CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Kira Walau Apa Terjadi..." - Pesanan Bapa Tiri Pada Budak Ini Buat Ramai Sebak

16-12-2020 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3797| Komen: 13

Tidak dinafikan menjadi ibu bapa tiri adalah sesuatu perkara yang sangat mencaba kerana memerlukan masa dan pengorbanan yang tinggi untuk mewujudkan suasana keluarga harmoni. 

Biarpun begitu, sebuah video tular di Twitter milik @ifhnr menunjukkan perbualan seorang lelaki bersama anak gadisnya. .



Kredit foto: Twitter

Lelaki merangkap bapa tiri kepada budak perempuan itu memaklumkan bahawa dirinya sangat berharga dan sentiasa akan menjadi anaknya meskipun mereka tidak mempunyai ikatan darah.

Difahamkan, lelaki tersebut bertemu dengan anak gadis itu ketika dia berusia setahun dan ternyata keadaan terbabit telah mengeratkan lagi hubungan mereka. 

Lebih membuatkan warga maya terharu apabila budak perempuan itu turut menangis sebak kerana tersentuh dengan kata-kata bapa tirinya.



Rakaman berdurasi 1 minit itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya turut tersentuh melihat keakraban mereka sebagai anak beranak meskipun bukan sebagai keluarga kandung.



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-12-2020 04:49 PM
Untunglah dapat bapa tiri yang sanggup jadi bapa seikhlasnya.   
Quote husna_amal 16-12-2020 04:51 PM
Nasib budak ni dapat bapa tiri penyayang. Selalu keluar cerita perangai ibu atau bapa tiri tak betul je.
Quote Asdira 16-12-2020 06:05 PM
Beruntungnya girl ni dpt bapak tiri yg baik, penyayang..
beza bapak tiri anak2 buah ku..
dpt bapak tiri yg ignore kehadiran mereka 3 beradik..thn pertama tu ok la..bila dpt anak sendiri dgn ex kak ipar, hurmmm..
klu arwah abg ku ada lagi, tak la budak2 tu dpt bapak tiri..
ehhh terciter pnjg lak {:laugh
Quote Belibis 16-12-2020 07:16 PM
Terlalu awal untuk dipuji melambung2.perjalanan mu masih panjang wahai anak kecil.
Quote Tinot7 16-12-2020 07:39 PM
Asdira replied at 16-12-2020 06:05 PM
Beruntungnya girl ni dpt bapak tiri yg baik, penyayang..
beza bapak tiri anak2 buah ku..
dpt bapak ...

Kalau ex kakak ipar tak mau mereka, voley je pass kat korang utk jaga.
Quote Jemahjemah 16-12-2020 11:01 PM
Bukan senang nak jmpe lelaki yg boleh terima zuriat org lain seikhlasnya. Mata masuk habuk pulak {:cryrun
Quote depresio 17-12-2020 10:21 AM
Aku pulak nangissss {:cryrun
Quote adeqbun 17-12-2020 11:23 AM
no mattetr happen with mommy and me,u always be my littlwe girl..
weh hint nak cerai ngan mak die ke ape ni..huwaaa..sedih la
Quote sarah82 17-12-2020 11:29 AM
aku percaya ada manusia tak kira lelaki dan wanita yg sanggup jaga anak org lain yg bukan dari darah daging sendiri seperti darah daging sendiri. arwah tok dan tokwan aku sebagai contoh. semoga yg bergelar ibu dan bapa tiri kat luar sana diberikan kekuatan utk melayan anak2 tiri seperti anak sendiri.
Quote pearl.silver 17-12-2020 02:05 PM
Kwn iols pun ada mcm. Ni.. Suami baru n family syg kt ank2 dia.. Ank2 dia pun syg kt ayah tiri..
Quote gorjeous 18-12-2020 04:15 PM
Ada je lelaki mcm ni.. cuma payah nak jumpa jee..
Quote Asdira 19-12-2020 09:12 AM
Tinot7 replied at 16-12-2020 07:39 PM
Kalau ex kakak ipar tak mau mereka, voley je pass kat korang utk jaga.

Kak ipar tu takkan bagi..dia syg sgt kat anak2 dia..kami ni side arwah abah budak2 tu boleh je bila2 ambik..kak ipar tu mungkin tersepit..anak dgn laki baru..
Quote Tinot7 19-12-2020 09:29 AM
Asdira replied at 19-12-2020 09:12 AM
Kak ipar tu takkan bagi..dia syg sgt kat anak2 dia..kami ni side arwah abah budak2 tu boleh je bil ...

Kalau dia tersepit dan tak backing anak2 sendiri, baik dia lakukan yg terbaik utk anak2 dia. Bg kpd yg menyayangi.. sbb bila dgn dia, dia hanyalah memikirkan psl diri sendiri, bknnya psl anak2 dia.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071468 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top