Seorang lelaki yang tergamak bertindak menikam perut bayi perempuannya yang baru berusia 18 bulan, menangis teresak-esak sebelum dijatuhi dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa. Terdahulu, ketika dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh, kira-kira jam 10.27 pagi, Muhammad Safwan dilihat hanya mendiamkan diri. Bagaimanapun, sebaik ditunjukkan gambar mangsa oleh polis mahkamah untuk tujuan pengecaman, tertuduh mula menangis teresak-esak dan mengakui gambar berkenaan. Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Safwan didakwa cuba membunuh anaknya dengan menikam menikam perut mangsa di sebuah Flat Puchong Permai, Puchong, di sini, jam 4.30 petang, pada 12 Disember 2020.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sumber: Berita Harian |
miznora replied at 17-12-2020 03:57 PM
Kenapa dia tikam anak dia? Tak prasan pulak kes ni yg mana
mamajawie replied at 17-12-2020 04:12 PM
apsal la bagi 10 tahun?bagi je la 20 tahun at least mangsa tu da besar bleh dia gi cangkul apak dia ...
krustykrab replied at 17-12-2020 04:17 PM
Nt ada la yg dtg kat anak ckp.."busuk2 pun dia tetap apak ko, maafkn la dia, dia dah insaf"
mamajawie replied at 17-12-2020 04:19 PM
tp still bahaya sebab umo 10 tahun kot budak tu masa apak dia dibebaskan..kalu 20 tahun budak tu a ...
krustykrab replied at 17-12-2020 04:22 PM
Kalau mak dia mintak cerai...selamat la sikit budak tu...mak blh mohon perintah mahkamah utk jauhk ...
Belibis replied at 17-12-2020 03:31 PM
Lajunya proses..ada kes yang senyap sunyi lepas habis reman.
ADVERTISEMENT