CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Tiap Minggu Kacau,” - Menantu Sakit Hati, Ibu Mentua Asyik Ajak Beli Barang Sampai Nak Balik Kampung Pun Tak Bagi

24-12-2020 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13676| Komen: 109

Jika baru-baru ini tular kisah menantu wanita yang cukup akrab dengan ibu mentuanya, kali ini lain pula ceritanya.

Menerusi perkongsian luahan hati di Facebook, seorang wanita mengadu mengenai sikap mentua yang dianggap menjadi punca pergaduhan dia dan suami.


Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, jarak rumahnya dengan keluarga mentua hanyalah 15 minit perjalanan.

Namun katanya, mentua sering mengganggu waktu cuti dia dan suami dengan urusan yang tidak penting.


Kredit foto: mStar Online

"Saya tak faham dengan mak mentua saya ni. Hampir tiap minggu akan kacau kami laki bini. Keluarga mentua saya ni memang tak ada kereta, nak ke mana-mana cuma ada motor je.


"Tiap minggu waktu kami cuti mestilah nak spend masa laki bini. Ini tidak, asal kami cuti je mesti minta kami bawakan ke sana sini.

"Beli barang dapurlah, macam-macam tempat. Padahal jalan kaki depan rumah dah sampai kedai barang-barang basah. Barang yang dia beli di supermarket pun ada di kedai depan rumah tu," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu 'acara mingguan' sehingga mengganggu waktu rehatnya.

Lebih parah, dia turut berkecil hati kerana sikap suaminya yang seolah-olah menurut tanpa banyak soal.

"Setiap minggu ya. Kalau dua minggu sekali, sebulan sekali... saya boleh faham sebab dia tak ada kereta.

"Saya dah lama makan hati dengan mentua saya ni. suami pula jenis menurut je," ujarnya.

Kredit foto: mStar Online

Lebih menambah bara di hati, ibu mentuanya meminta wanita itu agar tidak pulang ke kampung.

"Saya dah lama tak balik kampung sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bila dah boleh rentas negeri, mak dia cakap tak perlu baliklah, bawa mak pergi beli barang dapur.

"Serius saya sentap gila. Yang saya pelik bila nak keluar berjalan dengan adik beradik lain, pandai pula naik Grab dan pengangkutan awam," luah wanita itu lagi.

Katanya, dia buntu untuk mencari penyelesaian kerana suami lebih mementingkan keluarga sendiri.

"Suami saya lebihkan keluarga dia selalu. Sampai sanggup suruh saya jangan balik jumpa family sebab nak melayan mak dia ke sana sini tiap minggu.

"Saya rasa macam dah penat nak melayan kerenah mak dia. Setiap minggu makan hati.

"Selalu je bergaduh dengan suami sebab benda ni. Tapi masih tak buka mata," ujarnya.

Perkongsian di Facebook Kelab Rumah Tangga itu turut menerima lebih 1,000 komen netizen.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Hasrul Shuhari berkata, aib ibu bapa mentua tidak wajar didedahkan di media sosial.

Malah jika tidak dapat diselesaikan perselisihan tersebut, mereka juga boleh memohon bantuan daripada pihak yang berautoriti.

"Sekiranya suami mempunyai adik-beradik yang lain, maka mereka semua perlu ada keselarasan dan persefahaman untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa.

"Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain lepas tangan. Sekiranya suami tidak mempunyai adik-beradik lain dalam masa yang sama mempunyai pendapatan yang terhad maka, secara turutannya perlulah mengutamakan isteri terlebih dahulu, kemudian anak-anak, kemudian ibu bapa," ujarnya kepada mStar.


Kredit foto: mStar Online

Tambahnya, jika suami memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ruangan syarak yang membenarkan ibu bapa masuk campur, maka isteri wajib menurutinya.

"Cuba bayangkan ketika si isteri menjadi ibu yang mempunyai menantu perempuan kelak, maka situasinya adalah sama, menantu perempuannya perlu mematuhi anak lelakinya yang menjadi suaminya dan suaminya perlu mematuhinya juga.

"Ia berkaitan dengan keberkatan yang akan diterimanya, inilah keuntungan yang kadang-kadang seseorang itu tidak perasan.

"Jika si isteri dapat bersabar dan bertolak ansur, pahalanya sangatlah istimewa dan mudahannya apabila si isteri menjadi mentua pula, Allah akan memudahkan urusannya pula di atas kesabarannya tersebut. Begitu jugalah suami apabila berkaitan tanggungjawab yang dipikulnya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 24-12-2020 12:08 PM
Harap anak jantan aku utamakan aku gak
Tp dlm masa yg sama dahulukan bini ..
Aku tknak kacau anak2 ...
Quote Kurex 24-12-2020 12:12 PM
Kawen dgn anak mak kot pompuan ni..
Quote Daftpunk_shine 24-12-2020 12:17 PM
Balik je sorang angkut anak2. Laki tu tinggal jela sana. Pandai la mak dia bela anak jantan dia tu.
Quote Buritan 24-12-2020 12:21 PM
Kurex: Kawen dgn anak mak kot pompuan ni..

Sila kawinkan anak dgn pelacur.. bila nak bayar.. senang.. reta pun total mak pak punya.. anak pum mak pak punya.. hahaha... tak perlu nak susun reta.. sonang
Quote HYSB 24-12-2020 12:23 PM
Pahala pahala juga.mak bapa kite lepaskan kite untuk kau, kau take for granted, nanti anak perempuan kau tak balik kampung tenguk kau sebab lebihkan family sane
Quote husna_amal 24-12-2020 12:25 PM
Sabar je lah, harap si pengadu ni beli kereta. Kalau nak balik kampung pun boleh gerak sendiri.
Quote ellejo 24-12-2020 12:32 PM
aku kawen anak tunggal (adik beradik meninggal).
ni berbalik pada jantan tu juga reti balance mak bapak dgn bini ke tak.

aku kena marah katanya tak memahami situasi hidup dia.
mak dia pun sama kena marah katanya tak menghormati hidup dan perkahwinan dia.
menangisla kami menantu mertua di bucu meja di subuh raya.
Quote bakawali_04 24-12-2020 12:37 PM
Buritan replied at 24-12-2020 12:21 PM
Sila kawinkan anak dgn pelacur.. bila nak bayar.. senang.. reta pun total mak pak punya.. anak pum ...

mmg stress kalau laki anak mak
lagi stress yg bkn anak mak
tapi mcm2 kena buat utk mak
yg plg pntg skrg ialah laki dia
kalau laki dia still menurut
either dia sabar & redha
atau angkat kaki aje la
sbb jenis family konker nie
mmg bukan senang nak ubah
melainkan ko terpaksa bertahan makan hati


Quote 3480 24-12-2020 12:47 PM
Semua org kna Ada sifat timbang rsa.. klu semua ni xdak.. sampai ajm la
Quote ninnamina 24-12-2020 12:56 PM
Aku harap aku nanti dapat jadi MiL yg menyenangkan anak menantu.. lama lagi anak baru 4tahun. Hahah
Quote mamaida28 24-12-2020 12:58 PM
saya sebgai mak dan mak mertua - kalau bolh x mau masuk campur urusan anak2..cukup sekadar tanya khabar dah la..depa nak dtg ke, x nak ke,saya ok
raya pun saya x kisah, nak raya dgn saya ke x ke ..sy ok..
kalau kejap beraya dgn saya, pun saya ok..
kalau perlu, saya bg tau awal2, mcm nak g cuti ramai2 ke, saya suka plan dulu..kalau boleh semua g sekali..
Quote glump 24-12-2020 01:17 PM
Kadang mertua nie fikir masalah dia. Takkan anak lelaki Tak boleh tolong etc.
Ada kawan tu nyaris bercerai gara2 sikap keluarga mertua..pertama,suami tiada kerja hanya bantu  isteri .suka2 suami Tak hadir kerja sebab menghantar keluarga membeli barang,urusan harian.,jemputan,ziarah etc.kehulu hilir pakai kereta minyak isteri bayar. Boleh pulak pakej jadi runner kalau keperluan ank sedara ie ank adik2nya abis. Orang tua dia pulak kaki merayap2 tiba2 mintak si suami antor mcm order grab.adk2 ipar pulak kata si isteri nie berkira nak rampas harta depa. Kalau jadi isteri kau patut buat apa
Quote Tinot7 24-12-2020 01:18 PM
Link fesbuk tu takde ka?
Quote Artemesiaa 24-12-2020 01:20 PM
Mak jenis macam ni elok cari menantu perempuan yang dah yatim piatu.  Kalau dapat yang masih punya keluarga dah jatuh mendera namanya.  Hidup anak menantu akan sentiasa tertekan tak akan tenang dan bahagia jika mereka selalu diganggu.  Ramai kata kena bersabar tapi namanya manusia selama mana mereka sanggup sentiasa bersabar dan mengalah.  
Quote rosasen 24-12-2020 02:13 PM
kalo dh tiap minggu tu sape x naik hangin.. laki pn satu.. x pandai kata tak. skali shopping tu beli la utk sebulan terus.
Quote matchstick 24-12-2020 02:20 PM
Anak lelaki tu kalau ada duit lebih beli la kereta kecik second hand pun takpe bagi mak ayah pakai..
Quote dua_chzy 24-12-2020 02:45 PM
ellejo: aku kawen anak tunggal (adik beradik meninggal). ni berbalik pada jantan tu juga reti balance mak bapak dgn bini ke tak. aku kena marah katanya tak me ...


Aiol suka laki uol. Dua2 dia sayang tapi dua2 dia tak ragu2 kasik nanges untuk pertahankan pendirian dia.
Quote kroit92 24-12-2020 02:47 PM
ohh.. page KRT.. hmm.. yelah..

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.478377 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top