CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mula Dengan Anggotanya, Polis Johor Buru Pemilik Plet 'Fancy'

15-12-2020 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5763| Komen: 39

Polis akan memburu pemilik kenderaan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dengan memulakannya dalam kalangan pegawai dan anggotanya di negeri ini, bermula hari ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain.

"Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan.

"Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.

"Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat rempit serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini," katanya.

Foto: Berita Harian


Beliau berkata demikian pada sidang media kaunter semakan dan tawaran diskaun saman 50 peratus Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, bermula hari ini hingga 31 Disember, polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy.

Beliau berkata, ia termasuk mengubah plet kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya hingga mengelirukan serta sukar dibaca.

"Kesannya, apabila penguatkuasa laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman plet kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pemilik nombor kenderaan fancy boleh dikenakan tindakan Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Rule 6 (1) LN173/69 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

Mengenai hari pertama tawaran diskaun saman, Ayob Khan berkata, seramai 1,050 individu membayar 2,300 saman dengan catatan kutipan RM152,720.

"Saman layak mendapat diskaun kecuali berstatus bicara mahkamah, kesalahan Op Selamat tahun semasa, kemalangan tahun semasa, berstatus waran tangkap tahun semasa, membabitkan motolori 2018, 2019 dan 2020 serta berstatus No Compoundable (NC) 2018, 2019 dan 2020," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 15-12-2020 02:32 PM
Bagus la dia ni... Harap dpt jadi ketua polis negara nanti.

Ahli politik, kerabat kayangan dan konglomerat tolong jgn kacau ada pegawai bagus nak buat kerja. Sibuk guna kuasa n duit ko utk tolong kroni yg kantoi. Kalau x dilepas siap mengugut lg. Bongok
Quote sonatalady 15-12-2020 02:34 PM
Semoga dilindungi Allah semasa melakukan kerja.bagusnya dia...tp payah nak jumpa org mcm ni.
Banteras habis2 masalah mcm2 skg ni..bkn johor aje...seluruh malaysia harapnya.
Quote c===8 15-12-2020 02:35 PM
jgn lupa operasi saman pemilik kenderaan yg lampu singal kaler bukan kuning, lampu signal menyilaukan,lampu liplap acah2 polis
Quote husna_amal 15-12-2020 02:35 PM
Bagus lah, kalau dapat yang tinted gelap2 yang tak ikut spek pun saman sekali.
Quote damsel_fiji 15-12-2020 02:40 PM
tangkap gak sekali yg letak stiker lambang europe union dgn abjad plat D la bagai..hello bang..sejak bila kelate masuk european union..tampal logo  EU konon tapi perangai memandu tetap tahap dunia ketiga
Quote ChildrenOfBodom 15-12-2020 02:42 PM
PUK1..PEN15

fancy or racy?
Quote xpdckelate 15-12-2020 02:50 PM
majoriti kereta mewah pakai plet tak ikut spec...boleh tak gubal undang2,bukan setakat saman sahaja,tapi lesen juga digantung kalu tak ikut spec...x adil la org lain kena,kadang2 pemilik kereta mewah ni lepas camtu je
Quote saviour_09 15-12-2020 02:52 PM
sama macam jpj la

sembang ketam

saman org tinted gelap, plat fancy yadayada...

motor kereta anggota sendiri bersepah2 macam tu kat parking staff

tak malu ke?
Quote Tinot7 15-12-2020 02:53 PM
Wokeh, slamat bekerja
Quote Artemesiaa 15-12-2020 03:02 PM
Eloklah tu yang kat negeri lain bila pulak nak buat sama
Quote c===8 15-12-2020 03:09 PM
saviour_09 replied at 15-12-2020 02:52 PM
sama macam jpj la

sembang ketam

apa kata abg gi parking jpj amik gambau pastu kasi tular
Quote awanysss 15-12-2020 03:10 PM
saviour_09 replied at 15-12-2020 02:52 PM
sama macam jpj la

sembang ketam

konsepnye takkan member nak saman member ye dak
Quote sarah82 15-12-2020 03:22 PM
Habis la korang...go.. Go.. Go.. Dato Ayub
Quote tungkai 15-12-2020 03:27 PM
Kalau camni fancy tak...??





Quote saviour_09 15-12-2020 03:28 PM
c===8 replied at 15-12-2020 03:09 PM
apa kata abg gi parking jpj amik gambau pastu kasi tular

dah kenen2 dah kat officers diorang

gitu jugak takde tindakan
either dah tegur tapi tak jalan @ takut anak buah sendiri



Quote krustykrab 15-12-2020 03:29 PM
tungkai replied at 15-12-2020 03:27 PM
Kalau camni fancy tak...??

Kesiannya
Quote saviour_09 15-12-2020 03:30 PM
awanysss replied at 15-12-2020 03:10 PM
konsepnye takkan member nak saman member ye dak

ye sis

tapi bagus la dato ayub start ni maybe lepas ni ramai ikut

belek kereta motor anggota sendiri dulu baru belek org awam
Quote insulin 15-12-2020 03:41 PM
Ini bukan kerja JPK ke?
Quote noor2 15-12-2020 03:44 PM
c===8 replied at 15-12-2020 02:35 PM
jgn lupa operasi saman pemilik kenderaan yg lampu singal kaler bukan kuning, lampu signal menyilauka ...

Teringat bezza biru turbo...hehe....yg exzos besar

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037844 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top