|
Dipercayai akibat berebut permainan video Playstation 5, dua wanita dirakam orang ramai saling berbalas tumbukan dan tarik rambut di sebuah kedai permainan di Carolina Utara baru-baru ini. Rakaman pergaduhan tersebut tular di media sosial. Menerusi klip video tersebut, seorang wanita yang berambut tocang menjerit ke arah seorang lagi wanita yang memakai baju sejuk yang cuba untuk mengambil konsol PS5 yang diletakkan di bahagian jualan barangan di kedai tersebut. Difahamkan, mereka berebut permainan video tersebut kerana hanya mempunyai satu sahaja. Mereka cuba ditenangkan oleh orang awam namun gagal dan mereka bergaduh hingga berlaku situasi yang tidak terkawal.
Pihak polis datang dan menenangkan keadaan tersebut dan meminta untuk keluar dari premis berkenaan. Paling mendukacitakan, kedua-dua wanita tersebut tidak dapat membeli konsol PS5 tersebut. Sumber: Newyork Post/SiakapKeli |
Belibis replied at 23-12-2020 08:03 AM
Sendu pulak thread ni.sebab geng urban malu,kes berlaku kat negara kayangan pujaan hati.

tak semenggah naw...

prettyuglybabe: nasib baik black..kalau kokesen, langsung tak jejak urbanista kat thread ni
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.331859 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.