CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekik Dan Dipanggang Atuk, Nenek Kerana Menangis

24-12-2020 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3440| Komen: 15

Moscow: Angkara mabuk, sepasang datuk dan nenek di wilayah Siberia, Rusia bertindak kejam mencekik sebelum membakar cucunya di dalam ketuhar selepas tidak tahan mendengar tangisan kanak-kanak itu.



Dima

Memetik Daily Mirror, pasangan berusia 48 dan 52 tahun itu diberi kepercayaan menjaga sementara cucu mereka bernama Dima ketika anak dan menantu mereka, Maria, 20, dan Dmitry Shcherbakovy, 25, keluar seketika.

Ketika Maria dan Dmitry tiba di rumah terbabit, mereka tidak nampak kelibat kanak-kanak itu dan menemui pakaiannya saja.


Dmitry dan Dima

Maria dan Dima

Kredit foto: The Sun

Pencarian mereka berakhir apabila melihat mayat anak mereka diselaputi salji di luar rumah sebelum melaporkan kejadian kepada polis.

Susulan itu, polis menahan pasangan terbabit selepas didakwa melakukan pembunuhan itu di Kemerovo, barat daya Siberia.

Menurut polis, kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh kejam apabila dicekik sampai mati sebelum dibakar dalam ketuhar.


Sumber: Harian Metro


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 24-12-2020 12:53 PM
Kesiannya.. dah la comel..
stress agaknya atok tu dgr budak menangis. Harap dapat balasan.
Quote sharlenetexas 24-12-2020 12:56 PM
Pelik2 dari Rusia, India, Indonesia dan China.

Quote Artemesiaa 24-12-2020 12:57 PM
Apa diharap dari orang mabuk untuk menjaga membunuh pun berani punya
Quote Tinot7 24-12-2020 01:01 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Mooverine 24-12-2020 01:13 PM
Kesiannya, budak kecik lagi tu. Comel lagi.
banyak kes kejam-kejam dari Russia... seangkatan dengan India dan Indonesia.
Quote makneng 24-12-2020 01:22 PM
Haduii dah la nak raya, hilang anak hilang makpak angkara arak. Sedih betul!
Quote Kurex 24-12-2020 01:34 PM
Kejam betul leluhur oksana ni
Quote any42 24-12-2020 02:56 PM
ksiannya baby   biasanya atuk nenek syg sgt kt cucu. ni sjnis gila smbil jga cucu pun dok minum smpai mabuk pastu bt bnda bodoh
Quote husna_amal 24-12-2020 03:07 PM
Kat rusia ni kalau keluar cerita bunuh dahsyat sungguh dia punya kejam.
Quote Scheherazade 24-12-2020 06:31 PM
Kesian baby comel ni. RIP.
Quote cmf_premierleag 24-12-2020 06:37 PM
apa kata sis @white_musk ?
leluhur uols ni kan
Quote liyamariska 24-12-2020 07:57 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote highcastle 24-12-2020 10:36 PM
Angkara mabuk.........
Quote rrgal 24-12-2020 11:31 PM
Tak sanggup bayangkn
Quote Jemahjemah 25-12-2020 02:14 AM
Kesian {:cryrun comel giler budak ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.364610 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top