CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Dibelasah Sampai Muntah-muntah Hanya Kerana 'Terpadam' Lampu

22-12-2020 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3461| Komen: 7

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menjadi mangsa dera hanya kerana terlanggar lampu hingga terpadam ketika suspek memancing.

Memetik TribunNews, dalam kejadian 12.30 tengah malam pada Sabtu lalu di Palembang itu, rambut mangsa ditarik dan ditendang suspek.


Bukan saja sakit di tubuh, malah kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah akibat dibelasah suspek.


Gambar hiasan

Ibu mangsa, Msy Husnaini yang tidak dapat menerima kejadian menimpa anaknya, melaporkan kejadian kepada polis.

Dakwanya, mangsa sedang memancing bersama beberapa rakannya sebelum terlanggar lampu berkenaan hingga terpadam.

Ketika kanak-kanak terbabit mahu membetulkan lampu itu, suspek, seorang dewasa yang juga sedang memancing di kawasan sama menuduh mangsa ingin mencuri lampu berkenaan.

Sebaik pulang, mangsa mengadu kepada ibunya dipukul individu tidak dikenali. Katanya, wajahnya ditampar sebelum suspek menarik rambut dan menendang paha kirinya.


"Ketika pulang dalam keadaan menangis, anak memberitahu bahawa tiada yang membantunya kerana mereka memancing di lokasi yang sepi. 

"Pada mulanya saya fikir ia perkara biasa, namun melihat anak sering pening dan muntah-muntah, saya memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap suspek.

"Saya benar-benar ingin pelaku tertangkap dengan harapan dia bertanggungjawab atas perbuatannya," kata Msy. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 22-12-2020 04:49 PM
Patut mak budak tu belasah balik lelaki tu. Tak cukup sekadar buat laporan je.
Quote Skuau 22-12-2020 04:57 PM
kalau bdk tu ank 'pulis pilipin tu'...mampos ko.
Quote rospinki 22-12-2020 05:05 PM
Skuau replied at 22-12-2020 04:57 PM
kalau bdk tu ank 'pulis pilipin tu'...mampos ko.

sakit ati aku baca kisah tu. dasar pilipin anak pulis pun bangga bodoh.
Quote Tinot7 22-12-2020 08:03 PM
Harap muntah2 tu tak bermaksud ada kesan kpd kepala.

Gambar TT tak memaparkan situasi sebenar
Quote Supersirap 22-12-2020 11:04 PM
Kenapa lah budak 12 tahun tu dibelasah begitu rupa, dimanakah sifat kasih sayang kita sesama manusia
Quote tipah89 24-12-2020 10:56 AM
otak mana otak yg belasah tu.
Quote Artemesiaa 25-12-2020 11:32 AM
Terlanggar pun sanggup pukul sampai macam tu baran betul

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.120031 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top