CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

‘Lembu Ke Awan’, Kisah Inspirasi Boss Susu Kembangkan Perniagaan

17-12-2020 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6440| Komen: 30




Bila disebut sahaja Farm Fresh, tagline ‘Ini Barulah Susu Segar’ terngiang-ngiang di telinga. Kisah kejayaan produk ini yang dikendali oleh ‘Boss Susu’ atau Azmi Zainal bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Loi Tuan Ee tidak dapat disangkal lagi.

Bayangkan, dulunya Farm Fresh yang dijual di pasar malam, kini memiliki jualan ratusan juta ringgit setahun dan mempunyai beribu ekar ladang di Malaysia serta Australia. Hebat bukan!


Bagi mereka yang bergelar usahawan, kisah dari Boss Susu yang memulakan perniagaan secara manual bersama Loi sehingga berjaya mengembangkan empayar susu mereka menggunakan teknologi digital boleh dijadikan inspirasi ramai.

”Cows to Cloud”

Ramai yang tidak tahu, Farm Fresh menggunakan teknologi digital dari ladang sehingga ke pengurusan untuk memajukan perniagaan mereka. Sangat efisien dan sistematik.



Menurut Boss Susu, jika mereka tidak menggunakan teknologi digital ini, misi Farm Fresh untuk menghasilkan susu segar yang sedap dengan melakukan penghantaran dalam tempoh 48 jam SECARA KONSISTEN terus kepada pembeli tidak akan tercapai.

Jadi, bagaimana caranya Farm Fresh berjaya dengan menggunakan teknologi digital ini?

Jelas beliau, teknologi digital dari segi pengumpulan data bermula dari ladang Farm Fresh di mana mereka mempunyai data spesifik mengenai pretasi ladang dan pengeluaran lembu.



Dari data digital yang dikumpulkan, sebagai ketua beliau dapat membuat keputusan yang tepat dan melakukan full control ke atas perniagaan.

Pada mulanya, kata Azmi, Farm Fresh mengggunakan teknologi lama yang hanya mampu memerah sekitar 800-900 ekor lembu dalam sehari.

Apabila bertukar kepada mesin yang baru, Farm Fresh boleh memerah 1200-1500 ekor lembu dalam sehari sekaligus menghasilkan pengeluaran susu yang lebih tinggi.




Menerusi data di dalam teknologi digital, beliau sebagai ketua boleh mengeluarkan produk berkualiti tinggi secara konsisten pada setiap bulan.

Menurut beliau, sekiranya mereka tidak menggunakan teknologi digital ini, susu yang diperah akan rosak sebelum sampai ke kilang. Patutlah susu Farm Fresh rasa sedap dan segar!

Di dalam teknologi digital, mereka menggunakan ‘tracking system’ yang sangat penting bagi memantau lokasi lori dan suhu susu supaya boleh sampai ke pembeli dalam keadaan segar dan selamat diminum setelah dikeluarkan dari kilang. Hebat!


Menerusi data di dalam teknologi digital, beliau sebagai ketua boleh mengeluarkan produk berkualiti tinggi secara konsisten pada setiap bulan.

Menurut beliau, sekiranya mereka tidak menggunakan teknologi digital ini, susu yang diperah akan rosak sebelum sampai ke kilang. Patutlah susu Farm Fresh rasa sedap dan segar!

Di dalam teknologi digital, mereka menggunakan ‘tracking system’ yang sangat penting bagi memantau lokasi lori dan suhu susu supaya boleh sampai ke pembeli dalam keadaan segar dan selamat diminum setelah dikeluarkan dari kilang. Hebat!

Selepas itu, bagi melakukan promosi dan menarik pembeli, Farm Fresh menggunakan platfrom online di mana satu kaedah untuk mereka mengumpulkan data bagi melihat ‘customer behaviour’ atau tingkah-laku pembeli.

Jelas beliau, daripada data yang dikumpulkan, Farm Fresh boleh mengetahui pola pembelian sekaligus melakukan promosi bagi produk yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Sangat mengagumkan.

Kalau nak ‘Go B.I.G’ leader kena berani invest!

Menurut Boss Susu, usahawan yang berskala besar tidak boleh lagi duduk, tunggu dan bergantung kepada penggunaan teknologi manual. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam perniagaan.

Nasihat beliau, sekiranya usahawan mahu peniagaan mereka GO B.I.G (B-Breakthrough, I-Integrity, G-Good) atau berkembang dan berjaya, mereka perlu berani ambil keputusan untuk invest menggunakan teknologi digital seperti yang dilakukan oleh Farm Fresh.

Go B.I.G with Digital merupakan satu perubahan pemikian yang bermula dengan transformasi digital untuk menjadikan syarikat lebih produktif dengan budaya kerja baharu, yang lebih berintegriti dan menerima bahawa digital itu sebenarnya memberi kebaikan kepada semua ekosistem perniagaan.

Tonton video di bawah, bagaimana Farm Fresh yang dulunya tidak dikenali tetapi dengan bantuan teknologi digital, kini mampu menjadi pengeluar susu terbesar dalam negara. Hebat dan mengagumkan!




Sumber : siakapkeli





2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-12-2020 12:49 PM
betul2 menjadi marketing dia dgan GV smpai trus femes bos susu..klu x dlu produk dia ni agak sendu weyhh
Quote sharlenetexas 17-12-2020 01:07 PM
Ni baru betul kalau khazanah bagi dana.

Quote matchstick 17-12-2020 01:33 PM
Beberapa tahun dulu masa farm fresh belum femes ada jgk beberapa kali 'terkena' dpt susu masam walaupun expiry date lmbt lagi. Ramai jgk komplen di fb. Sekarang takde dh terkena mcm tu. Mmg fresh sokmo. Berbaloi la dia invest on monitoring tu.
Quote kucingitam 17-12-2020 01:40 PM
matchstick replied at 17-12-2020 01:33 PM
Beberapa tahun dulu masa farm fresh belum femes ada jgk beberapa kali 'terkena' dpt susu masam walau ...

ya betul.

pernah juga kena, beli sehari dah masam.

PM FB drg, dia minta no akaun nak refund. tapi aku x tau la dia bagi refund ke idak, tak check dan follow up pun. aku bgtau drg just for their information and to monitor handling system. mana tau kan, coldroom lori rosak ke masa ngantar...


Quote sarah82 17-12-2020 01:46 PM
aku suka ja...sebab selain aku boleh order direct kat agent dia kat jitra ada juga foodpanda skrg...aku suka lactose free susu dia...sedap...yummy2...
tak salah aku rompin beef pun produk farm fresh..
rompin beef sedap weiiii...dagingnya lembut dan tak banyak lemak...dah 2 tahun raya aku beli beef rompin utk masak rendang.
rompin beef minced aku biasa guna utk buat tauhu bergedil sbb daging lebih banyak dari lemak.
Quote ajinomotonosuga 17-12-2020 01:56 PM
Susu cap junjung tak elok..susu cap gantung yang elok

Toksah bragging sangat laa pam preshhh..

Body manusia nk cerna animal fat cam susu lembu tu ingat senang?

Better susu kambing or better lagi tuko diet susu tu pada sumber protein lain

Wat cafe latte kaa ok la..tp teh tarik mesia guna susu tin tu..aku ckp kawan..itu bukan susuuu..itu GULAAA btui laa korang bli satu cek ingredient susu brapa n sugar brapa

Sapa nk buat duit ce kempen tular viral n buat teh tarik guna susu farm fresh ni aaa..sugar tu suh patron buh sendiri..kasi atas meja sachet sugar

Dari ulu kampung hingga kosmo mesia.klo tukar budaya teh tarik susu tin...aku yakin kadar mati diebetes will be halved aaa..btui

Buat cam expresso latte sme tu..coffee white or black..susu wajib susu segar..daily!!! Bukan susu tin tuuuuu..ya robbi..ituuu di katanya MILK

Bila laaa kita nk bijok ni ha...sampai ke mampuih di bodohkan gitu..repiussss to be a fool ok!!!
Quote RatuDunia94 17-12-2020 01:57 PM
matchstick: Beberapa tahun dulu masa farm fresh belum femes ada jgk beberapa kali 'terkena' dpt susu masam walaupun expiry date lmbt lagi. Ramai jgk komplen di fb ...


Tp iols perna kena last month beli susu kurma sekali buka dh beyek mcm dh basi kot.. terus buang.. dh la RM11..
Tp susu dia mmg sedap.
Quote ninnamina 17-12-2020 02:18 PM
Sedapnye susu farm fresh. Ada tengok majalah 3 episod dia. Bersih gila farm dia. Semua dari lembu dia tu diorg guna sebaik habis. Even lalang pun diorg tanam sendiri. And I baru tahu syarikat susu mcm ni ada vet diorang sendiri. Tapi salute la pekerja2 dia hari2 bau lembu.
Quote Artemesiaa 17-12-2020 02:19 PM
Product dia ok hanya mungkin ada pekedai tak simpan susu tu dengan betul buat ia cepat jadi rosak
Quote ninnamina 17-12-2020 02:21 PM
Betul rompin beef tu ada baca cerita dia awal2 aeon je amek, agent dia xnak amek sebab takut tak laku. Sekali amek kau beef tu pun viral agent pakat berebut jual.
Quote CiliPadiSedap 17-12-2020 02:35 PM
kucingitam replied at 17-12-2020 01:40 PM
ya betul.

pernah juga kena, beli sehari dah masam.

baguslah customer cm u buat bisnes orang maju tanpa feedback tetiba sales jatuh owner bisnes takkan mampu post morterm business dengan baik.
Quote dua_chzy 17-12-2020 03:14 PM
matchstick: Beberapa tahun dulu masa farm fresh belum femes ada jgk beberapa kali 'terkena' dpt susu masam walaupun expiry date lmbt lagi. Ramai jgk komplen di fb ...


Dulu banyak komplen susu deols. Sekarang mendunia suda suma positif ja.
Quote dua_chzy 17-12-2020 03:17 PM
Kat Sabah, susu kurma sekaton 24 kotak tu ajen jual 72 hengget ngkauuu. Tu pun seringkali out of stock. Akak la tu antara pembeli tegar. Kaya raya weols khen.
Quote babynina30 17-12-2020 03:32 PM
matchstick replied at 17-12-2020 01:33 PM
Beberapa tahun dulu masa farm fresh belum femes ada jgk beberapa kali 'terkena' dpt susu masam walau ...

Haah i pon igt. Masa tu circa 2016 gitu
Quote kucingitam 17-12-2020 03:33 PM
CiliPadiSedap replied at 17-12-2020 02:35 PM
baguslah customer cm u buat bisnes orang maju tanpa feedback tetiba sales jatuh owner bisnes takka ...

ya lah, sbb susu dia sedap dan murah plak (masa mula2 dulu la), sayang kalau bisnes jatuh.

Quote Redmyvi 17-12-2020 03:35 PM
Sedap susu farm fresh nie.. Aku suka latte dia..

Bos susu ni dalam rancangan immortal song tu cool je org dia.. Lawak2 and humble je..
Quote husna_amal 17-12-2020 03:42 PM
Ini baru lah susu segar. Tagline boss susu farm fresh.
Quote HuoJingJue 17-12-2020 04:42 PM
ini tokey dia ada show off kereta mewah tak?
Quote belacan_gurl 17-12-2020 04:48 PM
Haahh susu dia sedap...aku ni jenis minum susu.... pantang tok nenek aku kalo dpt susu yg masam... Dulu selalu beli hl tapi asyik dpt yg masam je...kita dah beli malaslah nak gi kedai balik tukar...geram btoi aku...so skrg dah tukar ke farmfresh...so far ok...aku x beli dr kedai tapi dari agent dia...mmg terbaik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.172398 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top