CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

50 Petugas Kesihatan HTAR Positif Covid-19, Punca Jangkitan Masih Belum Pasti

18-12-2020 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1901| Komen: 1

Setakat ini, seramai 50 petugas kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor dijangkiti Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengenai jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di HTAR.


Pengarah JKNS Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, setakat ini seramai 50 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Foto: The Star

Menurutnya, daerah Klang yang berada di zon merah dan peningkatan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari) yang mendapat rawatan di hospital berkenaan antara faktor kebarangkalian jangkitan berkenaan.

"Pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

"Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan adalah terkawal dan semua kontak terdekat telah menjalani ujian swab serta diletakkan di bawah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO). -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 18-12-2020 02:20 PM
Semoga semuanya dalam keadaan baik2 je.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.115054 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top