CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditumbuk Lelaki Berpangkat 'Datuk' Kerana Bunyikan Hon

19-12-2020 12:40 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4429| Komen: 18|Original author: Oleh: Natrahn


Seorang wanita ditumbuk muka oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur kelmarin.

Satu rakaman video berdurasi 30 saat mengenainya telah tular di  media sosial.


Selain itu, mangsa turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan kecederaan yang dialami akibat kejadian itu di Facebook.


Suspek berusia 58 tahun itu meletakkan keretanya di petak letak kenderaan milik mangsa sebelum wanita malang itu membunyikan hon sebagai tanda untuk meminta suspek mengalihkan keretanya.

Tidak puas hati dengan tindakan wanita berusia 27 tahun itu, suspek bertindak menumbuk mangsa sebelum mengambil pisau untuk mengugutnya.


Kredit foto: Facebook Snow Kwong

Mangsa yang cedera telah membuat laporan polis dan perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

Kredit foto:

"Berlaku salah faham antara mangsa dan suspek dan kita telah menahan lelaki itu sebaik menerima laporan. Suspek juga sudah dituduh di mahkamah semalam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan Kosmo!.

Tergamak pakcik tu pukul kaum wanita. Sesiapa pun yang mengasari perempuan pastinya akan dilihat seolah-olah syaitan bertopengkan manusia. Tidak kira apa alasan sekalipun, perempuan tidak wajar dikasari. Baik dengan tutur kata atau kerja buat serta perlakuan fizikal. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qil 19-12-2020 12:48 PM
Ni semua gila
Quote Kurex 19-12-2020 01:06 PM
Leluhurrrrr
Quote Normabaru 19-12-2020 01:45 PM
Org skrg mmg cpt triggered.. Tgk jela cth2 dlm forum ni..xusik lgsg pon still kne
Quote Perawankota 19-12-2020 02:10 PM
Mesti dorg kenal satu sama lain
Quote Megikari 19-12-2020 02:47 PM
Pakcik ni mesti kaki pukul bini/dera bibik. Dasar jantan dayus
Quote Belibis 19-12-2020 02:55 PM
Ludah pekerja pasaraya denda 2k..tumbuk paling2 denda 5k.
Mangsa seperti biasaaaaa..tak untung apa2.
Quote Addrianna 19-12-2020 04:23 PM
Panas baran punya perangai lah ni
Quote buapakperut 19-12-2020 04:38 PM
selit pisau tu nak pi mana
Quote kroit92 19-12-2020 07:07 PM
step 1 - buat hal
step 2 - minta maaf
step 3 - actually, ada kad oku
step 4 - bebas berterbangan semula

profit???
Quote Tinot7 19-12-2020 09:07 PM
Ankel tu samseng ka?
Kondo tu mmg tak aman ka?
Quote LautBiru52 19-12-2020 10:47 PM
Ape kena uncle ni. Siap bawak pisau daging bagai. Giler
Quote Supersirap 20-12-2020 12:15 AM
Benda boleh bincang sey, x perlu emosi bagai, sekarang siapa yang susah?
Quote Rogue98 20-12-2020 05:55 AM
Cina lagi...
Polis dah ambik tindakan ke tu....report pada 16/12.
Quote husna_amal 21-12-2020 10:40 AM
Orang langsi macam ni mungkin kana denda je nanti. Undang2 lepas bila ada duit.
Quote newme11 21-12-2020 10:55 AM
orang baran ni mmg x leh buat berbincang!!!!
Quote Kipaskiok 21-12-2020 11:21 PM
Apabila EQ xdpt dikwl..last2 org yg kn
Quote Redmyvi 22-12-2020 01:43 PM
Siap bawak pisau bagai.. dia ingat dia rambo ka?
Quote Jorja 2-1-2021 07:44 PM
Kenapa tak standby pepperspray sis

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.944174 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top