 15-12-2020 01:18 PM
Mulotkoyak replied at 15-12-2020 12:33 PM
Rase cam pelik plak die ckp pasal kroni tu... Pernah dah ak dh sampai interview kat KBS masa tu dia  ...

apa cerita e sport dia?
Quote CiliPadiSedap 15-12-2020 01:18 PM
cermin kedai rm2  ada juga
Quote HuoJingJue 15-12-2020 01:22 PM
kebanyakkan bercakap pandai bila sudah tiada kuasa..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063269 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top