Seorang bakal ibu berkemungkinan tidak dapat berkumpul bersama keluarganya sempena Hari Krismas selepas dia enggan menurut permintaan mereka agar menukar nama bayinya. Bakal ibu berusia 27 tahun itu dan pasangannya sedang menantikan kehadiran cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan pada Januari depan, lapor Mirror.
Mereka merancang untuk menamakan bayi itu dengan nama Romelia, namun ia mendapat tentangan keluarga. Meluahkan perkara itu di laman Reddit, dia berkata: "Kami memberi nama Romelia, yang merupakan gabungan dua nama dalam keluarga kami, Romana dan Camelia. "Camelia adalah nenek kepada ibu saya, yang meninggal dunia dua tahun lalu manakala Romana pula sempena nama sepupu pasangan saya, seorang yang kuat meskipun menderita kanser," ujarnya. Wanita itu berkata, kakaknya orang yang membantah keras cadangan nama 'Romelia' itu dan berpendapat mereka perlu memilih nama yang lebih moden.
Tetapi, adik perempuan itu telah membantah dan mengatakan bahawa gadis kecil itu memerlukan nama yang lebih moden. "Ketika saya memberitahunya bahawa saya tidak akan menukar nama tersebut, dia mengamuk dan enggan mengaku saya adiknya... dan tuduh saya tak hormat keluarga bila guna nama seseorang dari keluarga pasangan saya. Dia juga mahu ludah jika berjumpa dengan anak saya kelak. "Saya cuba mengelak daripada kakak sepanjang kehamilan ini termasuk mengabaikan semua panggilan telefonnya. Ibu bapa mendakwa saya menyebabkan kakak tertekan dan mereka mahu menyisihkan saya ketika Krismas untuk elakkan lebih 'drama'," katanya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT