CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YTL Communications Lancarkan YES Kasi Up Bantu Rakyat Menjana Pendapatan

16-12-2020 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4136| Komen: 20


 

 


Model berjimat sambil menjana pendapatan dan berkongsi oleh Kasi Up mendorong pemulihan ekonomi rakyat



 

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2020 : YTL Communications hari ini melancarkan inisiatif YES Kasi Up, yang dicipta bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan aliran tunai semasa tempoh yang serba mencabar ini. Inisiatif ini menampilkan pelan data paling mampu milik di dalam pasaran telekomunikasi dan menggunakan model rujukan pelanggan yang unik di mana kedua-dua pelanggan dan orang yang dirujukkan kepada YES akan mendapat ganjaran tunai.

 

Ia bersesuaian dengan nama “kasi up” yang diberikan kepada inisiatif ini, berdasarkan kata slanga yang bermaksud sedia membantu, menyokong atau memberikan dorongan kepada mereka yang memerlukan.

 

Pelan YES Kasi Up Prabayar 15, dengan tempoh sah selama 30 hari, berharga RM15/sebulan untuk 10GB; menawarkan tiga faktor utama yang menjadikannya pelan pilihan terbaik, iaitu termurah di dalam pasaran telekomunikasi, menawarkan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama. Jika dibandingkan, pelan serupa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di dalam pasaran hari ini adalah sekitar RM30/sebulan.  

 

Pengarah Urusan YTL Communications Dato’ Yeoh Seok Hong ketika mengumumkan pelancaran YES Kasi Up berkata, “Hari ini, data dianggap sebagai salah satu kemudahan asas; ianya sama penting berbanding elektrik dan air. Data dan teknologi adalah perlu bagi menjana kekayaan. Sebagai penyedia kemudahan ini, kami mesti bersikap inklusif. Kami yakin bahawa kami mampu melakukan perubahan sebenar dengan menurunkan harga data dan bukannya sekadar memberikan data tambahan tetapi tetap mengekalkan harga yang tinggi. Dengan cara ini, barulah kita dapat menjadikan data boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua.


Dato’ Yeoh turut mengumumkan pelancaran pelan YES Kasi Up Pasca Bayar 49, dengan langganan percuma 6 bulan pertama bagi kontrak selama 2 tahun, pada harga RM49 untuk 100GB sebulan.

 

Tambah Dato’ Yeoh, “Isu paling meruncing bagi rakyat hari ini ialah masalah aliran tunai. Oleh yang demikian, kami menawarkan langganan percuma untuk 6 bulan pertama dalam pelan pasca bayar kami yang membolehkan para pengguna menggunakan wang tersebut untuk barang keperluan harian penting. Bagi pengguna yang hanya memerlukan jumlah data yang sederhana dan lebih fleksibel, pelan prabayar RM15/sebulan kami pastinya dapat memenuhi keperluan data mereka di sepanjang bulan. Ianya mampu menjadi ‘game changer’ dan mengubah keadaan semasa, lalu memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan. Itulah keistimewaan Kasi Up.

 

Pelan yang dilancarkan pada hari ini bukan sahaja menampilkan cara untuk rakyat menjimatkan wang mereka; ia turut mengetengahkan cara unik untuk rakyat menjana pendapatan.

 

Pelanggan YES yang berjaya merujukkan YES kepada rakan mereka akan mendapat RM50 tunai bagi setiap rujukan di bawah program YES Kasi Up Rujuk & Jana (Refer & Earn). Lebih istimewa lagi, rakan mereka juga akan mendapat jumlah ganjaran tunai yang sama.




 

“Pelanggan bukan hanya boleh berjimat dengan YES Kasi Up, mereka juga boleh menjana pendapatan dan berkongsi hasil usaha mereka. Model program rujukan pelanggan ini sangat mudah dan boleh difahami oleh semua orang. Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, tiada modal diperlukan. Hanya rujuk YES kepada rakan serta ahli keluarga dan dapatkan ganjaran tunai,” ujar Dato’ Yeoh.

 

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee dalam sesi penerangan kepada para hadirin berkata, program tersebut adalah susulan kepada kejayaan Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL (YTL-LFH), yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 tatkala sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19.

 

Yayasan YTL telah membangunkan inisiatif YTL-LFH dengan kerjasama YES dan FrogAsia, apabila tinjauan yang dijalankan olehnya menunjukkan bahawa hampir 50% ibu bapa tidak mempunyai data yang mencukupi untuk membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan di rumah. Pada masa sama, keluarga berpendapatan rendah juga tidak


mampu menyediakan peranti untuk anak mereka semasa perintah kawalan pergerakan diumumkan. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan sebulan selepas itu menunjukkan bahawa hampir 40% pelajar tidak mempunyai akses kepada peranti untuk tujuan e-pembelajaran.

 

‘Kekal selamat, kekal belajar’ menjadi kata semangat yang mendorong kejayaan Inisiatif Belajar Dari Rumah YTL. Setakat hari ini, lebih 400,000 kad SIM dan 100,000 telefon bimbit telah diedarkan kepada para pelajar di seluruh negara, membolehkan kesemua pelajar Malaysia tersebut meneruskan pembelajaran.

 

“Berdasarkan semangat yang sama, YES Kasi Up mahu memastikan bahawa tiada siapa yang akan ketinggalan dalam ekonomi yang dipacu oleh data hari ini. Kami akan terus melabur dalam rangkaian kami di seluruh negara bagi meningkatkan lagi liputan dan memenuhi keperluan perhubungan negara. Kami yakin bahawa dengan memberikan semua rakyat di negara ini akses kepada talian 100% 4G, pelan data paling mampu milik dan sokongan kewangan yang sangat diperlukan, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan. Jika rakyat dapat memulihkan keadaan ekonomi diri mereka, kami yakin Malaysia juga boleh berbuat demikian.”

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif YES Kasi Up serta butiran mengenai bagaimana melanggan YES dan mula menjana pendapatan, sila kunjungi www.yes.my atau muat turun aplikasi mudah alih MyYes.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 16-12-2020 01:15 PM
biar betul RM49 100GB sebulan?
Quote Tinot7 16-12-2020 01:23 PM
Tenet laju tak??
Quote rastaf 16-12-2020 01:26 PM
masalahnya kampung2 pedalaman semua ada liputan tak.. kampung aku nak dapat 3G pun sakit 1 ke 2 bar je manjang
Quote dua_chzy 16-12-2020 01:29 PM
Edited by dua_chzy at 16-12-2020 01:33 PM
rastaf: masalahnya kampung2 pedalaman semua ada liputan tak.. kampung aku nak dapat 3G pun sakit 1 ke 2 bar je manjang


Kalau hada tower YES, hokeh. Tempat aku ngajo, laju YES ni sebab hada tower around 200m dari sekolah aku siap 4G sumore tapi kalau blackout ja memang takda line la. Kat area pekan pun jauh lagik baik YES daripada Celcom hanat.
Quote rastaf 16-12-2020 01:34 PM
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:29 PM
Kalau hada tower YES, hokeh. Tempat aku ngajo, laju YES ni sebab hada tower around 1km dari seko ...


boleh try dulu kot sebab yang line hazab kat tempat aku tu celcom. ko ngajar kat mana sis



Quote ina_na 16-12-2020 01:35 PM
Aku dl penah pakai yes ni.. X sampai 1 thn modem rosak.. Bl p report srh aku bayo harga modem 1k lebih.. Kalo x kn bayo gak sbb x boleh potong msh dlm kontrack.. X kosher la aku.. Aku lantak kan je.. Skrg pakai unifi. Alhamdulillah laju.. Anak2 x de mslh nk belajo on9.. Pd aku unifi lg elok dr yes.. Celcom lg elok dr yes.. Hahaha..
Quote dua_chzy 16-12-2020 01:37 PM
rastaf replied at 16-12-2020 01:34 PM
boleh try dulu kot sebab yang line hazab kat tempat aku tu celcom. ko ngajar kat mana sis




Kat Sabah. Aku ngaja area pedalaman 1. Celcom memang hazab namatey bro. Tengah2 bandar pon hanat.
Quote rastaf 16-12-2020 01:44 PM
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:37 PM
Kat Sabah. Aku ngaja area pedalaman 1. Celcom memang hazab namatey bro. Tengah2 bandar pon hanat ...



ooo sabah. ko ngajo apa cikgu. eh aku interview ke ni







Quote dua_chzy 16-12-2020 01:47 PM
rastaf replied at 16-12-2020 01:44 PM
ooo sabah. ko ngajo apa cikgu. eh aku interview ke ni

Ntahnya, banyak pulok tanya. Aku ngaja bebudak SMK. Subjek, rehsia.
Quote Johi 16-12-2020 01:51 PM
Tenggok dulu Line telco mana yg padu tempat tuan,kalau Line Umobile ada coverage ia paling berbaloi, 35 ringgit sebulan unlimited data,call,sms  plan Gx 38,speed 6 MBPS rasanya
Quote baghal_bortuqal 16-12-2020 02:02 PM
wutoh la yes.

tingkat 28 amcorp mall no signal... "oh you're too high.."


wat.
the.
fucking.
shit.
Quote awanysss 16-12-2020 02:03 PM
wnwa05 replied at 16-12-2020 01:15 PM
biar betul RM49 100GB sebulan?

YES ni paling celaka.. suka blacklistkan org..
aku rasa ada contract.. pastu line cam haram, takleh cancel..
kalau takde contract bagus la..
Quote CiliPadiSedap 16-12-2020 02:09 PM
wnwa05 replied at 16-12-2020 01:15 PM
biar betul RM49 100GB sebulan?

rm49 speed berapa je dik? group yes telegram dan facebook ramai dah tahu pelan yes.

ramai lg pelan murah berbaloi cm celcom maxis umobile unlimited tapi ada cap speed.
Quote CiliPadiSedap 16-12-2020 02:11 PM
kasi up postpaid tu kontrak ye kena ikat, jadi tak berbaloi. ambil pelan lain lagi berbaloi tanpa kontrak.

Quote husna_amal 16-12-2020 02:37 PM
Zaman sekarang ni tak payah letak quota la.
Quote sarah82 16-12-2020 07:49 PM
Aku check offer, baik la langgan umobile 38..

skrg aku guna postpaid celcom dan prepaid celcom + maxis...utk prepaid celcom unlimited plan boleh langgan kelajuan 6MBPS kena tambah rm10 tak salah aku..tapi aku tengok plan umobile GX38 paling berbaloi sebab unlimited (cap pada 50gb) dan kelajuan 6MBPS) sebulan rm38 free call dan 6GB data hotspot...
Quote sarah82 16-12-2020 07:52 PM
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:29 PM
Kalau hada tower YES, hokeh. Tempat aku ngajo, laju YES ni sebab hada tower around 200m dari sek ...

iols is stress dgn celcom jebon is cute tu...sini dah terlalu ramai dan penuh...jadi slow...kira2 dlm 500 meter dari sini depa ada buat tower baru..bila iols dok complaint, boleh cs ckp atas sikit dari rumah tok ada tower celcom baru yg masih belum penuh...habis tu iols tanya nak korek rumah ni bawa pi letak kat situ? problem adalah sebab pengguna ramai jadi upgrade la apa yg patut..ni tak
Quote sarah82 16-12-2020 10:29 PM
nah aku share comprasion utk angpa mudah pilih prepaid pilihan.

Quote kakikuDibibirmu 16-12-2020 10:36 PM
Yes 4G ni proyek abahcow ijau

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048940 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top