CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permintaan Paling Mencabar, Pelanggan Minta Tulis Karangan Atas Kek!

26-12-2020 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10790| Komen: 43

Bukan sepotong dua ayat, sebaliknya ia ucapan panjang yang dikarang oleh seorang anak sempena sambutan hari lahir bapa tersayang!

Itulah tugasan perlu dilunaskan pembuat kek ini demi memenuhi permintaan pelanggannya yang mahu ucapan tersebut ditulis di atas kek tempahannya.


Menurut pembuat kek berkenaan, Fuad Ismail Iskandar, 31, dia mengakui tugasan tersebut paling mencabar sepanjang hampir tiga tahun berkecimpung dalam bisnes bakeri.


Kredit foto: FB

"Pelanggan ni sebenarnya dah pernah tempah kek dengan saya... kali ini dia tempah untuk sambutan hari jadi ayahnya. Mula-mula masa dia buat permintaan untuk tulis 'wording' tersebut atas kek, saya terkejut juga sebab panjang.

"Tapi demi kepuasan pelanggan, saya cuba berikan yang terbaik. Dan pelanggan tu pun kata, dia percaya team saya pasti dapat realisasikan permintaannya.


"Alhamdulillah, pelanggan tersebut berpuas hati dan itu juga kepuasan untuk saya dan team," katanya kepada mStar.

Senang disapa sebagai Fuad, lelaki ini berkata tugasan tersebut perlu dilakukan dengan penuh fokus agar tidak berlaku kesilapan ejaan dan sebagainya.

"Boleh dikatakan ini yang paling mencabar. Perlu beri tumpuan 100 peratus.. lengan, posisi badan pun mainkan peranan. pertama sebab tulisan ini panjang, dan kedua, ia ditulis di atas permukaan 'chocolate ganache' yang lembut.

"Ini kalau salah eja, memang habis sebab kena simbah semula lapisan coklat di atas kek. Saya ambil masa kira-kira 45 mint untuk siapkan wording tu. Memang lenguh jugalah," katanya sambil berseloroh.

Tambah Fuad, dia sekadar suka-suka membuat perkongsian di laman Facebook Masak Apa Tak jadi Hari Ni kerana sering memuat naik hasil dekorasi kek di laman sosial.

"Tak sangka boleh viral... Saya tahu pun selepas team saya dan pelajar yang ikuti kelas baking online yang beritahu. Alhamdulillah, selain dapat komen positif, kami juga dapat mesej daripada baker-baker lain yang nak sertai kelas online," katanya.


Loading FB Post...

Loading FB Post...

Bercerita serba ringkas mengenai perniagaan bakerinya, Shafwad Cheesecake Johor Bahru, Fuad berkata ia diasaskan bersama dua rakan karibnya, Awal Ibrahim, 39, dan Tamizi Sarbini, 39, sejak hampir tiga tahun lalu.

"Awal tahun 2017, kami dah mula buat kek sendiri dan kek pertama yang kami buat adalah Japanese Cheesecake. Kami buat keputusan berhenti kerja untuk lebih fokus dalam baking sejak 2018.

"Kami mula dapatkan feedback dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Bila semua bagi feedback positif, baru kami berani ambil order.

"Bermula dari situ kami banyak explore segala jenis kek yang wajib ada cheese seperti Japanese cheesecake, basque burnt, oreo cheesecake, mango cheesecake... kami adjust rasa dan tekstur ikut mata dan tekak kami," katanya sambil menambah, Shafwad HQ berpengkalan di Kulai, Johor Bahru.


Kredit foto: FB

Tambah Fuad, dia dan dua rakannya mula mengorak langkah dengan mengadakan kelas secara dalam talian bermula Oktober 2019.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, terlalu ramai yang sertai kelas kami sama ada dari dalam mahupun luar Malaysia seperti Singapura, Dubai, Brunei, United Kingdom dan yang terbaru Mexico. Meraban kami nak buat bilangual segala resepi.

"Tapi best bila ada ahli yang jadikan resepi kami punca pendapatan. Yang ni memang terharu sangat-sangat," ujarnya.

Meskipun rata-rata perniagaan terjejas dek pandemik Covid-19, Fuad dan rakan-rakannya bersyukur kerana perniagaan mereka masih mampu bertahan sehingga kini.

"Sehingga kini kami hanya bekerja di rumah je. Belum berani lagi untuk buka kedai sebab ilmu belum cukup untuk handle bisnes di kedai and modalnya juga besar.

"Semestinya kami nak jadi setaraf dengan kedai-kedai kek yang famous dan berkualiti sekarang ni. Tapi buat masa ini, kami nak kongsi kegembiraan menerusi cheesecake," katanya lagi.


Sumber: mStar

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-12-2020 12:09 PM
wow sungguh teliti dan berseni tangan pembuat kek ni...
iols kadang2 frosting pun fail...
Quote MissyMolly 26-12-2020 12:10 PM
Ya hampun kemasnyaaa!! Terbaik chep
Quote Normabaru 26-12-2020 12:14 PM
Bila buat kerja ikhlas dan out of passion..
Confirm byk order masuk sbb Allah bagi rezeki dgn cara yang tak disangka2.. Semoga maju jaya boss!
Quote renko 26-12-2020 12:14 PM
tulisan kemas
mcm menaip
terbaik
Quote supernaturalee 26-12-2020 12:15 PM
Tulisan die mcm font standard


Orgnya pun helok
Jom buat kek sama2
Tiberrr


Quote sarah82 26-12-2020 12:15 PM
Rasa mcm nak order kek pulak
Quote mbhcsf 26-12-2020 12:18 PM
cantiknyer.....tulisan dia bulat bulat kemas...niceeeee....
Quote KIM.K 26-12-2020 12:22 PM
tak nampak kek karangan
Quote krustykrab 26-12-2020 12:30 PM
Awat la menyusahkn diri mcm ni...tempah je la edible image tu..x pyh spend masa yg byk pun...
Quote lattehazelnut 26-12-2020 12:33 PM
Diorg xtaw ke boleh bg kad hari jadi? Xpun wasap je la.. tulis atas kek sempat ke nak baca.. lepas nyanyi lagu h bday trus potong kek? Nak cucuk lilin lagi..
Quote darkness 26-12-2020 12:52 PM
Pernah jgk order dr kedai kek gini. Elok ja dia tulis..cuma xviral jahh. Mesti tukang tulis kek dia ni bangga tersangat kut sb tu siap post. Hahah...sedangkan tempat sy tempah tu elok xlenguh tulis
Quote gideoncross 26-12-2020 12:54 PM
lattehazelnut replied at 26-12-2020 12:33 PM
Diorg xtaw ke boleh bg kad hari jadi? Xpun wasap je la.. tulis atas kek sempat ke nak baca.. lepas n ...

Mungkin sjenis ank Mithali.
Quote @chik 26-12-2020 01:59 PM
Ada jugak customer mcm ni
Quote kemaruk 26-12-2020 02:03 PM
ok l a tu, dapat gak buat modal viral
Quote AshKetchum 26-12-2020 03:19 PM
kemahen overr yach gambar2 puad ni kat fb terus nampak macam sesuatu jah heshe? buat biasa jah macam dalam gambar mstar ni tak boleh ke kan nampak helokk jahh

Quote jalfa 26-12-2020 03:53 PM
Customer ponn..boleh caj lebih la kot..45 minit  habis masa menaip karangan
Quote Megikari 26-12-2020 04:11 PM
Cantik n kemas tulisan dia. Staf secret recipe patut kursus tulisan kek cantik mcm ni
Quote Mulan 26-12-2020 04:18 PM
Baker & customer happy masing2 good for them larr..

You do you.
Quote epal21 26-12-2020 04:26 PM
lattehazelnut replied at 26-12-2020 04:33 AM
Diorg xtaw ke boleh bg kad hari jadi? Xpun wasap je la.. tulis atas kek sempat ke nak baca.. lepas n ...

Exactly! Mengada customernya. Bbnu ke?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.156917 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top