CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Rusia Tolak Cinta Lelaki Untuk Kahwin Dengan Beg Bimbit

16-12-2020 03:53 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4126| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Saya bukan menolak cinta dengan manusia tapi rasa cinta kepada benda tak bernyawa ebih banyak."

Yang aneh-aneh sahaja.

Seorang wanita mengahwini sebuah beg bimbit selepas setelah bercinta selama lima tahun di ibu kota Rusia.

Menurut Mirror UK, Rain Gordon, 24 berkata, dia pertama kali bertemu 'suaminya' yang diberi nama Gideon itu pada Ogos 2015. Rain membeli Gideon di sebuah kedai perkakasan sebagai perhia-san untuk sesi fotografi.

Kredit foto: Caters

"Namun, lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan Gideon. Kami mula bercinta pada November 2015 sebelum berkahwin Jun tahun ini."


Baginya, Gideon bukan sekadar pasangan tetapi adalah suami, kawan dan mentor.


Kredit foto: Caters


Malahan Rain menceritakan yang dia mula tertarik kepada benda tidak bernyawa sejak berumur lapan tahun lagi. Lebih mengejutkan ialah dia mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh.

"Ketika di usia kanak-kanak dan remaja, saya jatuh cinta dengan tempat seperti pusat beli-belah yang baru dibuka.Memang pelik, sebab itu saya tak mendedahkan pera-saan kepada sesiapa pun."

Tambah Rain, dia pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki selama dua tahun, namun mereka akhirnya berpisah pada tahun 2017.

Kredit foto: Caters

 
Mujurlah di Malaysia, kita belum bertemu perkahwinan yang sebegini. Atau sebenarnya ada, cuma tidak diuar-uarkan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 16-12-2020 03:59 PM
abis beranak kuar beg baju,beg kain, beg tgn, beg sekolah & mcm2 beg agknye..
Quote lurve82 16-12-2020 04:04 PM
aku ingatkan beg harga juta2...hermes ke..bijan ke...
Quote najib888 16-12-2020 04:07 PM
Wahh.. betul2 punya gila la pompuan ni..
Quote Artemesiaa 16-12-2020 04:16 PM
Dari kecik dah ada masaalah kejiwaan membawa ke dewasa sian tak dirawat
Quote husna_amal 16-12-2020 04:25 PM
Hari tu ada yang kahwin dengan pokok. Kali ni dengan bag pula. Kahwin berdasarkan nafsu ke apa ni?
Quote shernazz 16-12-2020 04:34 PM
Naseb takde orang kawen dengan garpu ke..sudu ke..
Macam.macam.la.manusia ni khen...
Quote raxief 16-12-2020 04:35 PM
pelik2 je makhluk negara putin ni
Quote pearlspth 16-12-2020 04:50 PM
batmana replied at 16-12-2020 03:59 PM
abis beranak kuar beg baju,beg kain, beg tgn, beg sekolah & mcm2 beg agknye..

segala macam beg keluar

Quote Suchi 16-12-2020 04:51 PM
Semoga bahagia till jannah

Quote aienul 16-12-2020 05:15 PM
muka lawa tapiii kesiannya tak normal {:yameteh
Quote Normabaru 16-12-2020 05:36 PM
Hallucination ke.. Tp asalkn xganggu org ok kot
Quote Tinot7 16-12-2020 07:10 PM
Lepas clash terus jadi mcm ni ka?
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2020 07:18 PM
Semoga till Jannah
Quote any42 16-12-2020 08:34 PM
alahai. pape pun semoga bhgia kekal ke akhir hyat.
Quote diss69 16-12-2020 09:12 PM
Kategori giler ke pelek,unik???
Quote dua_chzy 16-12-2020 09:28 PM
Gideon cinta kat kau ke pon?
Quote Lolalala 16-12-2020 10:08 PM
Bila x boleh nak bezakan perasaan sayang harta, dgn cinta pada manusia. Ni dah kira obses. Lagi satu mesti jenis jeles x bertempat atau control freak. So bila dengan Beg tu, dia tak perlu nak alami semua tu. Sakit otak
Quote Dwdrum 16-12-2020 10:12 PM
Name tukar jadi rain gideon kah?.... Seperti lady yang kahwin with eiffel tower guna her husband surname name eiffel.... hehehehe
Quote Nes3in1 17-12-2020 02:34 AM
Demi sesuap viral.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048686 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top