CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hattan Bengang, Tak Puas Hati Dengan Juri AJL?

16-12-2020 04:03 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 31196| Komen: 231|Original author: Oleh: Cari-Azza







Keputusan 12 lagu yang layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) sudah pun diketahui. Seperti biasa, ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut serta mempertikaikan penjurian itu.

Antara yang lantang mempersoalkannya ialah penyanyi, Hattan yang tidak berpuas hati mengapa tiada satu pun lagu dari tiga lagu Yonnyboii yang dipertandingkan lolos ke peringkat akhir AJL?

Foto :FB

Foto : Wiki

Menyifatkan pemilihan juri-juri yang tidak memandang ke hadapan. Walaupun selepas ketua juri, Azmeer menyatakan lagu Yonnyboii dan Zynakal tidak terpilih kerana bersifat popular dan bukannya pertandingan, Hattan mengatakan alasan tersebut sangat kelakar. Kenapa lagu yang mempunyai melodi segar seperti ini tidak layak. Juri bias ke?

Foto : FB
Foto : IG

Ianya turut dipersetujui oleh netizen yang menyatakan AJL tidak maju ke hadapan kerana juri juga asyik orang yang sama setiap tahun.

Foto : FB
Foto : Harian Metro

Jadi, setelah kritikan demi kritikan terhadap penganjuran AJL ini, pihak TV3 tak nak buat apa-apa ke?- CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elnor_81 16-12-2020 04:06 PM
Mmg alasan bangang..lagu yonny walaupun sore agk kelautan,tp lagunya deep.
Quote Themilo 16-12-2020 04:08 PM
lirik merepek-repek macam Eh - zizi kirana, lirik takde isi macam Hati - Hael, lagu terkebelakang macam Hutang - Floor 88 & pop mendayu sendu-mendu ABSM - Aisyah.

Bak kata aruah tokpit, kita umpama hidup di zaman Engkau bagaikan Permata (Helen Yap) & Nian Di Hati (Azmeer)
Quote Piramida 16-12-2020 04:09 PM
Betul jugak... juri yg sama beberapa tahun ni.. mana pergi yg pakar2 sekolah tinggi dlm bidang muzik?
Balik2 bekas penyanyi jd juri.. lebih pd pengalaman nyanyi2 je.. buhsan.
.
Quote Orix 16-12-2020 04:13 PM
Azmeer menyatakan lagu Yonnyboii dan Zynakal tidak terpilih kerana bersifat popular dan bukannya pertandingan



habistu lagu Eh zizi kirana n lagu Hutang tu lagu award material utk pertandingan ke ? In fact lagu 7 nasihat tu pun pd iols lagu so-so jah standard lagu ting ting tang ting...takat lagu Aku Bidadari Syurgamu ala2 template lagu Di Pintu Syurga, tok sah la nk verangan lagu pertandingan vagai..
Quote husna_amal 16-12-2020 04:18 PM
Betul tu asyik juri sama je yang menilai. Ada unsur2 kroni atau anak emas pilihan kali ni. Dah boleh stop layan ajl macam abpbh jugak.
Quote matchstick 16-12-2020 04:18 PM
Baru tahu lagu bdk yonny ni tak lepas satu pun..smlm tgk result sfmm dh ujung2. sayang nye. Akak yg kertu ni pun suka dgr lagu sakit n kelabu. Lagu eh dan hutang tu lagi lah 'bersifat popular dan bukannya pertandingan' bagi aku.
Quote matchstick 16-12-2020 04:19 PM
Bosan dh dgn monopoli lagu2 hael dlm ajl
Quote YomiuriLandMae 16-12-2020 04:22 PM
Edited by YomiuriLandMae at 16-12-2020 04:53 PM

barisan juri patut dah kena revamp and include one of this..

- komposer baru
- komposer senior
- penulis lirik
- wakil DBP
- wakil blkg tabir mcm jennifer thompson
- wakil wartawan
- wakil penyanyi senior
- juri2 from luar negara (utk melodi lagu)

baru la ada check and balance..
Quote ToungeSoup 16-12-2020 04:23 PM
Teringat AJL tahun 86, 87 dan 88..juri dipilih ramai dalam 50 orang yang berkelayakan dalam bidang muzik dan markah akan dikira diaudit sebelum diumumkan pemenang..sbb tu takde pun orang pertikaikan lagu Sekadar Dipinggiran menang...Menaruh Harapan menang dan Kau kunci Cintaku dalam hatimu menang...sekarang ni...apoooooooooo
Quote aderaderker 16-12-2020 04:23 PM
Sorry I pun team toktan.
Ape ke alasan dibaginya juri ni..

Popular yes.
Tapi lagu fresh macam tu yg kena ketengahkan.

Sorry I love Tokti tapi lagu ABSM tu sangatlah 90an punya standard.
And Hael songs?
Again.
Kalau sedap takpe la gak..
Quote budakmanentah 16-12-2020 04:24 PM
yerkkkk...ade 3, 4 lagu yg aku rasa bosannya nk tgk masa final nati. nak2 lagu aku bidadari syurgamu. itu melodi tahun bila tu? lagu amir masdi tu pon so-so sangat
Quote mongoose_kidz 16-12-2020 04:27 PM
sungguh la weh....aku frust gila lagu sakit tu x lepas
lagu ade mesej gini pun xlayak katanya..lari dr tema percintaan,rempit x ketahuan..x layak lagi ke
angkat isu depress yg mmg sinonim ngan org zaman la
mmg ditakuk lama la industri muzik kita
Quote GegarVaganja 16-12-2020 04:29 PM
aderaderker replied at 16-12-2020 04:23 PM
Sorry I pun team toktan.
Ape ke alasan dibaginya juri ni..


Bagi Ganja last lagu Hael yang patut ke AJL, lagu Bila Entah - Aisyah Aziz. Lagu tu patut masuk AJL. Tapi sedeh, dalam carta pulak sendu. Nak buat macam mana.
Quote Skuau 16-12-2020 04:30 PM
AKU...ta' tau lagu apa yg papular kat Msia(ckp lu...) la ni....
Quote hatikudus 16-12-2020 04:39 PM
Aku pun team toktan...tgk muka2 juri pun membosankan...kena ada org muda dlm barisan juri...baru lagu2 segar yg dipertandingkan.
Quote URUHA 16-12-2020 04:47 PM
Setuju dgn Tok Tan. Better tukar juri utk next AJL. Juri yg ada skang ni hauk to da max
Quote abgboroi 16-12-2020 04:47 PM
bagi la yonni boi tu wild card...dia artis yg berbakat menghasilkan lirik yg bagus...
Quote AshkieLa 16-12-2020 04:47 PM
bosan bila dah hael..hael lagi... lagu tak sedap mana pun...
Quote Piramida 16-12-2020 04:49 PM
YomiuriLandMae replied at 16-12-2020 04:22 PM
barisan juri patut dah kena revamp and include one of this..

- komposer baru

Betul..kan 'terbaik'.. mcm ni baru lah kita yakin... ahli di bidang nya.

Lihat semua komen(231)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.046754 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top