CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Dukacita Kes Wanita Kahwin Kapten Hoki India

21-12-2020 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24404| Komen: 206

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan berita yang tersebar di media berkaitan wanita dari negeri itu yang dilaporkan melangsungkan pernikahan tidak mengikut hukum syarak di negara India.




Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda pada Isnin, Sultan Ibrahim bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, baginda sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini.

Sehubungan itu, baginda menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.

Titah baginda, kesahihan berita boleh dipastikan sama ada melalui ahli keluarga wanita berkenaan atau menerusi pejabat Kedutaan Malaysia di India.

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menasihatkan semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan.





Kredit foto: FB Sultan Johor

Pada Ahad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan memanggil seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan berkahwin dengan seorang pemain hoki India baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Menurut Marzuk, penjelasan sebenar akan diperoleh melalui pengakuan yang akan dibuat wanita itu setelah tiba di Malaysia.


Sumber: AWANI

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • arwenlotr

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 21-12-2020 01:45 PM
Seorang wanita bangsa Johor? Istilah merujuk kepada orang berasal johor ke tu atau mmg dah ada dah nama bangsa Johor?
Quote nuryakmal 21-12-2020 01:49 PM
Atata replied at 21-12-2020 01:45 PM
Seorang wanita bangsa Johor?  Istilah merujuk kepada orang berasal johor ke tu atau mmg dah ...

As non healthy as it sounds, concept "bangsa johor" mmg utk org2 negeri johor. Macam concept set set kite, yeop, den etc jgk lah
It applies to all bangsa melayu india cina jawa johor. Tu je

Quote Normabaru 21-12-2020 01:59 PM
Sultan lg bijak dr minister.. So better kita lucut si marzuk dan kuncu2 or bagaimana
Quote sharlenetexas 21-12-2020 02:11 PM
Sultan dah bersuara.

Quote Atata 21-12-2020 02:12 PM
nuryakmal replied at 21-12-2020 01:49 PM
As non healthy as it sounds, concept "bangsa johor" mmg utk org2 negeri johor. Macam concept set s ...

Ganjil lah sultan dia.. gunakan istilah yang tak berdaftar. haha..tp kalau berdaftar, iols minta maap sebab tak tahu. Kalau yeop den tu kita guna time2 santai kan, sultan ni pulak guna istilah tu dalam titah rasmi
Quote Tinot7 21-12-2020 02:13 PM
takdok org habaq kat pokcik ni kott...???
dlm komen, org kata dia tak mai balik daa...

[youtube]JotsJQ_RCug[/youtube]
Quote axl_bach 21-12-2020 02:17 PM
Keabsahan terkini.......hidup ABSAH
Quote She-Ra 21-12-2020 02:20 PM
Atata replied at 21-12-2020 01:45 PM
Seorang wanita bangsa Johor?  Istilah merujuk kepada orang berasal johor ke tu atau mmg dah ...

nah meols kopipes jeeee
semua dihujung jari

Johor Bahru: Konsep Bangsa Johor yang diperkenalkan Almarhum Sultan Ibrahim pada 1920-an bertujuan memupuk permuafakatan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat bukan memecah-belahkan perpaduan.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihak yang kabur berkaitan maksud konsep berkenaan seharusnya menyedari bahawa ia adalah konsep tradisi dan bersejarah sebaliknya bukan perkara baru.




Quote dizekni 21-12-2020 02:31 PM
Sultan pun dah murka
Quote imransulaiman 21-12-2020 02:31 PM
Buang negeri je kalau bersalah..
Quote miszclassique 21-12-2020 02:41 PM
Semoga next Sultan Johor pun boleh bagi kenyataan yang educated macam ni nanti
Quote mawarika 21-12-2020 02:43 PM
Skola agama johor ko abes tak dik? Ni yg buat kaka pun murka..
Quote tumpanglalu74 21-12-2020 02:45 PM
Syukur ade soltan yang betol2 berpendirian..

Dah orang tanye, baginde jawab..  Amekkaw!
Quote bottombikini 21-12-2020 02:55 PM
mallu bangsa johor...
Quote dubuk 21-12-2020 02:58 PM
bangsa kuala lumpur datang komen...
Quote husna_amal 21-12-2020 03:07 PM
Boleh siasat la siapa yang bantu urus dia terbang ke india sana. Dia anak saudara menteri kan...
Quote ulamalu 21-12-2020 03:08 PM
Wah, ketua Agama Islam negeri dah buat statement.  Mesti family budak pompuan tu kena interrogate.  Budak pompuan tu aman2 kat sana.

Ada forumer kata dlm adik-beradik budak pompuan ni pun ada kawin org Italy dan Sri Lanka.  X tau lah ala2 mcm ni ke convert ke Islam. Cuma kes budak pompuan ni heboh krn dia kawin kapten pasukan hoki India.
Quote nazurah 21-12-2020 03:15 PM
sultan johor ni silap2 forum cari pun dia skodeng...
tak payah tunggu staff dia sua, dia sendiri pun boleh tengok kat youtube...

tp si illi najwa ni bukan ke dah duduk india sinun? bila masa nak panggil ngadap?
Quote beatgirlX 21-12-2020 03:18 PM
Kalaau Illi ni da duk India...Cari family x leh ke?

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top