Seorang wanita, Gulnora Mukhedinova, 34, didakwa menghadiahkan anaknya sebuah kereta mewah Rolls Royce Wraith bernilai hampir 1.3 juta kepada anak lelakinya. Wanita itu dikatakan menghadiahkan kereta itu sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-12 tahun, lapor The Sun UK.
Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan Gulnora menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelakinya, Rannum. Namun, tindakannya mengundang kecaman netizen kerana syarat untuk mendapatkan lesen kereta yang sah adalah berumur 18 tahun ke atas. Ini bermaksud, anaknya perlu menunggu enam tahun lagi untuk memandu. Berikutan itu, segelintir netizen memuji tindakan Gulnora manakala yang lain memandang perkara tersebut sebagai perkara serius. “Anda perlu berhenti membenci dia kerana keluarga itu berusaha keras untuk mencari wang sendiri jadi biarkan sahaja mereka membelanjakan wang tersebut dengan cara mereka suka.
“Saya tidak akan membelikan iPhone untuk anak saya yang berusia 12 tahun, apatah lagi Rolls Royce,” antara komen netizen. Difahamkan, Gulnora menghadiahkan kereta mewah itu dengan titik peluhnya sendiri sebagai pereka fesyen, pengarah Creative Baravia Fashion dan juga pengasas salon kecantikan Baravia di Dubai. Sumber: SiakapKeli |
sarah82 replied at 21-12-2020 09:59 PM
pergh...netizen negara atas angin pun perangai ala2 makcik bawang PPRT yg urban berkerak dok kutuk r ...
Dwdrum replied at 22-12-2020 02:07 PM
Rasa nya penyakit 1 dunia jenis suka kecam... Asal kan boleh comment...dahulu ada thread 1founder ...
sarah82 replied at 21-12-2020 10:10 PM
hahahaha...lawak...asal boleh kecam..benda mcm ni pun dikecam...hadiah...ikut suka mak dia nak bag ...
Dwdrum replied at 22-12-2020 02:29 PM
Kita enjoy saja sarah tengok yang jenis 24/7 kecam orang ini... Kadabg kadang aku rasa kasihan pul ...
sarah82 replied at 21-12-2020 10:33 PM
tu la...aku mcm woiiii....nak kecam..tengok pada keadaan ni tak semua nak dikecamnya.
ADVERTISEMENT