Kepulangan lebih awal bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab profesional Portugal, Portimonense SC perlu dilihat daripada sudut positif, kata pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe.
Mengambil maklum mengenai kecaman dilontarkan segelintir peminat, Cheng Hoe secara peribadi mengakui perkembangan itu mempunyai lebih banyak nilai positif daripada negatif terutama daripada sudut pembangunan prestasi pemain sayap berusia 23 tahun itu. "Walaupun tiga bulan, beliau (Muhammad Safawi) dapat pengalaman berlatih dan bermain bersama pemain terbaik kelab tersebut. Pengalaman itu boleh menjadi panduan kepada beliau untuk bermain lebih baik selain ia dapat dikongsikan bersama rakan seperjuangan di kelab mahupun pasukan negara. "Sedikit sebanyak tahap keyakinannya juga pasti meningkat. Kita (barisan jurulatih) memang tunggu dan nak lihat apa dipelajarinya di sana yang mungkin boleh beri impak kepada skuad kebangsaan, jadi sebagai jurulatih saya lebih pandang yang positif," katanya kepada Bernama.
Minggu lepas, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Muhammad Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 dan 2019 sah akan kembali menyertai skuad Harimau Selatan bagi mengharungi musim 2021. Sejak melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Portimonese SC pada Oktober lepas, Muhammad Safawi masih belum membuat penampilan pertamanya dalam kancah Liga Primeira, sebaliknya hanya kerap memanaskan bangku simpanan skuad kendalian Paulo Sergio itu. Beliau hanya beraksi bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Portimonense SC sekali ketika pasukan itu tewas 1-3 kepada Sporting CP pada saingan liga peringkat umur tersebut, Oktober lepas. "Saya percaya beliau tidak akan patah semangat kerana kita tahu mentaliti beliau memang kuat, ia dibuktikan ketika latihan dan perlawanan yang memang diakui beliau mempunyai mentaliti kental. Kegagalan kali ini bukan kegagalan seterusnya, saya harap beliau lebih bermotivasi selepas ini," jelasnya. Muhammad Safawi telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan antarabangsa. Beliau menjadi pemain Malaysia kedua berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda berbakat negara Luqman Hakim Shamsuddin daripada pasukan Selangor 2 menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk. Sumber: Bernama |
drivethru replied at 23-12-2020 02:04 PM
Anggap jer la jalan2 makan angin. Aku pun sekarang tgh latih anak aku main bowling. Aku cakap kat di ...
ajinomotonosuga replied at 23-12-2020 02:55 PM
Ten pin bowling ke lawn bowling?
Ajo jadi pencetus ummah laaaa
drivethru replied at 23-12-2020 02:59 PM
Ten pin bowling. Sbb aku sendiri jadi coach.
green~tea replied at 23-12-2020 03:12 PM
ok lah 3 bulan dapat gaji kencang... balik pun tetap kayo haa walo barang sedikit..
drivethru replied at 23-12-2020 02:04 PM
Anggap jer la jalan2 makan angin. Aku pun sekarang tgh latih anak aku main bowling. Aku cakap kat di ...
Kerexxx replied at 23-12-2020 06:14 PM
padahal kalua tgk safawi ni, kat malaysia dah dahsyat betul.. kira top tier sangat.... org kita na ...
ADVERTISEMENT