Wanita ‘tersunyi’ di dunia, Agafya Lykova, 76, yang hidup bersendirian jauh di kawasan pergunungan Siberia mendapat bantuan rumah baharu oleh seorang hartawan bagi persediaan menghadapi musim sejuk baru-baru ini. Mengimbas kembali, wanita berdarah Russia itu dilahirkan di situ setelah keluarganya yang juga golongan aliran Old Believers (Kristian Orthodox lama) yang didakwa melarikan diri daripada peperangan penindasan agama oleh pemerintah Soviet-USSR, Stalin pada 1936 lalu.
Dikatakan lokasi kediamannya yang diwarisi oleh keluarganya itu terletak begitu jauh daripada kawasan penempatan manusia, dipercayai kira-kira 150 batu jauhnya dengan bandar terdekat. Masa berganti masa, Agafya dibesarkan keluarganya dan meneruskan 100 peratus kehidupan mereka bertiga hanya di sekitar rumahnya, tidak bercampur dengan mana-mana masyarakat terdekat. Keluarga kecil Agafya yang menjalani hidup bertiga anak-beranak di pergunungan itu pernah diberi gelaran ‘The Lykovs’ oleh masyarakat tempatan dan media. Sehinggalah ibu ayahnya meninggal dunia dan usianya sudah lanjut ke 76 tahun kini, Agafya masih menyara hidup bersendirian bersama ayam ternakan, kebun kecil dan rumah warisannya sehingga dia digelar ‘wanita tersunyi di dunia’. Malah rutin hariannya banyak diluangkan bersama kitab ajaran pegangannya, Bible. Disebabkan menetap bersendirian jauh di sebalik pergunungan, Agafya langsung tidak tahu-menahu tentang sebarang perkembangan dunia luar termasuk negara asalnya Russia. Bukan sahaja episod panjang Perang Dunia Kedua tidak diketahuinya, malah kejayaan Russia melancarkan kapal angkasa Yuri Gagarin juga ‘terlepas’ daripada pengetahuannya. Bukan itu sahaja, bahkan dia juga langsung tidak tahu tentang pandemik COVID-19 yang melanda Russia, Siberia dan seluruh dunia sejak akhir tahun lalu sehingga hari ini. Menurut laporan lalu, Agafya pernah ditawarkan bantuan untuk berpindah ke tempat lain, namun dia memilih untuk kekal berada di situ. Kisah ikhtiar hidup Agafya ini pernah menjadi tajuk muka hadapan beberapa laporan media beberapa tahun sebelum ini. Sepanjang keberadaannya di teratak usangnya di kawasan pergunungan itu, terdapat banyak bantuan berupa barangan keperluan asas disampaikan oleh beberapa pihak dan agensi selama ini. Namun, ‘kesunyian’ Agafya sedikit terubat apabila seorang hartawan Russia, Oleg Derispaka, 59, dilaporkan bakal memberikannya sebuah rumah baharu. Ia sebagai usaha membantu wanita tua itu menghadapi musim sejuk dengan lebih selamat memandangkan suhu sejuk di wilayah pergunungan itu di bawah paras -50 darjah Celcius. Difahamkan, barang-barang binaan rumah baharu tersebut diangkut ke sana menggunakan helikopter. Sebelum ini, hartawan Russia yang memiliki aset lebih RM2.3 bilion itu juga pernah menyalur sumbangan dana kepada Khakassia Nature Reserve di kawasan sempadan Mongolia yang terletak tidak jauh dengan ‘kampung’ Agafya. |
bubuk_bearbear replied at 19-12-2020 12:37 AM
habis tu sakit demam dia macam mana sorang2
dua_chzy replied at 19-12-2020 02:10 AM
Best je jadik sheol. Ignorance is a bliss.
dua_chzy: Best je jadik sheol. Ignorance is a bliss.
Asdira: Dari mana dia dapat pakaian? Ada pula gmbr dia dan family masa dolu2 tu..{:dot
missyL replied at 19-12-2020 10:33 AM
Jaranv sakit or x sakit pn.
Sbb die mkn pn mknan fresh.
Die pn mesti exercise carik mkanan
ADVERTISEMENT