CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakaikan Gelang Sejak Usia 3 Bulan, Ibu Fobia Pergelangan Tangan Anak Mengecil

18-12-2020 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7123| Komen: 28

Memang menjadi tabiat golongan ibu, mereka rajin mendandan dan menggayakan anak perempuan.

Apatah lagi bagi mereka yang sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata perempuan, sudah pasti anak tersebut akan digayakan dengan pakaian yang cantik serta perhiasan barang kemas.



Kredit foto: FB/mStar

Namun, perkongsian seorang pelayar Facebook ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada ibu di luar sana agar menitikberatkan aspek tertentu ketika menggayakan anak perempuan masing-masing.

Menurut Cik Puan Auni, dia tidak menyangka tindakannya memakaikan rantai tangan kepada anak perempuannya sejak bayi rupa-rupanya memberi kesan kepada pergelangan tangan anaknya itu.

"Penantian menunggu anak kedua selepas empat tahun. Alhamdulillah dapat bayi perempuan diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Bagi Alice pakai gelang dari umur dia tiga bulan. Setiap bulan akan laraskan saiz gelang dia.


"Tapi bulan lepas saja rasa nak cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice, tangannya mengecil pada pergelangan tangan walaupun gelang boleh gerak-gerak.

"Nasib la buka nak cuci... kalau tak, tak tahu apa jadi. Allah gerakkan hati untuk buka," katanya pada perkongsian tersebut.

Tambah wanita itu, dia kemudian segera membawa anak perempuannya itu membuat pemeriksaan di klinik kerana bimbang keadaan tersebut memberi kesan jangka panjang.

"Doktor cakap jangan bagi bayi pakai gelang, rantai atau sebagainya sebab ganggu tumbesaran bayi. Bayi membesar sewaktu dia tidur. Allah, seriau darah dengar. Kalaulah tak buka cuci, tentu lagi teruk," katanya lagi.

Menurutnya, selepas mendengar nasihat doktor, dia segera mengambil tindakan menanggalkan rantai tangan tersebut kerana fobia melihat keadaan pergelangan tangan anaknya itu.


Kredit foto: FB/mStar

"Tangan Alice dah makin sembuh. Tangan dah tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajalah. Tunggulah besar sikit, baru nak bagi pakai semula.

"Biasalah, sindrom mak-mak nak anak dara segak dan comel. Nampak comel pakai emas, pakai headband. Sumpah dah fobia.

"Jangan judge Auni, sebab Auni pun tak tahu akibat dia... mungkin ada yang pakai, tak jadi apa-apa... ada yang senasib dengan Auni.

"Niat nak kongsi agar ramai yang dapat info ini dan tak terima nasib macam ni. Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak, memang tak dinafikan teruja bila dapat anak perempuan.... mulalah nak berhias. Tak salah, cuma jangan lalai saja," katanya lagi.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 18-12-2020 11:53 AM
Puteri alice kayyisa???gelinya nama mcm ni..serius,ai xfaham knp nak letak nama mcm ni,puteri,putera bagai .makpak xde pun nama gtu.. geli wehhh geliiii...alice lagi..alice in wonderland kaa?? Lagi sedih nama kemain kokesyen tp muka xsesuai dgn nama..

N psl pakai gelang,ai dr kecik nenek dah bg gelang warisan..tp pakai kejap je..my mom smpan sbb dah xmuat..last2 kena curi time kuarters kena pecah masuk dlu..
Quote epal21 18-12-2020 11:56 AM
Bahaya pun kalau pakaikan baby/budak barang kemas. Mengundang peragut aje.
Quote lattehazelnut 18-12-2020 11:56 AM
Nak pakaikan kejap je boleh kan..
Tp klau setiap masa tu lemas i tgk..
Mesti melekat2 kuman, time makan, mandi, muntah.. takat lap2 mana bersih sgt..
Baby punye immune system xkuat lg..
Quote LadyCarefree 18-12-2020 12:07 PM
Bodoh gila parents yg bagi babypakai gelang rantai subang tudung cekak whatever
Quote husna_amal 18-12-2020 12:08 PM
Si emak mesti jenis gila kat emas. Anak bayi lagi dah dipakaikan emas macam tu sekali.
Quote eplasbpafree 18-12-2020 12:10 PM
Gelang camtu mak budak jelah yang pakai.
Quote Belibis 18-12-2020 12:13 PM
Macam dah ada jer kisah ni..
Quote sarah82 18-12-2020 12:22 PM
Baru aku nak komen tentang nama.. Hahahaha.. Muka belacan nama omputeh.
Quote krustykrab 18-12-2020 12:31 PM
Dah la puteri..alice pulak tu...nak tgk wajah maknya je
Quote matchstick 18-12-2020 12:31 PM
lattehazelnut replied at 18-12-2020 11:56 AM
Nak pakaikan kejap je boleh kan..
Tp klau setiap masa tu lemas i tgk..
Mesti melekat2 kuman, time ...

Dlm cerita ni dh berdaki baru si mak tu terpikir nk tanggalkan dan cuci. Nk anak nmpk segak dan comel tapi konon kebersihan tak peduli sgt
Quote pearl.silver 18-12-2020 01:03 PM
Ada link penuh tak. I nk share kt group family.
Quote kuzaime 18-12-2020 01:04 PM
Kak ipar aku, smua anak ada pangkal putera n puteri. Masa beranak anak sulung dulu gigih dia pujuk aku utk letak pangkal nama yg sama jugak, aku selamba aje cakap x minat, bukan aku laki bini keturunan raja2 pun sampai nak kena letak anak ber puteri putera bagai, terus dia sentappp

Baby pakai gelang pada aku senang jugak nak perhati2kan. Kot ketat dah pun senang nak bukak balik. Yg aku seram ramai yg pakaikan baby depa cincin ada yg nampak macam dah tersekat dah pun sebab jari baby dah debab
Quote vee_zara 18-12-2020 01:05 PM
Sorry la kalau i ni nampak dengki...budak2 ni kalau pkai kan gelang emas yang seurat tu tambah loceng dah cukup comel dah. Tak pyah nak bubuh gelang yg sarat sangat dah mcm org kg. Com.. ada i tengok kwan i anak baru 3 bulan dah pakaikan cincin. Gile ke apaaa.. dah mcm indon kacuk siam je budak tu.
Quote cmf_premierleag 18-12-2020 01:07 PM
sian budak ni
nama kemain lg
skali dh besar sok muka boyan jah
paras rupa x seiring dgn nama
Quote mamajawie 18-12-2020 02:51 PM
salmon-suki replied at 18-12-2020 11:53 AM
Puteri alice kayyisa???gelinya nama mcm ni..serius,ai xfaham knp nak letak nama mcm ni,puteri,putera ...

gelimat nama camtu..padahal muka anak selayaknya digelar zabedah tak pun markonah jahhh..verangannnnnnnn lahai

Quote Nnasda53 18-12-2020 03:27 PM
Suka nak mengayakan anak perempuan pun agak2 la juga..soal keselamatan di utamakan.
Emas bole di beli..Faktor keselamatan nyawa tak bole di beli.
Quote She-Ra 18-12-2020 03:36 PM
pakai yg ketat naw  naw ke pun
masa baby dlu mmg pakai gelang jgk, kiri kanan
tp bkn emas, beads warna keemasan
masih simpan sampai sekarang.. elok je lg
Quote ikanmasin 18-12-2020 04:40 PM
nama anak kemain lg.berputeri2 bagai..hehehe
Quote prettyuglybabe 18-12-2020 05:19 PM
tengok nama anak dah tau tahap berangan maknya macam mana

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051514 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top