CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Trafik Mabuk, Pandu Kereta Lawan Arus

23-12-2020 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5860| Komen: 27

Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki di bawah pengaruh alkohol pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Katanya bertindak atas makluman sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan menahan lelaki berusia 25 tahun.

Foto: Berita Harian

"Lelaki itu yang juga anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan ditahan di Stesen minyak Lingkaran Dalam kerana memandu secara melawan arus dan disyaki di bawah pengaruh alkohol.


"Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas semasa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

"Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial melihatkan sebuah kereta Produa Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus.

Kenderaan itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasan dibuka selain turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-12-2020 01:35 PM
Masa iols bbnu dulu kat jb ada gak inspektor mabuk eksiden. Sib baik heols eksiden sorang2 tak langgar orang lain.
Quote noor2 23-12-2020 01:35 PM
Last2 polis yg mabuk dan pandu lawan arus
Quote LautBiru52 23-12-2020 01:39 PM
Ni dah macam mane ni. Polis trafik sendiri drive sambil mabuk. Lawan arus pulak tu
Quote Orix 23-12-2020 01:43 PM
persoalannya polis trafik tu isele ke idok
Quote gigahertz 23-12-2020 02:05 PM
LautBiru52 replied at 23-12-2020 05:39 AM
Ni dah macam mane ni. Polis trafik sendiri drive sambil mabuk. Lawan arus pulak tu

Dalam PDRM pun ada penjenayah
Quote tikusmontok 23-12-2020 02:25 PM
Ini namanya jilaker
Quote husna_amal 23-12-2020 02:55 PM
Konfirm kena pecat la lepas ni. Ikutkan ramai je polis yang tak betul dengan perkara2 tak baik ni.
Quote cik_kuntum36 23-12-2020 02:57 PM
aikkk,,, polis trafik sendiri pun drink and drive
Quote Tinot7 23-12-2020 02:58 PM
Masak la hang pasni
Quote saviour_09 23-12-2020 03:02 PM
aiyooo dah la polis, trafik lagi

buat keja bodo yg mmg tgh hot pulak lagii

duk johor pulak lagiii

mampuiihhh
Quote Kurex 23-12-2020 03:24 PM
Sagat atas jalan tar yg berlobang2
Quote dizekni 23-12-2020 03:27 PM
Orix replied at 23-12-2020 01:43 PM
persoalannya polis trafik tu isele ke idok

So what

salah tetap salah
Quote zorrro_03 23-12-2020 04:41 PM
POLIS celaka mcm ni mmg ramai.  aku harap kena hukuman berat lah.  biar sampai hilang semua kelayakan kerajaan dan penjarakan juga...
Quote underground 23-12-2020 05:00 PM
zorrro_03 replied at 23-12-2020 04:41 PM
POLIS celaka mcm ni mmg ramai.  aku harap kena hukuman berat lah.  biar sampai hilang semua kelayaka ...

mereka ni la bagi busuk nama PDRM.

islam tapi minum arak, rasuah, peras ugut, judi, main pelacur.

dulu2 sebelum 80an, tentera pun camtu (sebab aku anak askar duduk dalam kem, tahu la..), lepas ada KAGAT baru terjaga Islam dalam tentera.


Quote zorrro_03 23-12-2020 05:06 PM
underground replied at 23-12-2020 05:00 PM
mereka ni la bagi busuk nama PDRM.

islam tapi minum arak, rasuah, peras ugut, judi, main pelacu ...

kannn.  celaka sgt jenis tak kira halal haram mcm ni.  kapir cara kapir nya.  melayu pun tak kurang yang perangai laknat lebih dari kapir...  
Quote Kitty_catz 23-12-2020 06:32 PM
umah meleis isle??
Quote axl_bach 23-12-2020 06:38 PM
Allahu, another milestone dlm pemerintahan kerajaan Pee End.....

Xleh bayang kalau ini masih zaman Pee Esh, hmmmmmm
Quote orion_pax 23-12-2020 07:01 PM
axl_bach replied at 23-12-2020 06:38 PM
Allahu, another milestone dlm pemerintahan kerajaan Pee End.....

Xleh bayang kalau ini masih zama ...

Apa yang tak boleh bayangnya?..dah sah2 salah DAP la lalau benda ni jadi zaman PH...tapi kalau zaman PN ni, lobai akan minta jangan cepat jatuh hukom..sekiannnzzz
Quote TOPwind 23-12-2020 07:32 PM
pasti pulis ni yg keturunannya lahir kat UK kan.
rambut blonde warna kulit keemasan kan ialah kan

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.592646 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top