CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS, Israel 'Berurusan' Dengan Makhluk Asing, Ada "Perjanjian" Telah Ditandatangani

22-12-2020 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28804| Komen: 275

Haim Eshed



TEL AVIV - Seorang profesor terkemuka di Israel mendakwa rejim Tel Aviv dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) berurusan dengan makhluk asing.

Perkara itu didedahkan Jeneral Bersara, Haim Eshed yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Program Keselamatan Angkasa Israel pada tahun 1981 hingga 2010 menerusi akhbar Yedioth Ahronoth pada awal bulan lalu.

"Presiden Donald Trump hampir mendedahkan 'hubungan' itu, namun makhluk asing di Persekutuan Galaksi meminta ia ditangguhkan terlebih dahulu sehingga penduduk bumi betul-betul bersedia.

"Mereka (makhluk asing) itu enggan mencetuskan huru-hara. Ia menunggu tempoh manusia berevolusi dan memahami dengan jelas tentang angkasa lepas dan kapal angkasa," katanya yang pernah menerima anugerah daya cipta rahsia sebanyak dua kali.


Menurutnya, terdapat 'perjanjian' antara Washington dan makhluk asing terbabit.

"Kedua-duanya telah menandatangani kontrak untuk melakukan eksperimen di sini," ujarnya lagi.

Bapa kepada program keselamatan angkasa Israel itu juga menjelaskan makhluk asing terbabit melakukan penyelidikan dan cuba memahami keseluruhan struktur alam semesta.

"Ia memerlukan bantuan kita. Terdapat pangkalan bawah tanah di Marikh yang menempatkan wakil makhluk asing dan angkasawan AS," jelasnya.

Eshed juga mengakui pendedahan itu pasti mencetuskan pelbagai spekulasi dan mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kebenarannya.

"Jika saya bongkar perkara itu lima tahun lalu, pasti saya akan dimasukkan ke hospital mental kerana masyarakat akan anggap saya gila. Tetapi, saya berani mendedahkan perkara itu sekarang kerana saya tidak akan kehilangan apa-apa.

"Saya sudah memiliki pencapaian akademik yang tinggi dan pelbagai anugerah serta dihormati di universiti di luar negara," katanya. 




Sumber - Agensi/SinarHarian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 22-12-2020 03:24 PM
jadi nya macam betul la kalender geng konspirasi tu kan

disember turn alien pulak
Quote Skuau 22-12-2020 03:33 PM
sementara itu..di Malaysia..tak habis2 dgn Pendatang Asing pulok.
Quote wnwa05 22-12-2020 03:33 PM

dan2 alien padahal jin.. geng dajjal nak datang lah tu
Quote slavehunter 22-12-2020 03:37 PM
saviour_09 replied at 22-12-2020 03:24 PM
jadi nya macam betul la kalender geng konspirasi tu kan

disember turn alien pulak

Kan.uolsss? I siap screen shot nak refer. Macam predictable sangat setiap bulan. Jadi untuk 2021 ada lagi tak prophecy?
Quote HuoJingJue 22-12-2020 03:38 PM
saviour_09 replied at 22-12-2020 03:24 PM
jadi nya macam betul la kalender geng konspirasi tu kan

disember turn alien pulak

ada orang percaya yek kalendar macam tu
Quote dua_chzy 22-12-2020 03:39 PM
Boleh la gadis2 tempatan aim nikoh dengan mahkluk asing pula lepas ni.
Quote anakjiran 22-12-2020 03:42 PM
siap ada wakil US tu dok buat eksperimen dengan alien bawah tanah dalam planet marikh. dasyat2....
Quote _blackbird 22-12-2020 03:58 PM
slavehunter replied at 22-12-2020 03:37 PM
Kan.uolsss? I siap screen shot nak refer. Macam predictable sangat setiap bulan. Jadi untuk 2021 a ...

share kat mana nak tgk calender tu
Quote saviour_09 22-12-2020 04:03 PM
slavehunter replied at 22-12-2020 03:37 PM
Kan.uolsss? I siap screen shot nak refer. Macam predictable sangat setiap bulan. Jadi untuk 2021 a ...

kheennn
so next year tak keluar lg kot kalender tu

ingat nak gantung tepi cubicle ni haaa senang nk refer
Quote dua_chzy 22-12-2020 04:04 PM
Mudah2an alien tu cantik2 macam mahkluk avatar.

(Tengok2 ropa orang jah).
Quote saviour_09 22-12-2020 04:04 PM
HuoJingJue replied at 22-12-2020 03:38 PM
ada orang percaya yek kalendar macam tu

alien dah hidup sama2 dgn kita hundred years pun ade org percaya sis

takpe la life masing2

jgn kaco org sudeehhh
Quote dua_chzy 22-12-2020 04:05 PM
wnwa05 replied at 22-12-2020 03:33 PM
dan2 alien padahal jin.. geng dajjal nak datang lah tu

Muslim percaya djinn.  Kristian percaya alien tu syaiton suku sakat rakyat Lucifer.
Quote dua_chzy 22-12-2020 04:07 PM
saviour_09 replied at 22-12-2020 04:03 PM
kheennn
so next year tak keluar lg kot kalender tu


Ni kalendar Mayan tu ka?
Quote Orix 22-12-2020 04:09 PM
Edited by Orix at 22-12-2020 04:10 PM

iols mcm percaya jah bila dia mention tggu manusia berevolusi tu... tapi bila tang alien menandatangani kontrak tu mcm kelako plak...
Quote underground 22-12-2020 04:12 PM
aku salah sorang la US Alien.

siap ada US bank account.

tax free sebab alien, just submit W-8 BEN form.
Quote Orix 22-12-2020 04:14 PM

ke mana hilangnya org Mayan pun katanya semua dah diangkut dek alien.. tp kalendar deyols tiptop yach
Quote dua_chzy 22-12-2020 04:15 PM
Orix replied at 22-12-2020 04:14 PM
ke mana hilangnya org Mayan pun katanya semua dah diangkut dek alien.. tp kalendar deyols tiptop y ...

Aiol google, macam bukan Mayan kalendar ja. Porumer ni tak mau share pulok kalendar hapa.
Quote rospinki 22-12-2020 04:15 PM
covid pun tak setel cemana bole deal alien plak
Quote sepiITUindah 22-12-2020 04:17 PM
depa guna bahasa apa gaknya?

Lihat semua komen(275)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.539530 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top