CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Perempuan Dimakan Singa Ketika Keluar Ke Tandas

24-12-2020 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9799| Komen: 65



NEW DELHI – Seorang remaja perempuan maut dibaham dua ekor singa ketika dia ke tandas luar rumah di sebuah ladang di India, kata pihak berkuasa.

Bhavna Baria, 14, dipercayai dibaham singa jantan yang berkeliaran di kawasan perkampungannya beberapa hari lalu.

Renjer hutan berkata, Bhavna diserang semasa keluar membuang air pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Isnin lalu di sebuah ladang di daerah Junagadh, Gujarat.

Akhbar The Sun UK kelmarin melaporkan, mangsa yang tinggal di Kampung Dhanfuliya keluar bersama sepupunya, Rekha sebelum singa itu tiba-tiba muncul lalu menerkamnya.

“Semsa singa menyerang, Rekha melompat ke dalam tangki air berhampiran. Singa itu berjaya membaham Bhavna dan membunuhnya sebelum me-nyeret mayat gadis itu ke ladang berhampiran dan memakan sebahagian badannya.


“Kakitangan kami bergegas ke lokasi kejadian dan berusaha menyelamatkan mangsa, namun gagal. Mereka cuma mendapatkan semula mayatnya,” kata Timbalan Pelestari Hutan Gir Somnath, Ushman Nanavati kepada akhbar The Indian Express.

Rekha dilaporkan menjerit meminta pertolongan daripada penduduk berhampiran semasa serangan berlaku.

Ketua Polis Vanthali, Konstabel Shailesh Sondarva berkata, haiwan pemangsa itu dihalau dari lokasi kejadian selepas setengah jam insiden berlaku.

“Pada ketika itu, dua ekor singa berkenaan memakan bahagian bawah badan gadis itu,” katanya.

Dhanfuliya terletak kurang daripada 20 kilometer dari sempadan Santuari Hidupan Liar Girnar, satu kawasan hutan di-lindungi yang merupakan habitat kawanan singa itu. 




Sumber – Agensi/Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-12-2020 05:40 PM
kesiannya.. tak pasal2 je..
Quote eplasbpafree 24-12-2020 05:50 PM
Terkesima membaca berita ini.
Quote akies 24-12-2020 05:51 PM
Ngeri nyee
Quote matchstick 24-12-2020 05:57 PM
Kesian naseb wanita di India sana..tandas di rumah pun takde. Tak jadi mangsa rogol jadi mangsa haiwan buas pula
Quote sarah82 24-12-2020 06:13 PM
Perghhhh.. Dasyat.
Quote spankee_fili 24-12-2020 06:15 PM
Dorang halau je singa tu, tak bunuh?
Macam pernah dengar kalau dah sekali rasa daging manusia nanti nak lagi..
Quote Nenolen 24-12-2020 06:17 PM
Innalillah...kesian betui...
Quote dudaberhias 24-12-2020 06:19 PM
Tengok gambar singa tu kurus dan tak bersih, mesti terlampau terdesak nak cari makanan kalau tidak takkan sampai separuh badan cepat je deorang baham.
Quote renko 24-12-2020 06:20 PM
horror betul
Quote kelapaparut 24-12-2020 06:34 PM
matchstick replied at 24-12-2020 05:57 PM
Kesian naseb wanita di India sana..tandas di rumah pun takde. Tak jadi mangsa rogol jadi mangsa haiw ...

kann..kat malaysia pulak, pompuan2 jd mangsa kebuasan pu, dai , ustat2 guru besar sekolah agama, susah jd pompuan kat india atau kat msia
Quote Scheherazade 24-12-2020 06:47 PM
dudaberhias replied at 24-12-2020 06:19 PM
Tengok gambar singa tu kurus dan tak bersih, mesti terlampau terdesak nak cari makanan kalau tidak t ...

Den pun fikir sama gak. Singa tu kurus sgt smpai nmpk tulang. Mgkn terlmpau lapar la kot, tu yg baham budak
Quote Belibis 24-12-2020 07:07 PM
Teringat movi hindi,lakonan akshay kumar,'Toilet'
Memang leluhur buang air dalam utan.klau yang modern jer ada tandas dalam umah.
Quote makneng 24-12-2020 07:15 PM
Singa kat India pun baham pompuan. Haduiii... Lain kali pilih hok jate..
Quote ellejo 24-12-2020 07:33 PM
makneng replied at 24-12-2020 11:15 AM
Singa kat India pun baham pompuan. Haduiii... Lain kali pilih hok jate..

hok jate mana pergi jamban buang air makneng oi. depa kan pancut je tepi dinding rumah tu
Quote Tinot7 24-12-2020 07:38 PM
Takziah kpd keluarga.
Quote Megikari 24-12-2020 07:51 PM
Aku tunjuk artikel ni kat anak aku yg penakut nak g tandas malam2. Nikmat apakah yg ko nak dustakan nak oiiii
Quote orkidorkido 24-12-2020 07:52 PM
So sad .. tandas masih jauh dari rumah.
Singa yang dalam gambar tu first time aku tengok. Ingat singa warna oren macam lion king tu. Yang ni lain sikit color
Quote dauswq 24-12-2020 07:52 PM
jarang dgr berita singa baham org kt india.. sbb india ni terkenal dgn harimau bengal rather than singa..

rupanya populasi haiwan ni mmg tercampak satu tempat saja kt india, iaitu kt gujerat saja.
Quote makneng 24-12-2020 08:23 PM
ellejo replied at 24-12-2020 07:33 PM
hok jate mana pergi jamban buang air makneng oi. depa kan pancut je tepi dinding rumah tu

Hok kencing sepah lah patut kena tokak dek singo.. Hancing merata.. Ke singo toksey perangai serupo demo jugak? Main pancut jah. Kiro sekaum gituh. Hahaha

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.124256 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top