CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular Buaya Anggaran Panjang 12 Kaki Di Port Dickson

24-12-2020 02:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5779| Komen: 23

Kelibat haiwan dipercayai buaya di pantai nelayan Bagan Pinang



PORT DICKSON - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan dakwaan kehadiran buaya di pantai nelayan Bagan Pinang di sini, pada Isnin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, setakat pagi Selasa pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan buaya itu walaupun video mengenai haiwan tersebut sudah tular.

"Setakat ini tiada buaya ditemui di kawasan tersebut dan kita tidak dapat memastikan sama ada klip video yang tersebar itu adalah buaya atau sebaliknya kerana keadaan gelap selain rakaman diambil dari jarak jauh.



"Namun pemantauan akan dilakukan di kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Mohd Zamri, namun begitu orang ramai perlu berwaspada dan memberi maklumat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau terus menghubungi MPPD jika melihat kemunculan buaya di mana-mana lokasi di pantai Port Dickson.


Beliau berkata, aduan boleh dibuat menerusi Sistem Pengaduan Awam (SISPAA) di laman web MPPD atau menghubungi talian bebas tol 24 jam Perhilitan di 1800885151.

Semalam, satu video berdurasi 1.43 minit tular didakwa memaparkan kelibat buaya di pantai nelayan Bagan Pinang.



Sumber : SinarHarian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 24-12-2020 02:44 AM
huntongla hijab terbukak bideo gelap gelita rakam dgn samsung washing machine agaknya pun boleh nampak buaya 12 kaki
Quote OttoVonBismark 24-12-2020 04:36 AM
Boarlan lah dia bwrenang dwngan aman
Quote darkness 24-12-2020 04:43 AM
rogayahtop replied at 24-12-2020 02:44 AM
huntongla hijab terbukak bideo gelap gelita rakam dgn samsung washing machine agaknya pun boleh namp ...

Hahahha....tu la
Quote Tinot7 24-12-2020 04:47 AM
Gelap tak nampak apa
Quote cikkilata 24-12-2020 04:51 AM
rogayahtop: huntongla hijab terbukak bideo gelap gelita rakam dgn samsung washing machine agaknya pun boleh nampak buaya 12 kaki


Hahahaha... hebat kan.. boleh nmpk 12 kaki... ayat nk gempak je..
Quote Belibis 24-12-2020 07:52 AM
Nampak...nampak..nampak..dah tenggelam dahhh...hp nokia sabun ke?
Quote Megikari 24-12-2020 08:13 AM
Kalau betul, ngeri jugak. Ni la salah 1 sebab kenapa aku takut mandi laut/sungai yg tak nampak dasar
Quote saviour_09 24-12-2020 08:19 AM
so?

biaq pi la dia cari makan ja tu

abih2 pun pi cari bang non pasai lama tak balik pd kot
Quote opie5662 24-12-2020 08:24 AM
Tpmmg kat sane ade buaya kan... Pernah dlm forum ni up gamba org tgh mandi, koyak kaki die di sentap buya kat pd ni. Dh bertahun2 kisah tu... Tp pihak berwajib masih menafikan
Quote dudaberhias 24-12-2020 08:37 AM
opie5662 replied at 24-12-2020 08:24 AM
Tpmmg kat sane ade buaya kan... Pernah dlm forum ni up gamba org tgh mandi, koyak kaki die di sentap ...

ya betul... soo scary... buaya kat pd tu jarang2 tapi memang ada...
dah berapa banyak dah gambar penampakan buaya kat pd
Quote underground 24-12-2020 08:39 AM
memang kat laut time malam, suluh pun kalau camera takde night mode yang bagus gelap je.

walhal mata kasar nampak jelas.


aku kat kampung tepi laut selalu buat 'ngisa' tarik jala tepi pantai dengan sedara2 semua.. memang gelap gelita kalau snap photo.

kalau kat area jalan atau rumah, ada bantuan cahaya lain, gambar jelas even time malam.

tapi bukan kat tepi pantai atau laut.

mata nampak jelas.
Quote Boomibulat 24-12-2020 08:59 AM
Record dgn kalkulator ke ni..?
Quote husna_amal 24-12-2020 10:00 AM
Kita ada ahli parlimen port dickson yang hebat. Tahu lah dia nak uruskan macam mana buaya tu.
Quote Kerexxx 24-12-2020 10:06 AM
yang pelik, kenapa jerung tak makan buaya tu?
Quote mamajawie 24-12-2020 10:47 AM
kat benang sebelah boye dibelai2 pokcik jepun..kat malaysia boye sume nak dibunuh ummah malaysia..hmmmm
Quote Mamason 24-12-2020 10:49 AM
Nampak ape tu??? huhuhu
Quote makneng 24-12-2020 11:15 AM
Takde sape nak tangkap buat pet ke? Time2 free boleh bawa jenjalan kat recreational park
{:nose
Quote Artemesiaa 24-12-2020 12:22 PM
Dah ada yang tolong peringat take note jer ler.  Kang jadi apa2 sendiri juga yang susah sebab malas ambik tahu.  Nak2 sekarang ramai tengah bercuti disana.  Tak jadi mangsa covid19 jadi mangsa buaya air masin susah pulak.
Quote crossline 25-12-2020 08:11 AM
Benci betul org yg suka percaya nak kena mintak izin "tok cucu tumpang lalu" "tok cucu nak cari rezeki", hello, dah 2020 kot...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043234 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top