CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Empat Tahun Menyepi, Suami Lana Nodin Bagi Izin Berlakon Kembali

18-12-2020 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11366| Komen: 77

Selepas empat tahun berehat daripada kerjaya seni kerana memberi fokus kepada keluarga, pelakon Lana Nodin membuat keputusan untuk kembali aktif.

Menurut Lana, 40, sepanjang tempoh berehat, dia banyak belajar cara lakonan daripada pelakon-pelakon baharu menerusi drama-drama di kaca televisyen.


"Selepas empat tahun, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini merupakan comeback pertama saya untuk drama bersiri di TV3... nampaknya Lana masih berbisa! Okaylah tu saya masih dapat watak orang muda sesuai usia.

"Sepanjang tempoh berehat itu, saya duduk rumah tengok lakonan orang lain termasuklah pelakon baharu, kita belajar cara lakonan orang lain, lebih-lebih lagi watak jahat.

"Memandangkan saya memang dah bersedia nak berlakon semula, jadi untuk comeback ini saya bagi 200 peratus, selain jadi juri lakonan orang dekat televisyen, saya ambil juga ilmu lakonan mereka itu, ” katanya kepada mStar.

Foto: IG

Lana ditemui semasa kunjungan ke set penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri di Taman Melawati, Selangor pada Khamis.

Drama yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3 itu turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Sharifah Sakinah dan Nadia Brian.

Dalam pada itu, Lana berkata keputusannya untuk kembali bergelar pelakon turut mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Mohd. Daud Mckienzie.




"Suami saya beri galakkan berlakon... kalau ikutkan tak payah dah berlakon namun disebabkan jiwa dan minat saya dalam bidang ini terlalu mendalam membuatkan saya tetap nak berlakon. Sejujurnya saya tak puas lagi!

"Saya berkahwin semasa kemuncak karier, selepas kahwin dapat anak pula jadi memang saya terpaksa berhenti berlakon kerana nak fokus anak-anak. Sekarang ini anak pun dah tak susu badan lagi, jadi dah boleh dilepaskan.



"Alhamdulillah suami tak halang kerana dia tahu minat saya... sampai sekarang saya dia bagi peluang untuk saya terus berlakon. Kalau saya ada penggambaran dia yang akan jaga anak-anak!” ujarnya.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia tiga tahun dan William Daud Mckienzie, dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 18-12-2020 11:48 AM
Anak girl dia semakin manis dan lawa. Anak laki pun asianly handsome....hihi. Gene Asia somi dia kuat. Go Asia!. Eh...Tiber.
Quote lattehazelnut 18-12-2020 11:58 AM
Ah tu la da besar manis anak dia..
Dulu asik belakon jd jahat je.. ni nak jd apa pla.. mak heroin?
Quote LadyCarefree 18-12-2020 12:08 PM
Tadok duit dah. Pastu nanti laki tumpang berlakon gak la. Mcm si remilah begom.
Quote husna_amal 18-12-2020 12:11 PM
Anak dia umut 3 tahun je dah nampak tinggi.
Quote sarah82 18-12-2020 12:24 PM
Chop.. Sedap ka roti cheese tu?aku x pernah makan lagi.. Sebab takut x sedap.. Walaupun hari2 aku tengok iklan kat wasap ttg roti korea tu
Quote slyfynx 18-12-2020 12:53 PM
Mende camni biase berlaku sbb dah xde pitis.
Pastu leh gune alasan rindu berlakon.
Pastu nanti ajak laki berlakon sekali.
Leh jana income banyak2
Quote electricopop 18-12-2020 12:57 PM
Lawo and handsome anak anak dia.
Quote naina 18-12-2020 01:04 PM
slyfynx replied at 18-12-2020 12:53 PM
Mende camni biase berlaku sbb dah xde pitis.
Pastu leh gune alasan rindu berlakon.
Pastu nanti aja ...

Chaitttt. Kan dia cakap kalau ikutkan dia tak perlu buat apa2 pon okay..muahaha
Quote yayaachan 18-12-2020 01:07 PM
husna_amal replied at 18-12-2020 12:11 PM
Anak dia umut 3 tahun je dah nampak tinggi.

baka kot sis. aku tgk anak mat salleh kt klcc tu yg baby isap puting pun kemain gedabak nk banding baby org malaysia ni lisut je.
Quote bambimo 18-12-2020 01:27 PM
Laki dia pun boleh kalo nk jd hero drama pukul 7
Quote nazzse 18-12-2020 01:33 PM
Comel gia dah besar ni
Happy je family ni aku tengok
Pandai lana jaga laki kekosen
Quote sarah_ary2 18-12-2020 01:35 PM
Lana ni macam muka Claire Dunphy Modern Family lah ... cantik Gia tue comel and cute juga
Quote Kurex 18-12-2020 03:06 PM
Stop ambik job watak org jahat...
Quote mamajawie 18-12-2020 03:30 PM
kalau tetiba berlakon sama ada duit simpanan da habis laki xmampu nk tanggung lagi xpun bakalan bercereiii gittuhh..

tapi dlm konteks benang ni mungkin faktor 1 kot..
Quote BicaraHatiku 18-12-2020 03:41 PM
Edited by BicaraHatiku at 18-12-2020 03:43 PM

Habislah...jangan jadi cam kak Nita n Serina udah ler... ada yg  menggoda laki ko bila ko sebuk memanjang
Quote ikanmasin 18-12-2020 03:50 PM
anak dia makin bsr ni makin comel2 dua2..
Quote slavehunter 18-12-2020 05:40 PM
LadyCarefree replied at 18-12-2020 12:08 PM
Tadok duit dah. Pastu nanti laki tumpang berlakon gak la. Mcm si remilah begom.

Alamak sis. Macam betul jer comment ni. Zaman pandemic ni bisness semua terkesan no expo no carnival so ada job berlakon sauk jer la.
Quote nolya 18-12-2020 05:54 PM
slyfynx replied at 18-12-2020 12:53 PM
Mende camni biase berlaku sbb dah xde pitis.
Pastu leh gune alasan rindu berlakon.
Pastu nanti aja ...

Faham2 aje le kaann.  Skr ni diterjah covid, semua orang kekurangan pitih.  So, buatlah ape je untuk menjana pendapatan. Boleh berlakon, berlakonlah semula. Ape pun alasan, iyekan aje lee. Lana kata dia banyak belajar cara lakonan daripada pelakon-pelakon baharu menerusi drama-drama di kaca televisyen.   O My Lana...........lebih baik U blj berlakon dgn Noorkhairiyah ke atau Wan Maimunah atau Fauziah Nawi n other experienced actresses. Pelakon2 baru U nak buat reference, tak salah alamat ke Lana.






Quote RatuDunia94 18-12-2020 06:25 PM
Kuat betul genetik asia menurun kat anak2..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043993 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top