Setiap pasangan pasti memiliki pengalaman pahit manis dalam menjalani rumah tangga yang dikongsi bersama pasangan masing-masing. Begitulah seperti yang dikongsi oleh suami kepada seorang selebriti media sosial Adira Salahudi iaitu Ammar Azizan dalam sebuah posting di laman Twitter miliknya. Menceritakan tentang kisah sewaktu dari sebelum perkahwinan mereka berdua sehingga sekarang, Ammar telah memuat naik gambar ‘posing’ di hadapan kereta lama dan kereta baru mereka.
“Dari bercinta tahun 2013 pakai wira turbo. Alhamdulillah lepas kahwin dapat rezeki tukar kereta dapat anak hagemaru. Bersyukur sangat,” tulis Ammar.Difahamkan, sejak bercinta dahulu pasangan ini menggunakan kereta model Proton Wira. Selepas berkahwin, berkat daripada penat lelah mereka menguruskan perniagaan, Allah murahkan rezeki mereka menimang anak dan juga kereta baru. Hasil perkahwinan dengan Adira, yang pernah digelar Song Ji Hyo Malaysia gara-gara wajahnya mirip dengan aktres terkenal dari Korea, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Adam Arsel Dimar. Justeru, rata-rata netizen memberi ucapan positif dan memuji kecomelan ‘Hagemaru’, nama usikan anaknya Arsel selain tumpang gembira dengan perjalanan hidup mereka. Alhamdulillah comel hagemaru niRezeki lepas kahwin tu adaSusah nak cari wife susah senang bersama!Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerja keras dalam mencari rezeki, kini mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan. Tahniah buat pasangan ini. Sumber: Twitter Ammar Azizan/OhMyMedia |
Kurex replied at 16-12-2020 03:11 AM
Kenapa la ukuran kejayaan manusia ni terletak pada jenama kereta yg dipakai?????
Kurex replied at 16-12-2020 03:11 AM
Kenapa la ukuran kejayaan manusia ni terletak pada jenama kereta yg dipakai?????
yusryimran replied at 16-12-2020 07:20 AM
aku ada seorg yang aku kenali, family ni ada seorg aje anak perempuan if ada lelaki nak kenal anak ...
AshKetchum replied at 15-12-2020 11:14 PM
whoareyousss? ko keja apa nyah? lhdn bayar tak tiap2 tahun? jangan ko dok gegeh menayang segala huju ...
yusryimran: aku ada seorg yang aku kenali, family ni ada seorg aje anak perempuan if ada lelaki nak kenal anak dara dia soalan yg biasa dgr.. dari mulut mak dia ...
ADVERTISEMENT