|
Seorang lelaki warga emas dari China menderita penyakit barah limfoma, bertindak menyembunyikan dirinya dalam lubang kubur selepas hilang harapan untuk pulih daripada penyakitnya itu. Menurut Daily Mail, lelaki berusia 79 tahun itu telah mengupah penggali kubur untuk menggali kuburnya kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menanggung penyakit tersebut.
Beliau juga sudah melakukan pelbagai rawatan bagi merawat penyakit itu, namun segala usahanya gagal. Ketika tahap kesihatannya menjadi semakin teruk, lelaki itu mengambil keputusan untuk duduk dalam lubang kubur supaya kematiannya nanti tidak menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya. Bagaimanapun, beliau telah diangkat keluar daripada lubang tersebut oleh sekumpulan pegawai polis pada Sabtu di wilayah selatan Hunan, China. Kejadian itu mendapat perhatian selepas klip rakaman lelaki tersebut diselamatkan menjadi tular di internet.
Sumber: Era.Je |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037943 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.