|
Umum mengetahui pelakon Sharifah Sakinah kini difahamkan bakal menamatkan zaman jandanya sekitar tahun hadapan. Bahkan, beliau juga sebelum ini menyeru semua pihak mendoakan yang terbaik agar hubungan serta segala urusannya dengan bakal suami sentiasa dipermudahkan.
Terbaharu, Sakinah tampil memuat naik sebuah video pendek di laman Instagram memaparkan dirinya sedang mengajar bakal suaminya, Michael Hansen membaca huruf hijaiyah iaitu Alif Ba Ta. Seakan tidak sangka, biarpun jejaka tampan itu berbangsa Swedish, namun beliau dilihat mampu menyebut setiap huruf tersebut dengan lancar sehingga terkejut Sakinah dibuatnya.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.090189 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.