Perkongsian video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya Kyra Baharuddin yang dimuat naik di laman Instagram dan YouTube menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.
Gara-gara komen positif itu, Khai berkata dia ada menawarkan peluang untuk adiknya itu menyanyi, namun gadis berusia 22 tahun itu menolak dengan alasan tertentu. "Dia memang suka menyanyi dan saya akui ramai nak saya berduet dengan adik dan mahu kami buat single bersama.
"Sebenarnya saya ada offer untuk bagi lagu tapi dia tak nak... katanya menyanyi ni hanya suka-suka sahaja. Tapi kalau dia minat tak salah nak mencuba dan saya sokong sahaja," katanya. Sebelum ini tular rakaman video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya berduet menyanyikan semula lagu My Heart menjadi perhatian peminat. Rata-ratanya memuji nyanyian mereka dan berharap agar dua beradik ini dapat bergabung suara dalam satu lagu baharu. Bercakap mengenai lagu baharu berjudul Nafas Cinta duet bersama Aina Abdul, Khai berkata peluang bergandingan bersama penyanyi itu merupakan salah satu impiannya. "Alhamdulillah terima kasih kepada Aina sebab sudi duet dengan saya... saya rasa ramai tahu dia berbakat besar dan ini memang peluang untuk saya belajar apa yang ada pada Aina.
|
cicicumel replied at 23-12-2020 12:12 PM
X pyh la sis.. Ko pon makin menyendu... Adik ko pon mcm muka ko dipakaikan tudung..
kipasaircond replied at 23-12-2020 07:35 PM
Sian hang kb.. Hang flop krn ketaksuban fans hang.. Lagu Hang dgn Aina tu sedap tp fans hang ni fake ...
ADVERTISEMENT