CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kejut Saya Bangun Sahur, Sediakan Sejadah Untuk Solat”

17-12-2020 02:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9926| Komen: 61




SIAPA yang tidak sedlh apabila tiada keluarga hadir pada majlis konvokesyen, yang mungkin berlaku sekali seumur hidup.

Lebih menghlbakan, hari bersejarah itu bakal menyaksikan kegembiraan rakan-rakan sekuliah bersama keluarga masing-masing yang datang memberikan sokongan.

Walaupun keluarga kandung tidak hadir pada majlis konvokesyen, namun seorang pemuda Melayu tetap berbesar hati dengan kehadiran keluarga angkatnya yang berbangsa India.

Pemuda berkenaan, Mohamad Ridzuan Che Mohamad Zin berkata, kejadian berlaku pada 2017 di Politeknlk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.



Hubungan akrab Ridzuan dan Ganesan sejak 13 tahun lalu.

Jelasnya, kedua-dua ibu bapanya tidak dapat hadir pada hari konvokesyen di atas faktor kesihatan selain jarak perjalanan yang jauh dari rumah di Kelantan.

“Mak ayah memang tak sihat, rumah pula jauh untuk datang ke Shah Alam. Jadi, saya dah tahu lebih awal yang mereka tidak akan ada bersama pada hari k0nvo.

“Tapi sekental mana pun, saya akui boleh menangis dalam hati sebab tak ada keluarga yang dapat datang pada masa itu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Ridzuan, dia bagaimanapun menerima kejutan yang tidak disangka-sangka iaitu kira-kira seminggu menjelang majlis konvokesyen.



Ridzuan (hadapan) dan keluarga Ganesan (belakang, kiri) seperti satu famili.


Dia yang ketika itu tamat pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkata, keluarga angkatnya berbangsa India menyuarakan hasrat untuk hadir memberikan sokongan.

“Masa tu saya betul-betul terkejut dan terharu. Keluarga angkat saya dari Seberang Perai, Pulau Pinang sanggup datang berjumpa saya.

“Macam tak percaya meraka hadir pada hari konvo. Dalam hati memang rasa nak menangis, tapi menangis kegembiraan sebab terharu sangat,” ujar anak kedua daripada enam beradik itu dengan nada teruja.

Menurut anak kelahiran Gua Musang, Kelantan itu, dia mula mengenali keluarga S. Ganesan, 60, ketika melakukan latihan semasa kerja (on job training) di Pulau Mutiara itu, 13 tahun lalu.



Ridzuan (kanan) dan isteri (dua, kanan) bersama keluarga Ganesan di majlis perkahwinan saudara keluarga angkatnya.


“Ketika itu saya baru bekerja dan Ganesan jadi senior saya dan banyak membantu dalam melatih saya. Hubungan kami rapat dari rakan sekerja kepada keluarga angkat.

“Isteri dan anak-anak dia juga rapat dengan saya. Keluarga saya di Kelantan juga mengenali mereka dan pernah bertemu antara satu sama lain,” ujarnya sambil menambah Ganesan merupakan bapa tiga anak.

Ridzuan yang telah mendirikan rumah tangga kagum dengan keperibadian keluarga Ganesa yang begitu baik, bermurah hati dan menghormatinya.

“Mereka begitu mengambil berat. Saya pernah bermalam di rumah mereka dan sehelai sejadah disediakan mereka untuk kemudahan saya bersolat.

“Bila datang di bulan Ramadan, mereka akan kejutkan saya untuk bangun sahur, memasak dan makan bersama-sama. Waktu buka puasa pun mereka temankan makan bersama,” ujar bapa kepada seorang anak itu.



Ridzuan sering memakai Jippa setiap kali sambutan Deepavali.

Ridzuan yang bertugas sebagai operator pusat kawasalan tren di Keretapl Tanah Melayu Bhd (KTMB) sering menzlarahi keluarga angkatnya setiap kali sambutan Deepavali, dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat India, Jippa.

“Sepanjang 13 tahun kami berkeluarga, 12 kali saya datang pakai baju Jippa yang baharu ketika Deepavali, kecuali tahun ini disebabkan pandemik C0vld-19.

“Saya bersyukur mengenali keluarga Ganesan. Bagi saya, rakyat Malaysia boleh menjadi satu keluarga yang harmoni serta hidup aman-damai sekiranya masing-masing menghormati budaya dan agama antara satu sama lain,” katanya.




Sumber:Mstar





1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sherry_zaida 17-12-2020 08:00 AM
Lebih baik berkawan dgn bangsa bukan Melayu kadang2, sbb mereka tiada hasad dengki iri hati nih
Quote Tinot7 17-12-2020 08:04 AM
Kalau saling menghormati takde masalah.

Bagi saya, rakyat Malaysia boleh menjadi satu keluarga yang harmoni serta hidup aman-damai sekiranya masing-masing menghormati budaya dan agama antara satu sama lain,” katanya.
Quote dodolgemok 17-12-2020 08:15 AM
Bangsa lain hormat kat ugama org lain, tpi puak2 ketuatnan ni xhabis jadi batu api nak suruh haram itu ini, suruh balik sana sini. Dodol senyum sinis jah
Quote matjerk 17-12-2020 08:23 AM
Instagram dia apa
Quote makadek 17-12-2020 08:25 AM
Nanti ada la tu ckp suh masuk islam
Quote babyleo68 17-12-2020 08:42 AM
Good job!
Quote Redmyvi 17-12-2020 08:45 AM
Sweetnya.. Terharu plak baca..

Teringat dulu aku ada seorg manager cina super baik.. Bile dia dengar azan ja dia mesti cakap haa tu u punya tuhan sudah panggil.. pergi sembahyang dulu.. doa bagi harini kita banyak buat sales sikit..

Pastu kalau bulan puasa mesti ada la dalam seminggu tu 2,3 hari dia akan cuba puasa.. dia kata puasa makan senang tapi air susah sikit la sebab kami ni keje bhgian sales kena byk bercakap.. hehe

Quote LadyCarefree 17-12-2020 08:52 AM
dodolgemok: Bangsa lain hormat kat ugama org lain, tpi puak2 ketuatnan ni xhabis jadi batu api nak suruh haram itu ini, suruh balik sana sini. Dodol senyum sinis  ...


Setujuuuuuuuuu
Quote LadyCarefree 17-12-2020 08:53 AM
makadek: Nanti ada la tu ckp suh masuk islam



Hahahahahaa khenzssss. Rimas dan rasa malu baca komen macam kt ig uncle kentang pasal asyik doakan dia dapat hidayah masuk islam. Keji betul tak reti hormat orang.
Quote LautBiru52 17-12-2020 08:57 AM
Seronoknya. Memang tak dinafikan. Kadang2 kaum cina india ni lebih baik dari melayu sendiri
Quote rospinki 17-12-2020 09:02 AM
penyewa indian kt umah aku tu rilek je sembah gambar tuhan dia dlm bilik cuma aku pesan api jgn buh. my son ask me.."mak takpe ke ada tuhan india dlm umah ni nanti tak masuk malaikat rahmat"..aikkk budak ni. aku ckp tuhan bukan pandang apa ada dikelilingmu tapi Allah Azzawajalla pandang apa dalam hatimu..cia  cia cia..tu lah suh sembayang tknk..soal pasala malaikat pndai pulak.
Quote Ah_Kwan 17-12-2020 09:09 AM
LautBiru52 replied at 17-12-2020 08:57 AM
Seronoknya. Memang tak dinafikan. Kadang2 kaum cina india ni lebih baik dari melayu sendiri

keh keh keh

satu kesah yang begini, maka menderulah monyet liberal menyanjung zimmi..
dan mengutuk saudara seagama sendiri....

tak nampak dah sejak dulu lagi, bangsa jawi dah bela anak cina, anak india yang ditinggalkan pada mereka..
anak mat salleh macam natrah pun mereka bela..
yang itu layeeennn...tak perlu nak kagum nanges2.. itu tanggungjawab

keh keh keh
Quote Buritan 17-12-2020 09:10 AM
Tinot7: Kalau saling menghormati takde masalah.Bagi saya, rakyat Malaysia boleh menjadi satu keluarga yang harmoni serta hidup aman-damai sekiranya masing-mas ...


Yep ini aku setujuk
Quote Redmyvi 17-12-2020 09:11 AM
rospinki replied at 17-12-2020 09:02 AM
penyewa indian kt umah aku tu rilek je sembah gambar tuhan dia dlm bilik cuma aku pesan api jgn buh. ...

Budak2 sekarang pandai.. Apa ustaz ajaq balik satgi depa cerita kena balik kat kita.. hehe
Quote Normabaru 17-12-2020 09:20 AM
Ni kisah nk bg balance kisah benang sebelah ke cmne
Quote Cassieopeia 17-12-2020 09:25 AM
teringat plak family angkat kau masa kecik dlu..kak dewi pun lama dh xjumpa
Quote rospinki 17-12-2020 09:28 AM
Redmyvi replied at 17-12-2020 09:11 AM
Budak2 sekarang pandai.. Apa ustaz ajaq balik satgi depa cerita kena balik kat kita.. hehe

entah...dh lama dia tak pi sekolah agama. hari2 main game ..tanya soalah mcm tu. tiber..

Quote diss69 17-12-2020 10:10 AM
Redmyvi replied at 17-12-2020 08:45 AM
Sweetnya.. Terharu plak baca..

Teringat dulu aku ada seorg manager cina super baik.. Bile dia den ...

Akk pon rasa terharu, sebab setiap kali baca mesti ingt jiran india yg baik sngt ngn family akk.. Lama dh dulu..
Quote Nnasda53 17-12-2020 10:12 AM
Tak kisah dari  mana2 bangsa agama pun ramai je manusia yang baik2.
Cuma kita saja rasa tak di pertemukan dgn manusia2 sebegini.
Sebab dah rasakan diri sendiri yg baik sgt..jumpa yg baik pun akan kata tak baik.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065743 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top