CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bagi 12 Jam, Kalau Tak Saya Buat Laporan Polis" - Fauzi Nawawi

24-12-2020 01:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9306| Komen: 26|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


Fauzi Nawawi berang apabila gambar keluarganya digunakan sebuah akau media sosial untuk iklan skim pelaburan tanpa kebenarannya.

Justeru, pelakon itu memberi amaran keras dan memberi masa 12 jam bagi pengendali Facebook berkenaan memadam gambar terbabit.



Kredit foto: IG

"Saya tak suka nak marah-marah pagi-pagi ni, tapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan nafsu amarah orang lain dengan buat kerja tak betul ni.


"Kalau pelaburan tu sejenis scammer, apa jadi pada pelabur dan keluarga saya? 

"Saya minta sangat akaun ni padam dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan polis," ujarnya di Instagram.


Kredit foto: IG

Fauzi bagaimanapun berkata, dia tidak kisah sekiranya gambar mereka digunakan bagi tujuan mempromosi produk atau program bermanfaat. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-12-2020 01:36 PM
Kemain marah kan......
Quote annadonna 24-12-2020 01:39 PM
Betullah tu. Lagipun nak guna gambar orang utk endorsement kenalah bayar atau at least ada persetujuan
Quote mystica 24-12-2020 01:45 PM
gila la.. suka2 pakai gmbr org... siap letak logo halal..
Quote tompie 24-12-2020 01:49 PM
Apasal nak tunggu 12 jam.. Saman terus je.
Quote kiah_mai_pulak 24-12-2020 02:00 PM
ketahian apakah innehh????
Quote TomyamPuteh 24-12-2020 02:11 PM
Nsb baik famili aku harta kurang rupa pon tiada.
Klau x msti jd mcm si fauzi ni
Quote c===8 24-12-2020 02:34 PM
dulu bukan dia ada benda nak repot polis dan saman kan?
x ingat isu apa
Quote EvieWanKenobi 24-12-2020 02:49 PM
Fauzi bagaimanapun berkata, dia tidak kisah sekiranya gambar mereka digunakan bagi tujuan mempromosi produk atau program bermanfaat
gambar yang dulu tu caner?
Quote sarahmirza 24-12-2020 02:50 PM
tompie replied at 24-12-2020 01:49 PM
Apasal nak tunggu 12 jam.. Saman terus je.

Prosedur kot?
Bukan biasanya sebelum nak saman biasa org bagi peluang buat permohonan maaf secara terbuka dlm masa tertentu.. Habis tempoh baru saman...
Quote kiah_mai_pulak 24-12-2020 02:51 PM
c===8 replied at 24-12-2020 02:34 PM
dulu bukan dia ada benda nak repot polis dan saman kan?
x ingat isu apa

isu video capmelan
Quote husna_amal 24-12-2020 02:56 PM
gambar yang dulu mungkin jadi manfaat
Quote c===8 24-12-2020 03:02 PM

dia jadi saman & repot polis ke?
Quote sukacactus 24-12-2020 03:36 PM
Camni mmg patut marah
Kalau aku report terus je
Takde diskaun2
Quote damian_lee 24-12-2020 03:39 PM
sedangkan yang dah sign contract ... tamat contract masih ada papan iklan pun kena saman
inikan pula suka2 mencedok gambar orang mcm tu
buat plak skim pelaburan ntah apa2 .....


memang cash la kalau kena saman sampai tinggal spender
Quote mrsbob87 24-12-2020 04:08 PM
hahahahah yang logo halal tu pehal??

kira shariah compliance ler tu...
hawaunye scammer
Quote AshKetchum 24-12-2020 04:37 PM
kes gambar video bebird yang kau beria nak saman netizen tu apa citer?
Quote c===8 24-12-2020 04:51 PM
kalau ye pun nak iklan melabur walaupun kencing letak la gambo artis yg nampak bijak
Quote dudaberhias 24-12-2020 04:56 PM
iklan2 macamni sape lagi kalau tak bukan scammer je la yang gigih curi gambar dan edit ala2 pakai paint atau word macamtu....

report pun selalunya tak boleh kesan sebab tak berdaftar... scammer kan
Quote September14 24-12-2020 05:01 PM
Ini logic dia nk saman dsb

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 2.174406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top