CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah 'Down' Dengan Sikap OCD Zamarul Sampai Diana Rafar 'Surrender'

17-12-2020 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28324| Komen: 214

Diana Rafar mendedahkan sikap OCD (Gangguan Obsesif Kompulsif) Zamarul Hisham menjadi punca perkahwinan mereka gagal hingga bercerai pada 14 Januari 2015.


Kredit foto: IG Diana


Menerusi program bual bicara Mingguan Wanita yang dikongsinya di Instagram, Diana mengakui pernah berputus asa kerana merasakan diri selalu dipersalahkan.

"Sampai satu tahap memang rasa down. Rasa macam asyik buat salah saja, rasa tak sempurna dan selalu terfikir bagaimana mahu menjadi isteri terbaik.

"Sampai awal perkahwinan dulu saya mengalah (bercerai).

"Tapi bila lama-lama (fikir), sebenarnya boleh je terima keadaan dia tu," katanya.



Menerusi hantaran sama, Diana sertakan kapsyen berbentuk pesanan kepada golongan isteri di luar sana bertabah jika mempunyai suami dengan sikap OCD seperti Zamarul.

Gempak melaporkan, Diana dan Zamarul rujuk semula dalam tempoh edah pada 14 Februari 2015. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 17-12-2020 12:37 PM
Self diagnosed ke dik?
Quote sukacactus 17-12-2020 12:38 PM
Kwn aku pernah citer yg lakinya boleh mengamuk bila nampak even sebiji cawan je pun kat dlm sink
Tp dah dia jenis sabar, bertahan je la
Quote Normabaru 17-12-2020 12:44 PM
Bodohnye..bukak aib laki.. Cerita hal rumahtangga.. Mujahirin sungguh.. patut p la angkot laki ko jmp psikatrist utk reduce level ocd.

Nway laki ko masa blakon pon kaka tengok mcm mental kenkadang.. And today you already confirmed it.. Well done
Quote husie91 17-12-2020 12:54 PM
Tp kenapa kalau tgok laki dia tk mcm org ocd? Org ocd ni bukan patut nampak kemas bersih & wangi je kee cth mcm awal, anuar zain.. siapa lg eh haha
Quote imanda 17-12-2020 01:03 PM
husie91 replied at 17-12-2020 12:54 PM
Tp kenapa kalau tgok laki dia tk mcm org ocd? Org ocd ni bukan patut nampak kemas bersih & wangi je  ...

tu laa.. ocd jenis or tahap gimana ye zamarul tu?
Quote sharlenetexas 17-12-2020 01:03 PM
Dik diana, kalau nak tahu sengsara ocd ni sila google saving sammy.

Quote sharlenetexas 17-12-2020 01:05 PM
Ni baru ya ocd

[youtube]50bQtkfiHvs[/youtube]

Quote KarinaKapur 17-12-2020 01:05 PM
husie91 replied at 17-12-2020 12:54 PM
Tp kenapa kalau tgok laki dia tk mcm org ocd? Org ocd ni bukan patut nampak kemas bersih & wangi je  ...

Selalu org igt OCD ni pasal kebersihan semata2,padahal ada byk cabang.. Klau nak mudah paham, try tgk movie kat netflix tajuk TocToc.. Confirm stress tgk masing2 punya OCD dlm tu


Quote Kurex 17-12-2020 01:19 PM
sharlenetexas replied at 17-12-2020 01:05 PM
Ni baru ya ocd

Manis sammy ni
Quote Nnasda53 17-12-2020 01:53 PM
Inspirasi diri sendiri kot dia ni sbb berjaya faham suami ocd.
Kegagalan akhirnya berjaya gituuuu.
Quote iza.moha 17-12-2020 01:54 PM
Bagus jgk pendedahan diana ni. Kekadang klu org x phm, bleh sampai bercerai..
Quote RatuDunia94 17-12-2020 02:04 PM
Iols lately ni mcm ada penyakit suka buat benda berulang2. Contohnya kalau iols dh tutup paip.. iols akan buka balik then tutup balik.. kadang sampai 3x.. pastu kalau iols tgh jalan2 dr dapur nak ke ruang tamu then duduk kat kerusi.. iols akan bangun balik mula dr dapur jalan semula ke kerusi tu then duduk.. sampai iols rasa iols duduk dalam keadaan yg paling selesa.. entah lah.. iols x rasa iols OCD.. more tu "mencari keselesaan" kot..
Quote ninnamina 17-12-2020 02:23 PM
Zamarul ni hensomnya lahai time kecik2 crush sangat kat dia zaman2 spektra. tapi kuat merokok ke heols bibir hitam je.
Quote Levespa 17-12-2020 02:25 PM
Ocd bukan pasal bersih saja.. Google la sikit bukan payah pun
Quote trexxxxxi 17-12-2020 02:26 PM
Betul ke OCD, ke self diagnosed jurrrr
Quote namieamuro 17-12-2020 02:46 PM
kenape kene trobek punce penceraian lepas.nak claimed laki pembersih yg amat ke wpun tgk disebaliknye?
Quote dua_chzy 17-12-2020 02:46 PM
husie91: Tp kenapa kalau tgok laki dia tk mcm org ocd? Org ocd ni bukan patut nampak kemas bersih & wangi je kee cth mcm awal, anuar zain.. siapa lg eh haha ...


Tak semestinya. Ustaz sekolah akak diagnosed OCD. Rumah tak kemas pun. Dia sendiri juga biasa2 jah. Tapi memang sengsara hidup dengan jantan OCD. Memang tak main betina tapi deols are so hard to handle lah. Sapa ada pasangan OCD tu faham la. Dengan kuat merajuknya, dengan perfectionistnya. Dah la biasanya ternikoh ummah non OCD jenis laidback, carefree. Hada sorang ex kelig akak juga OCD suaminya. Ni rumah memang kemas la. Jemur kain takleh senget, kena lurus perfect. Ex kelig akak selalu terasa dengan bebelan suami dan merasa diri bukan isteri sempurna seperti Diana.
Quote MeghanK 17-12-2020 02:49 PM
RatuDunia94 replied at 17-12-2020 02:04 PM
Iols lately ni mcm ada penyakit suka buat benda berulang2. Contohnya kalau iols dh tutup paip.. iols ...

OCD yach
Quote MeghanK 17-12-2020 02:51 PM
ramai orang suka associate ocd dengan kebersihan padahal ocd ni banyak cabang..cuma kalau rasa takleh cope sampai menyusahkan orang tu pegi la jumpa professional

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052740 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top