CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

TV3 Tak Rancang Terbit Semula Program Realiti Agama Da’i

16-12-2020 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5841| Komen: 31

Stesen penyiaran TV3 memang tidak bercadang menerbitkan semula program realiti berunsur keagamaan Da'i Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat.

Menurut TV3, program berkenaan sudah tidak menerbitkan sebarang bentuk program baru yang berkaitan selepas ia melabuhkan tirainya tiga tahun lalu.



Kredit foto: Si Media

“Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017,” katanya kepada Malaysiakini.

Baru-baru ini, program berkenaan menjadi perhatian ramai selepas seorang bekas pesertanya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol, mencabul dan melakukan hubungan seks luar tabii.

Sebelum itu, sekurang-kurang sembilan laporan jenayah serangan seksual dibuat kepada polis membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu. Bagaimanapun, setakat ini, dua daripada laporan tersebut tiada tindakan lanjut atau NFA.


Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Dai Syed yang berkelulusan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab di Ma'ahad Buuth Islamiyyah, di Kaherah Mesir menduduki tempat keempat pada musim keempat program itu berlangsung pada 2016.

Setakat ini, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Syed Shah Iqmal, 25, juga berdepan dengan pertuduhan merogol di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, pendakwah, penyanyi dan pelakon itu dibenarkan ikat jamin sebanyak RM35,000 berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa.

Bagaimapun, Syed Shah Iqmal terpaksa bermalam di pusat tahanan reman sementara di Beranang, Selangor selama tiga hari mulai 10 Dis lalu apabila wang ikat jamin tidak sempat dijelaskan sebelum pejabat ditutup.

Kelmarin, Malaysiakini melaporkan walaupun bayaran ikat jamin sudah dijelaskan, Syed Shah Iqmal masih perlu bermalam sehari lagi di lokap sebelum dibebaskan bagi menjalani ujian saringan Covid-19 

Awal Disember lalu, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan garis panduan bagi penganjuran program realiti agama pada masa depan.


Sumber: MalaysiaKini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aijinmisaki 16-12-2020 10:24 AM
Tak payah lah..yang keluar semua nya pun sampah
Quote espri6006 16-12-2020 10:27 AM
tak payah lah, Dai, PU dan segala macam yang sejenis, semuanya sampah. hanya 20% sahaja yang betul2 kualiti, yang lain....sendiri mau ingat.
Quote Kurex 16-12-2020 10:48 AM
Majoriti yg masuk lebih kepada nak glamour je..
Quote Artemesiaa 16-12-2020 10:53 AM
Tak perlu diteruskan tak banyak baik berbanding buruknya
Quote tagas 16-12-2020 11:07 AM
Stok2 sampah setakat nih:

- ustaz kambing kawen janda

- ustaz abu lahab pelahap
- ustaz yg tinggalkan bini bila da jumpa janda

- ustaz shit penonggeng wanita
Quote tumpanglalu74 16-12-2020 11:28 AM
[youtube]_fIBVaToezo[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=_fIBVaToezo

Quote pyropura 16-12-2020 11:31 AM
Semua Da'i ke suruga, kecuali Da'i di Msia
Quote pyropura 16-12-2020 11:34 AM
espri6006 replied at 16-12-2020 10:27 AM
tak payah lah, Dai, PU dan segala macam yang sejenis, semuanya sampah. hanya 20% sahaja yang betul2  ...

Dari dulu aku cakap pentingkan KUALITI over kuantiti dlm.hal ehwal agama. Tapi aku dicop kapir nyamar melayu, liberal, Dapig, koliang rentung, dll.
Quote husna_amal 16-12-2020 11:36 AM
Bagus lah tak terbitkan lagi. Budak2 ni ambil peluang masuk rancangan ni pun sebagai batu loncatan je pun.
Quote mbhcsf 16-12-2020 11:40 AM
Edited by mbhcsf at 16-12-2020 01:34 PM

bagus, ini contoh yg baik how kekeliruan dalam ilmu Islam dan dianggap mereka melakukan amal.
bagus sangat ni - yes, kalau ketua rancangan ke apa apa yg memegang section syiar islam , saya harap mereka terlebih dahulu mencedok pengetahuan agama usuludin ketamadunan, kelimuan Islam daripada pendidik yg diikitraf di universisti awam di malaysia at least Masters dan ada ikhtisas mempelajari fikrah islam , ketamadunan, konsep ilmu dalam islam

u see why?

when you are lacking the core pillars  upholding the core virtues, islamic worldviews pun ke mana maka anda mudah terikut ikut budaya pop culture , dalam perancangan dan unsur kapitalisme semua ni, anda  keliru akan letak duduk  tataletak sesuatu benda dalam sistem , the adab...some scholars would define this as such.

jadi rancangan bersifat begini elokkkkk sangat dihentikan sebab

ILMUWAN ulamak dulu tokoh pemikir  Islam - depa bukan macam ni

they don't go for this.


jadi depa elak jadi sumber fitnah / fitan  pada agama sendiri.


sekarang ni apa jadi , kan?

so sebba tu apa punpembuat dasar - kena i think pi mendalamai asas  pengajian agama islam - especially worldview of Islam ...adapun banykk majlis ilmu
cuma anda sedar atau nak pejamkan mata atau tidak.


gantikan rancangan bersifat begini dengan forum pemikiran  lagi baik.

Quote irish_ieka 16-12-2020 11:43 AM
takyahla.semua produk sampah. yg daie nye cerai berai  rogol rogol. yg pu nye pulak bebird terbang tergedik2 tak jaga muamalat dgn niqabis
Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:11 PM
Edited by lattehazelnut at 16-12-2020 12:13 PM

Patut buat background check la..
Company cikai pun boleh search media social sume..
Xpun by invitation only.. yg mmg sedia ada penceramah ke apa..

Program tak salah tp cara pemilihan yg salah..
Quote Tinot7 16-12-2020 12:21 PM
Main sauk je sumer org, jadi la camni
Quote kelapaparut 16-12-2020 12:52 PM
pyropura replied at 16-12-2020 11:34 AM
Dari dulu aku cakap pentingkan KUALITI over kuantiti dlm.hal ehwal agama. Tapi aku dicop kapir nya ...

kalau u bace comment2 dlm youtube utk kes dai syed ni mmg menyakitkan hati, penyokongnye ramai, mcm maksum sgt perfect sesuci embun, malah mangse rogol yg dipersalahkan..typical malay minded, yg isarb shah tu boleh pulak kutuk berjemaah xde pun penyokong2nye, maybe isarb shah xpandai bckp arab atau tazkirah sket2 mcm dai..
Quote rogayahtop 16-12-2020 02:44 PM
buatla program tunjuk totey di internet. hambik anak2 ikan muka boleh groom, ajar teknik bawak balik anak gadis ke rumah. tak payah susah2 buat program agama kalau hasilnya sampah sarap kaki pompuan kaki tunjuk totey.

penunggang agama jugak stesen tv jahanam kat malaysia ni
Quote LadyCarefree 16-12-2020 03:53 PM
Pu ke dai ke imam muda ke apa ke semua vaganza vokal jadah semua stop je lah
Quote hayrin86 16-12-2020 04:38 PM
espri6006 replied at 16-12-2020 10:27 AM
tak payah lah, Dai, PU dan segala macam yang sejenis, semuanya sampah. hanya 20% sahaja yang betul2  ...

Setuju.. Generasi Z yang baru habis minggu lepas perlu diteruskan untuk musim-musim akan datang..

Quote hayrin86 16-12-2020 04:40 PM
LadyCarefree replied at 16-12-2020 03:53 PM
Pu ke dai ke imam muda ke apa ke semua vaganza vokal jadah semua stop je lah

Betul.. Harapnya Gegar Vaganza patut hentikan sekali.. Generasi Z pula perlu diteruskan..

Quote renko 16-12-2020 04:53 PM
Rancangan menyalak2 pun sama..xpayah tayang lagi..asal hujung minggu je rancangan melalak xsudah2..bahlol

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top