CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Pekan, SUPP Dapat Semula Wang Sita Dari SPRM

17-12-2020 01:18 PM| Diterbitkan: fadzlyhanaffi| Dilihat: 3698| Komen: 31|Original author: Oleh: Fadzly Hanaffi Muzayin

Kredit foto: NST

Wang berjumlah RM700,000 dan RM188,138.26 masing-masing milik UMNO Bahagian Pekan (UMNO Pekan) dan Parti Bersatu Sarawak (SUPP) telah diserahkan semula kepada parti itu oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). 

Wang itu sebelum ini disita kerana mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan didakwa dipindahkan daripada akaun mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pihak bank telah mengembalikan wang berjumlah RM700,000 kepada UMNO Pekan danRM188,138.26 kepada SUPP."

"Pihak pendakwaan menarik balik permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah sebelum ini yang menolak permohonan kami bagi melucutkan hak wnag UMNO Pekan dan SUPP," kata Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Abdul Rashid Sulaiman kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh semasa prosiding pengurusan kes. 


Justeru, Shahrir memutuskan untuk membatalkan kedua-dua permohonan pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan sebelum ini memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada Oktober lalu dengan menamakan UMNO Pekan dan 40 individu lain sebagai responden. Antara yang dikaitkan ialah Najib dan anaknya, Datuk Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan. 

Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir menyatakan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan utiliti, pembelian peralatan dan pembayaran lain untuk UMNO Perkan dan baki akaun UMNO bukan berasal dari akaun Najib yang dibekukan. 

19 Ogos lalu, Shahrir menolak permohonan itu selepas SPRM gagal mengemukakan keterangan mencukupi bagi menyokong permohonannya untuk Mahkamah membenarkan pelucutan hak. 

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, rayuan yang difailkan pihak pendakwaan terhadap kedua-dua keputusan itu di Mahkamah Rayuan masih diteruskan. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 15-12-2020 09:20 AM
Tiada bukti berkait 1MDB pun

fitnah yang sebelum ini menang, kini kalah lagi

Kebenaran 1 - 0 FITNAH
Quote dizekni 15-12-2020 10:23 AM


1MDB jadi mangsa serangan fitnah jahat

kasihan 1MDB
Quote dizekni 15-12-2020 10:24 AM
Quote blastoff 15-12-2020 10:32 AM
dizekni replied at 15-12-2020 10:23 AM
1MDB jadi mangsa serangan fitnah jahat

kasihan 1MDB

pasai pa kau suci murnikan 1mdb plak sedangkan wang tu dikembalikan pada UMNO ...

Quote rashiman 15-12-2020 11:21 AM
blastoff replied at 15-12-2020 10:32 AM
pasai pa kau suci murnikan 1mdb plak sedangkan wang tu dikembalikan pada UMNO ...

maknanya wang yg dikembalikan itu, bukanlah duit yg dikatakan diseleweng dari sykt 1MDB.
Quote blastoff 15-12-2020 11:41 AM
rashiman replied at 15-12-2020 11:21 AM
maknanya wang yg dikembalikan itu, bukanlah duit yg dikatakan diseleweng dari sykt 1MDB.

RM273 juta nilai rampasan nih kak mah dan najib amek duit dari mana kalau bukan 1MDB ? Dia ragaih dari ataih pokok ke atau jatuh dari langit ?

Hoarder kronik tahap gaban hingga boleh bukak kedai barangan mewah lah haihh yg tak mampu di beli orgramai nih masih nak tunjuk muka innocent ke ?

Errrr tiara sampai 14 bijik padahal kepala satu je, dia nak pakai camna tu ?




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.bbc.com/news/world-asia-44625007

Malaysia 1MDB: Seized tiaras, cash and Hermes bags 'worth $273m'
Published


27 June 2018

Related Topics


image copyrightEPA
image caption

12,000 pieces of jewellery were seized from properties in Kuala Lumpur

Malaysian police have seized a trove of jewellery, handbags and cash worth up to $273m (£206m) from properties linked to former prime minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor.

A $1.6m gold and diamond necklace, 14 tiaras and 272 Hermes bags were taken as part of corruption investigations into state investment fund 1MDB.

Billions of dollars are unaccounted for from the fund, set up by Mr Najib.

He has been under investigation since his shock election loss in May.

Police describe the seizure of valuables as the biggest in Malaysian history.

Jewellery accounted for the biggest portion, with 12,000 items  gathered - the most expensive being the $1.6m necklace.

A total of 567 handbags containing almost $30m in cash were also seized, along with 423 watches and 234 pairs of sunglasses, police say.


image copyright
EPA
image captionMr Singh said he believed the seizures were the biggest in Malaysian history
"We couldn't do the counting at the premises because the numbers were too huge," Amar Singh, head of the police commercial crime division, told a news conference.

He added that it had taken officials five weeks to count the items and calculate their value.
Over the years Ms Rosmah has come to be known for her indulgent shopping habits and love of branded goods.

Reuters
image captionMs Rosmah's love of luxury goods is no secret
She has been compared to former Philippines first lady Imelda Marcos, who was also known for her love of shoes and other luxury goods.

Corruption claims were a major cause of Mr Najib's election loss to his former ally Mahathir Mohammad.

Mr Najib was alleged to have pocketed $700m from the fund, a charge he has denied.

Since he lost the election, Mr Najib and his wife have been questioned by anti-graft investigators and he has been banned from leaving the country.









Quote cmf_shalom 15-12-2020 12:37 PM
Edited by cmf_shalom at 15-12-2020 12:39 PM

Kan dh cakap dulu tu duit parti..ingat najib bodoh nk simpan duit tunai btimbun dlm umah

Atok tau la kewujudan duit ni... Kt rumah presiden parti musim PRU...dia juga yg mmulakan budaya ni
Quote dizekni 15-12-2020 01:28 PM
blastoff replied at 15-12-2020 10:32 AM
pasai pa kau suci murnikan 1mdb plak sedangkan wang tu dikembalikan pada UMNO ...

Yang buruk semua nak kait dengan 1MDB

sedangkan yang baik sebenarnya lagi banyak

aset 1MDB jauh melebihi hutang

IPP, TRX, Bandar Malaysia dan banyak lagi

pun masih ramai buat2 buta bahawa begitu banyak
nya kempen kebencian dibuat oleh PH DAP
Quote kemaruk 15-12-2020 01:34 PM
Maybe masih ada yang percaya rosmah owner grab, najib keluarkan c4 dari stor tentera etc

Bodoh la katakan
Quote dizekni 15-12-2020 01:41 PM
blastoff replied at 15-12-2020 11:41 AM
RM273 juta nilai rampasan nih kak mah dan najib amek duit dari mana kalau bukan 1MDB ? Dia ragaih  ...

Ini isu lain

sitaan barang2 peribadi milik DS Najib ni yang kebanyakannya
hadiah daripada pembesar2 seluruh dunia, masih pending

Najib sendiri dah banyak kali jelaskan

sepanjang puluhan tahun beliau jadi pemimpin, mula dengan MB Pahang, orang besar pahang,
menteri di pelbagai kementerian, PM selama 9 tahun

tentulah banyak hadiah berharga yang diterima

malah beliau juga ada nyatakan, pihak yang geledah dan bawa keluar
barang2 kemas hadiah tu, sengaja buang bekas2 berlambang kerajaan
contohnya logo kerajaan negara arab saudi, dan hanya ambil isi barang kemas je

sengaja tak nak media dan orang awam nampak bahawa itu hadiah agaknya

Quote mbhcsf 15-12-2020 01:43 PM
eh lama nya ye...baru dapat balik.
Quote blastoff 15-12-2020 01:48 PM
Edited by blastoff at 15-12-2020 01:51 PM
dizekni replied at 15-12-2020 01:41 PM
Ini isu lain

sitaan barang2 peribadi milik DS Najib ni yang kebanyakannya


hadiah yg dia terima sebagai pemimpin negara dari para pemimpin asing dia tak leh anggap hakmilik peribadi utk dia sundrik simpan ler.... dia mewakili negara so perlu di simpan sebagai rezab negara lah atau di jual semula lalu duit tu diguna kembali utk kepentingan rakyat dan negara.

Quote blastoff 15-12-2020 01:50 PM
dizekni replied at 15-12-2020 01:28 PM
Yang buruk semua nak kait dengan 1MDB

sedangkan yang baik sebenarnya lagi banyak

yg ada bukti jelas nyata buruk kena dilabelkan sebagai buruk ler... kalau asyik nak alih perhatian jer bermakna cuba menutup mata pada rasuah dan salahguna kuasa
Quote apam 15-12-2020 01:52 PM
Semua pemimpin2 politik kayaraya. Pandai-pandai simpan parking kat mana aje. Merhain aje dok puja dorang kunun bela rakyat
Quote dizekni 15-12-2020 01:53 PM
blastoff replied at 15-12-2020 01:48 PM
hadiah yg dia terima sebagai pemimpin negara dari para pemimpin asing dia tak leh anggap hakmilik  ...


Tuduhan yang dibuat bukannya 'najib buat hadiah sebagai harta sendiri
ka apa ka

tapi tuduh Najib rompak duit 1MDB beli barang kemas dan berbagai
tuduhan jahat lagi

Beliau masih PM semasa dijatuhkan dengan fitnah jahat

Atok pun dapat banyak hadiah sepanjang 22 tahun jadi PM,
sebahagian kecil je dia pamer kat Langkawi
Quote dizekni 15-12-2020 01:54 PM
blastoff replied at 15-12-2020 01:50 PM
yg ada bukti jelas nyata buruk kena dilabelkan sebagai buruk ler... kalau asyik nak alih perhatian ...

Buruk dan baik

kedua2 nya perlu dilapor cara seimbang

mujurlah 22 bulan je geng setan berleluasa

dapatlah rakyat tahu hal sebenar
Quote blastoff 15-12-2020 01:57 PM
Edited by blastoff at 15-12-2020 01:58 PM
dizekni replied at 15-12-2020 01:53 PM
Tuduhan yang dibuat bukannya 'najib buat hadiah sebagai harta sendiri
ka apa ka



sebab buat pe pemimpin2 asing nak hadiah birkin dan tiara manyak2 gitu secara diam2 senyap2 kok blakang tanpa dipanggil pc dijemput wartawan dipaparkan gambar didada akhbar ketika penerimaan hadiah2 itteww ?

Itu bukan cara yg formal pemberian hadiah antara pemimpin dibuat tapi lebih kepada cara perasuah bertukar pemberian je.

So bukan tuduhan tak berasas lah.
Quote dizekni 15-12-2020 01:59 PM
blastoff replied at 15-12-2020 01:57 PM
sebab buat pe pemimpin2 asing nak hadiah birkin dan tiara manyak2 gitu secara diam2 senyap2 kok bl ...

Tentukan dahulu yang mana wang 1MDB yang disalahguna

sebaliknya kes sitaan ini sengaja dilewat2 kan

diubah daripada kes jenayah kepada sivil

kenapa SIVIL pulak

itu sahaja pun dah nampak niat jahat dan tak betul
Quote rashiman 15-12-2020 02:08 PM
blastoff replied at 15-12-2020 01:57 PM
sebab buat pe pemimpin2 asing nak hadiah birkin dan tiara manyak2 gitu secara diam2 senyap2 kok  ...



takkan lah pemberian cenderahati pun nak buat sidang media....
media lebih tumpukan kpd tujuan dan hasil lawatan pemimpin2 negara..

Pemimpin yg kecil2, penceramah2 pun ada menerima cenderahati...lagi besar pangkatnya, lagi besarlah nilainya.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061349 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top