CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sakit Mata, Setiap Kali Raya Atau Cuti Panjang Lebuhraya (CSR) Merapoh Ke Gua Musang Penuh Dengan Sampah!

28-12-2020 01:03 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6355| Komen: 70|Original author: Oleh: Natrahn


Kotor dan berbau busuk. 

Isu sampah di atas dan di tepi Lebuhraya (CSR) Merapoh ke Gua Musang berhampiran Kampung Padang Tengku sudah berlarutan sejak sekian lama terutama setiap kali musim perayaan khususnya cuti panjang di mana jalan ini akan penuh dengan kenderaan.

Kredit Foto - FB Kelantan State


Beginilah sikap dan mentaliti kelas ketiga pengguna jalan raya apabila membuang sampah dari kenderaan sesuka hati ketika melalui jalan berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Aminuddin Mohd Hashim, 41 bersama kira-kira 10 individu mengambil inisiatif mengutip sampah-sarap yang bertaburan itu berhampiran Kampung Padang Tengku kelmarin.

Kredit Foto - FB Kelantan State

"Dalam masa dua jam, kami berjaya mengutip 20 beg plastik hitam besar, macam-macam kami jumpa, yang paling banyak sisa bekas makanan, plastik, tin minuman dan lampin pakai buang," katanya.

Malah, dia kini merancang mengadakan program amal itu secara bulanan pada setiap hujung bulan disebabkan jumlah sampah lebih banyak.

Mungkin ramai lagi pengguna jalan raya tidak tahu bahawa di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) denda maksimum RM300 akan dikenakan bagi kesalahan membuang sampah keluar dari kenderaan.

Pengguna sepatutnya bersyukur kerana kerajaan menyediakan jalan raya yang lebih selesa dan sewajarnya ia dijaga terutama dari segi kebersihan.

Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah perbuatan tersebut juga perlu dipraktikkan dalam kalangan pemandu dan penumpang kenderaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 28-12-2020 01:13 PM
#sskjp








Prfttttttt
Quote c===8 28-12-2020 01:13 PM
Rakyat berbilang kaum dah lama tau sek2 demo meme pengotor
Quote Eliadaisy83 28-12-2020 01:21 PM
Sskjp depan laman rumah n belakang rumah pon depa buat cam tong sampah.
Quote krustykrab 28-12-2020 01:21 PM
Tuhan dh turunkn penyakit pun tak sedar2 lg umah serambi iwk ni...lebai2 pas tak ajar ke kebersihan tu sebahagian dr iman..lobai dh perintah kelate lama doh tp tak berubah pun minda...ceramah kehulu kehilir pun ttp tertutup hati tu..
Quote Artemesiaa 28-12-2020 01:26 PM
Pergi mana pun sama je perangainya tu sampah main buang ikut suka.  Tempat makan yang dah diarahkan untuk hantar semula bekas makanan ketempat pengumpulan tak dibuat main tinggal je atas meja selepas makan.  Kalau ditegur tahu pulak sentap.
Quote mejaputih 28-12-2020 01:34 PM
Kat bangi ni pun camni..tatau sape punye kerja..
Quote azimodin 28-12-2020 01:59 PM
Benda ni senang je - simpan plastik dalam kereta, masukan sampah dalam plastik, buang kat tong sampah rumah sendiri/hotel.
Quote Lengkong 28-12-2020 02:08 PM
Main buang je..tak berdisiplin






Quote nazzse 28-12-2020 02:19 PM
Eliadaisy83 replied at 28-12-2020 05:21 AM
Sskjp depan laman rumah n belakang rumah pon depa buat cam tong sampah.

Tak disangkal lagi, wlpun aku ni sskjp...stress  dgn jiran kat sebelah, tong sampah dah ada depan rumah, dah penuh tolak masuk rumah kita plak.
Quote PristineOne 28-12-2020 02:31 PM
nazzse replied at 28-12-2020 02:19 PM
Tak disangkal lagi, wlpun aku ni sskjp...stress  dgn jiran kat sebelah, tong sampah dah ada depan  ...

Kawe setuju denge demo...hok puok buwe sapoh nih ...meme menate beruk tok reti baso.
Buak malu jah ko turuney kito.

Quote tikusmontok 28-12-2020 02:37 PM
sskjp dan pengotor berpisah tiada
Quote tikusmontok 28-12-2020 02:37 PM
sskjp dan pengotor berpisah tiada
Quote ultra78 28-12-2020 02:51 PM
krustykrab replied at 28-12-2020 01:21 PM
Tuhan dh turunkn penyakit pun tak sedar2 lg umah serambi iwk ni...lebai2 pas tak ajar ke kebersihan  ...

Sesetengah ummah kelate mmg perangai pengotor mcm tu. TGNA pun dah puas nasihat dah tapi tak masuk dalam otak puak bebal tu.
Quote Kurex 28-12-2020 03:08 PM
Sskjp atas rumah aku, buang kondom dekat bawah tersangkut dekat tingkap bilik aku
Quote tripleid 28-12-2020 03:17 PM
Inilah hasil asuhan lobai pas membangun bersama isle selama 30tahun di kelate
Quote mis_j_alexanda 28-12-2020 04:17 PM
Org lain yg buang sampah, org lain plk yg kena kutip. Bodoh betul.
Quote haruslah 28-12-2020 04:50 PM
ni termasuk puak yg pi bercuti kat kelate x?
mmg ade sejenis spesis yg suka buang sampah ke luar kete
konsep dalam kete sendri bersih
campak ke luar kena kete org ke ape, xpe
Quote TomyamPuteh 28-12-2020 05:00 PM
Kurex replied at 28-12-2020 03:08 PM
Sskjp atas rumah aku, buang kondom dekat bawah tersangkut dekat tingkap bilik aku


Lain mcm sskjp hang ni kurex
Quote binipopeye 29-12-2020 12:00 AM
xkan laaa xtau sskjp ni memang pengotor.. dh bertahun sampah merata patut charge tol mahal lg..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.192003 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top