CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak 9 Tahun Muncul Youtuber Dengan Bayaran Tertinggi Didunia, Raih RM 119 Juta Sepanjang 2020

23-12-2020 07:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8712| Komen: 77



Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun telah tersenarai sebagai individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube sepanjang tahun 2020 yang dianggarkan sebanyak $ 29.5 juta (RM119 juta). Bahkan saluran Youtubenya iaitu ‘Ryan’s World’ yang terkenal dengan video unboxing permainan juga mempunyai sekitar 41.7 juta pelanggan.

“Dia terkenal dengan video unboxing di mana dirinya akan mengeluarkan mainan dari bungkusan dan memeriksanya. Kini, Ryan Kaji mempunyai pelbagai barisan barangan jenama seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya. Ia dijual di pelbagai platform seperti Amazon, Target dan Walmart.

Jualan barangan tersebut mencecah $ 200 juta (RM807 juta) pada tahun 2019 dan siri Nickelodeon pula disebut sebagai Ryan’s Mystery Playdate,” kata Forbes.


Menurut Hindustan Times, salurannya bukan pertama kali mendahului senarai bintang dengan memperolehi bayaran tertinggi di Youtube malah dirinya pernah tersenarai pada tahun 2018 dan juga tahun 2019.

Selain itu, Ryan mempunyai barisan barangan berjenama antara salah satu videonya adalah ‘Huge Eggs Surprise Toy Challenge’. Video tersebut telah diangkat antara 60 video yang memiliki tontonan yang banyak di laman web dan mempunyai lebih 2 bilion tontonan.

Bukan itu sahaja, Ryan telah menandatangani perjanjian untuk siri TV di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dollar.

Bukan setakat Ryan sahaja malah ibu bapanya juga merupakan seorang Youtuber yang aktif di mana mereka mempunyai sembilan saluran yang berbeza. Bahkan, ibu bapanya juga mempunyai sejumlah besar pelanggan dan tontonan di Youtube.



Sumber: Firstpost/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-12-2020 07:52 AM
wahhh kurlast... tapi memang dia ni target company2 besar yang jual mainan atau barang kanak2...

parents2 omputeh rajin beli mainan untuk anak2 deorang... kat sini lain sikit sebab sini mainan tu  harga mahal sebab perbezaan matawang... ingat dulu iols beli barbie rm50+ ada la ratus2 jugak la koleksi yang dah di kambus belakang rumah...
Quote pichee 23-12-2020 07:54 AM
Dh buk thn die ni menjadi kanak2 terkaya dunia...ryan2..mmg rezeki ko...
Quote buragazz 23-12-2020 08:07 AM
Memang yer.. anak buah aku dtg rumah masuk bilik aku "Pak Long bukak Youtube.."" kakak nak tgk apa.." laju je dia cakap "Ryan.." sebab dalam bilik screen besau kat umah dia pakai henpon bapaknya dan time weekend je dapat...  
Quote Tinot7 23-12-2020 08:26 AM
Anak buah iols pun tgk cenel utube ryan ni.. amender yg best pon iols tak paham...
Quote johan-adx 23-12-2020 08:28 AM
contect kalau mengenai kanak2 je mmg market dia luas
Quote weezerfan 23-12-2020 08:45 AM
That explains berapa rama anak2 kita disuap dgn youtube sepanjang hari..syabas makpak moden
Quote sarah82 23-12-2020 09:27 AM
buragazz replied at 23-12-2020 08:07 AM
Memang yer.. anak buah aku dtg rumah masuk bilik aku "Pak Long bukak Youtube.."" kakak nak tgk apa.. ...

Laa.. Aku ingat ang perempuan.. Hahahahaa.
Quote alieyrina 23-12-2020 09:45 AM
Anak aku laa hari2 duk layan ryan ni..ulang2 hari2 pulakk ..aiyo mana x kaya
Quote cmf_premierleag 23-12-2020 09:49 AM
untungla dikk..esok dah besor takyah susah2 pinjam ptptn bagai
eh apa cite yutuber faveret acik2 kepam, si sugu pavi tu eh? masih bervlog ke?
Quote husna_amal 23-12-2020 09:52 AM
Dah bertahun2 budak ni jadi pendapatan youtube tertinggi. Kecik2 dah jana pendapatan juta2.
Quote tagas 23-12-2020 09:52 AM
termasuk la hero aku kat umah tu antara yg jd

penyumbang meng kaya kan si ryan nih

hari2 nak tgk utube ryan
Quote Belibis 23-12-2020 10:29 AM
Ini dah mengalahkan ciki 7G pakai mustang.
Quote buragazz 23-12-2020 10:48 AM
sarah82 replied at 23-12-2020 09:27 AM
Laa.. Aku ingat ang perempuan.. Hahahahaa.

Hahaha.. kadang2 permpuan kadang2 lelaki... mati la nak...
Quote fuyupoktek 23-12-2020 10:51 AM
Bingit ah suara mak ryan koser nk tgk
Quote sarah82 23-12-2020 10:53 AM
buragazz replied at 23-12-2020 10:48 AM
Hahaha.. kadang2 permpuan kadang2 lelaki... mati la nak...

Hahahaha..mampos..
Quote buragazz 23-12-2020 11:13 AM

Rileks Sarah kat dalam forum ni kita boleh jadi sesiapa yang kita mahu... as long as tahu batas penulisan.. ceyy wahh.. cakap lawa aku...
Quote emera 23-12-2020 11:16 AM
Aku benci gila mak si ryan ni... suka mengilai.. suara terpekik, ngilu aku dengar..

Lagi satu bapak si hulyan maya.. pinoy pekat.. buruk gila bila bercakap.. style cakap pun, ya tuhan... aku siap haramkan anak aku bukak youtube pinoy annoying ni... dia pun paham kenapa, so tak bukak.. sayang betul anak aku kat aku
Quote lattehazelnut 23-12-2020 11:21 AM
Xlama lg jd billionaire termuda..
Quote slyfynx 23-12-2020 11:25 AM
Ryan Review ni bukan ke dah kene shutdown pasal beberapa kontroversi.
Die x bg tau pasal barang yang die dpt tu sponsor, parents die abiskan duit die.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.404713 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top