|
Seorang saintis yang membantu dalam penemuan virus Ebola memberi amaran bahawa kemunculan pandemik pada masa depan berkemungkinan akan lebih berbahaya daripada Covid-19.
Profesor Jean-Jacques Muyembe Tamfum yang kini menggerakkan Institut National de Recherche Biomédicale (INRB) di Kinshasa, ibu kota Republik Demokratik Congo, memberi amaran bahawa lebih banyak penyakit zoonosis, iaitu patogen berhubung kait antara haiwan dan manusia, sedang 'berlegar-legar' di bumi. "Kita sekarang berada di dunia di mana patogen baru akan keluar," katanya kepada CNN. "Dan itulah yang menjadi ancaman bagi umat manusia," katanya lagi. Covid-19 adalah penyakit zoonotik, di mana teori mengatakan ia muncul di sebuah pasar basah di Wuhan, China penghujung tahun lalu.
Virus ini telah menyerang dunia, meruntuhkan ekonomi dan membunuh lebih dari satu setengah juta nyawa manusia dalam tempoh 12 bulan. -CARI Sumber: Daily Star/ mStar Online
|


harkktuih replied at 23-12-2020 10:36 AM
Iols kadang2 terpikir, wujudnya virus membunuh manusia ni utk seimbangkan balik dunia yg dah overpop ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.103611 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.