Kakitangan hospital antara golongan frontliner gigih berkerja dalam musim pandemik ini untuk menangani jangkitan Covid di negara kita. Jadi, tidak hairanlah jika kita lebih kerap melihat kenderaan hospital di jalan raya yang ditugaskan untuk membawa pesakit ke hospital.
Bagaimanapun, sebuah posting tular di Twitter baru-baru ini mengundang rasa seram orang ramai apabila seorang individu berkongsikan gambar ambulans tanpa pemandu di group WhatsApp. Perkongsian tangkap layar perbualan di WhatsApp itu menunjukkan sebuah ambulans di jalan raya pada waktu malam tanpa pemandu di dalamnya. Individu yang berkongsikan gambar tersebut mendakwa gambar berkenaan diambil sekitar pukul 3 pagi apabila kenderaan tersebut ditemui tersadai lama di sebuah jalan raya di Rompin, Pahang ketika rakannya melalui kawasan tersebut. Pemandu yang terserempak dengan ambulans tersebut kemudian memotong kenderaan berkenaan, namun apabila menoleh untuk melihat semula kenderaan tersebut telah 'lesap'. Perkongsian kisah ambulans tanpa pemandu itu membuat ramai meremang. Sumber: Himpunan Cerita Lawak |
bakingsoda replied at 22-12-2020 03:25 PM
eh yg atas2 ni tak baca ss chat tu ke? dia cek no plate dgn polis kata ambulan tu dah lupus taon 201 ...
kurga replied at 22-12-2020 03:15 PM
aku plak tengok mcm ambulan tu tgh jalan..dan si tangkap gambar follow belakang dia..
bakingsoda replied at 22-12-2020 03:25 PM
eh yg atas2 ni tak baca ss chat tu ke? dia cek no plate dgn polis kata ambulan tu dah lupus taon 201 ...
kurga replied at 22-12-2020 03:15 PM
aku plak tengok mcm ambulan tu tgh jalan..dan si tangkap gambar follow belakang dia..
Belibis replied at 22-12-2020 02:29 PM
Lapar perhatian..lain la bergerak tanpa pemandu..ni kan tgh parking kottt..
ADVERTISEMENT