CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"100% Duit Sendiri" - Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf Tunjuk Perbelanjaan Bulanan

16-12-2020 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27372| Komen: 99

Baru-baru ini, video yang berkongsi jumlah perbelanjaan bulanan seseorang menerusi aplikasi TikTok menjadi antara trend yang hangat diperkatakan di media sosial.

Kredit foto: IG Kasih

Ada yang turut mencuba cabaran tersebut termasuklah anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

Bagaimanapun, video tersebut difahamkan mengundang reaksi pelbagai pihak hingga ada yang mengkritik kerana menyifatkan Leona seolah-olah tidak sensitif dengan situasi semasa.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Leona menerusi beberapa hantaran di laman Twitter tampil menjelaskan mengenai tindakannya itu.




Menurut Leona, segala perbelanjaan tersebut merupakan hasil usahanya sendiri dan bukanlah daripada wang pemberian daripada kedua ibu bapanya. Malah, dia menegaskan bahawa bukan dia yang memulakan trend berkenaan.

Sementara itu, Leona turut memohon maaf sekiranya videonya itu ada menyinggung hati mana-mana pihak.


Kredit foto: Twitter

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya usah mempedulikan komen-komen negatif tersebut.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-12-2020 01:24 PM
Duduk rumah mak, yuran kolej mak bayar, kereta mak bayar, balik rumah makan maid masak, bilik or laundry maid buat..
Quote Tinot7 16-12-2020 01:25 PM
Baper banyak dia banje setiap bulan?
Duit hasil jana drp mana?
Quote masnona 16-12-2020 01:31 PM
Tinot7 replied at 16-12-2020 01:25 PM
Baper banyak dia banje setiap bulan?
Duit hasil jana drp mana?

Buat ig review. Tiktok review
Quote little_sis 16-12-2020 01:32 PM
Dia tiktok dpt duit byk kot
Quote Tinot7 16-12-2020 01:33 PM
masnona replied at 16-12-2020 01:31 PM
Buat ig review. Tiktok review

Tak sangka voley masyuk dgn buat review
Quote scarflicious 16-12-2020 01:35 PM
Bebudak skrg senang buat kerja. Guna social media dah blh generate income.
Quote MisXoXo 16-12-2020 01:38 PM
..skrg baru nk dpt duit sndiri.tp mewah ja dia ni .dia kayalah.. mana merasa susah ni.bahagian dia kaya atas dulang emas.sewa umh xbayo..api air,keta,kolej..duit dia dpt tu..belanja sendiriklahh..beli baju or sopink apa dia suka..so i xberkenan sbb influencer mcm ni lah yg akan bg harapan pelesu kt bdk2 baru nak up esp yg keluarga b40 ke bawah.
Quote lattehazelnut 16-12-2020 01:42 PM
Sape ade link vid tu ek
Quote Mamason 16-12-2020 01:45 PM
MisXoXo replied at 16-12-2020 01:38 PM
..skrg baru nk dpt duit sndiri.tp mewah ja dia ni .dia kayalah.. mana merasa susah ni.bahagian dia k ...

Setuju... lepas tu bebudak berangan nak jd mcm dia... nak ada segalanya...tapi nak dpt daripada mana kalau dah dtg dr keluar biasa2... lepas tu mula laa mcm2... Risau sgt dgn pengaruh zaman skrg...
Quote mrsLY 16-12-2020 01:47 PM
masnona replied at 16-12-2020 01:31 PM
Buat ig review. Tiktok review

banyak ye dapat?

Quote mrsLY 16-12-2020 01:48 PM
nak jadi youtuber pon dah kertu
Quote Acikgomen 16-12-2020 01:53 PM
Mamason replied at 16-12-2020 01:45 PM
Setuju... lepas tu bebudak berangan nak jd mcm dia... nak ada segalanya...tapi nak dpt daripada ma ...

Pendekatan acik ialah ajaq lebih2 kat anak sendiri
Kita nak dok pi serang marah anak org lain influencing benda tak elok kat anak kita, acik rasa mcm kita yg mengada2
Dunia la ni mmg kejam lagu tu
Tak jadi keja kalo kita nak mengamuk bebai kat suasana sekeliling, dan dlm masa sama dok belai2 cara lapuk dgn anak kita
Ajaq anak kita supaya lebih kemas lebih tebal jatidiri sampai depa paham dan reti beza dgn ajaran makbapak kat rumah dgn ajaran songsang diluaq
Tak selamanya kita boleh kepung anak kita bawah cengkerang kita kan
Kita kena persiap depa utk jadi manusia yg bersifat dayatahan dgn anasir tah pappe kat luaq tuh
Quote VespaSilbe 16-12-2020 01:59 PM
Awat aku baca cerita sekerat akhir... Mana pangkal cerita
Quote Normabaru 16-12-2020 02:04 PM
Semua acah ada income sendiri.. Tp zakat? Lhdn? Semua buat2 lupa.. Xgigih plak nk show off
Quote juruterra 16-12-2020 02:24 PM
MisXoXo replied at 16-12-2020 01:38 PM
..skrg baru nk dpt duit sndiri.tp mewah ja dia ni .dia kayalah.. mana merasa susah ni.bahagian dia k ...

kan..x yah belajar pandai2 boleh kaya katanya
Quote mesmerize 16-12-2020 02:28 PM
kalau dia guna duit family pun apa salahnya dah tu family dia bukan guna duit family netizen pun.. lagipun dia ni muda lagi baru 18 ke 19 entah.. ai pun sampai umur 23-24 masih guna duit parents sebab masih belajar n belum kerja
Quote husna_amal 16-12-2020 02:29 PM
Untung budak2 sekarang ni. Nak jana duit mudah je dari tik tok, intagram , bigo dan lain2.
Quote clarizsa 16-12-2020 02:30 PM
Ye ke duit sndri
Quote Cicisweets 16-12-2020 02:35 PM
Kekadang aku pelik jenis org suka dengki tengok hidup org,kalau dia pakai duit mak bapak dia pun kenapa,bukan guna duit mak bapak kita,Jenis gigih merempan dekat tiktok,insta retis ke anak retis pastu sendiri yg sakit hati

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.110915 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top