CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aafiyah Punya Semua Warna Pink,"- Tokti Terpaksa Beli Barang Baharu Untuk Bayi Lelaki

23-12-2020 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14723| Komen: 80

Bakal melahirkan cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya.


Menurut Siti, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang tidak sesuai untuk bayi lelaki.

Kata penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, dia hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.


"Persiapan kalau soal barang-barang baby... masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.

"Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya," kata Siti Nurhaliza kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki ketika ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee baru-baru ini.


Foto: IG

Menerusi laporan mStar pada 12 Disember lalu, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya huruf A.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mengakui dia berasa gementar untuk melahirkan bayi kedua biarpun pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap berbeza.

Bagaimanapun, Siti berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.



"Dari segi mental dan fizikal... saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.

"Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik... Insya-Allah," ujarnya.




Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aayah yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 23-12-2020 04:40 PM
Alalalala comel je
Quote wadiunong 23-12-2020 04:50 PM

CT ni kalo tak makeup nampak muda betul. muka baby face
Quote lavendernovella 23-12-2020 04:50 PM
Sedih pulak bila tgk perkataan terpaksa beli tu.
Quote lattehazelnut 23-12-2020 04:50 PM
Edited by lattehazelnut at 23-12-2020 04:53 PM

Baju dah corak sarat.. selendang patut plain je..

Kne pilih stylish yg pndai style ikut body type..

Ok la semoga dipermudahkan tokti..
Quote Tinot7 23-12-2020 04:51 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote dua_chzy 23-12-2020 04:55 PM
wadiunong: CT ni kalo tak makeup nampak muda betul. muka baby face


Kan? Kalau letak sebelah2 dengan Mira Filzah, kompom nampak lebih kurang ja umur walau Siti lebih debab dari Migha.
Quote buapakperut 23-12-2020 04:56 PM
sape la yg normalize pink gegerl
Quote aemon 23-12-2020 05:02 PM
baguslah anak lelaki.anak  menantu cucu tiri boleh syuhh syuhh duduk tepi.sian tokti lama bkerja keras.biar le hasil dia ke pewaris dia je.
Quote Incanto 23-12-2020 05:29 PM
wadiunong replied at 23-12-2020 04:50 PM
CT ni kalo tak makeup nampak muda betul. muka baby face

yes...dulu ada gambar dia tak pakai mekap naik kereta dgn Dato K

nampak mcm bapak hantar anak pi kelas tuisyen
Quote doubleA 23-12-2020 05:33 PM
Muhammad A
Ok gak, siti dan muhammad

Semoga dipermudahkan
Quote Suchi 23-12-2020 05:55 PM
Sejak bila ya pink hanya tuk gegirl n blue untuk boboy?
Sapa la yg mula kan ni? Iols lantak je pakai je semua kaler.
Quote rogayahtop 23-12-2020 05:58 PM
lawanya lah kulit akak ct ni. kta nak hilangkan PIH dekat pipi ni dah berbotol the ordinary yg ori tak hilang2 jugak lg. kalau beli yg fake tu hilang dah agaknya.
Quote Suchi 23-12-2020 05:58 PM
lattehazelnut replied at 23-12-2020 04:50 PM
Baju dah corak sarat.. selendang patut plain je..

Kne pilih stylish yg pndai style ikut body type ...

Sbb tu gambar tu aritu saja kasi black n white sbb bila berwarna jelas keserabutan ntah apa2.

Quote apedehal 23-12-2020 06:02 PM
rogayahtop replied at 23-12-2020 05:58 PM
lawanya lah kulit akak ct ni. kta nak hilangkan PIH dekat pipi ni dah berbotol the ordinary yg ori t ...

Hahha ka gayah...terhibur iols
Quote bakingsoda 23-12-2020 06:13 PM
boleh je la tok warna pink pon asal bukan dress
Quote anony-mous 23-12-2020 06:13 PM
Murah rezeki sheol. Untung dpt sepasang. Ank pulak lahir dlm dulang emas
Quote September14 23-12-2020 06:39 PM
Rmai nnti tu bg hadiah baju baby

Quote Knowlee 23-12-2020 06:50 PM
rogayahtop replied at 23-12-2020 05:58 PM
lawanya lah kulit akak ct ni. kta nak hilangkan PIH dekat pipi ni dah berbotol the ordinary yg ori t ...

PIH tu apa?
Quote 3480 23-12-2020 07:00 PM
aemon replied at 23-12-2020 05:02 PM
baguslah anak lelaki.anak  menantu cucu tiri boleh syuhh syuhh duduk tepi.sian tokti lama bkerja ker ...

Klu harta mak bole dpt ke anak laki terus ka.. rsa mcm ke asben ja..
soalan nih..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.128074 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top