CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Gemuk Sangat Sebab Tu Tak Boleh Dapat Anak," -Lima Tahun Dihina, Akhirnya...

28-12-2020 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4950| Komen: 26

Wanita mana yang tidak gembira apabila penantian untuk menimang zuriat sejak bertahun-tahun lamanya, akhirnya dimakbulkan Tuhan.

Begitu jugalah kisahnya dengan wanita bernama Hasni Farlina Mohd Sani apabila dia dikurniakan cahaya mata pertama selepas lima tahun menunggu.


Bergelar ibu pada usia 36 tahun, Hasni Farlina menganggap anugerah tersebut adalah ganjaran di atas doa usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.


Foto: FB

"Di usia 36 tahun tahun baru Kakyong jadi seorang ibu, satu keajaiban. Satu perkara yang tidak disangka-sangka. Tapi ianya satu perkara yang tak pernah putus asa, doa. Dan satu perkara yang Kakyong yakin Allah akan bagi bila tiba masanya," tulisnya pada satu perkongsian di Facebook.


Berkongsi cerita dengan mStar, Hasni Farlina berkata dia tergerak untuk membuat perkongsian di laman Facebook kerana mahu menggunakan medium tersebut bagi berkongsi pengalaman bersama kenalan serta pengikutnya.

Loading FB Post...

"Sebagai pemilik sebuah restoran, saya banyak kawan-kawan, kenalan dan customer yang ada masalah zuriat. Jadi, pada saya, Facebook paling sesuai jadi tempat untuk saya menulis dan share pengalaman," katanya kepada mStar.

Menimang cahaya mata yang diberi nama Mateen Uwais Muhammad Haziq Firdaus pada Oktober lalu, wanita ini mengakui dia juga tidak terkecuali menerima soalan 'maut' berkaitan zuriat daripada orang sekeliling.

"Tiap kali hari raya atau ke kenduri kahwin mesti ada yang bertanya, 'bila lagi nak ada anak?'. Dan lebih memeritkan bila orang terdekat mengatakan 'gemuk sangat sebab tu tak boleh dapat anak'. Ya, saya seorang yang obes.

"Selepas perkahwinan pertama gagal, saya perbaiki apa kelemahan saya. Wujudkan sebuah keluarga yang harmoni, happy, tiada stres dan tiada tekanan," cerita pemilik restoran Kelapa Leleh Kampor Original yang terletak di Kampar, Perak ini.

Namun bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, wanita ini tidak pernah berhenti berikhtiar untuk dianugerahkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang bersama suami.

"Saya ada pergi berurut kesuburan dan mendapatkan rawatan kesuburan di pakar sebab saya ada masalah haid. Selepas berubat, haid datang lancar. Dan atas nasihat doktor, saya kurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

"Selain itu, jangan stres. Cukupkan rehat. Saya akui, sebagai owner bisnes, saya sangat sibuk. Untuk dapatkan zuriat, semua ni tak boleh. Minda dan badan kita perlu relaks dan tidak stres.

"Selain itu, jangan putus doa. Niat di hati perlu ada. apa yang di katakan dalam hati, akan menjadi satu doa. Pada saya, kebahagiaan rumah tangga juga main peranan untuk mendapatkan zuriat," ujarnya.

Berkat sabar dengan ujian, wanita ini disahkan hamil pada Mac lalu selepas lima tahun penantian.

"Mulanya rasa tak sedap badan, rasa nak tidur je, makan tak lalu. Dan saya acuh tak acuh je check UPT, sebab takut kecewa. Tapi tengok-tengok naik double line. Syukur tak terkata.

"Malam tu juga saya call mak dan yang terdekat beritahu saya hamil. Siapa yang tak terharu, penantian lama dan saya menutup mulut-mulut orang yang mengatakan gemuk tak boleh mengandung," ceritanya lagi.

Memahami betapa perit bagi setiap pasangan yang berdepan dengan masalah zuriat, Hasni Farlina turut menitipkan kata-kata semangat agar mereka tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki Allah.

"Penantian itu satu ujian. Sabar, usaha dan doa. Betulkan diri kita, bebaskan diri kita dari stres dan bahagiakan diri kita. Sediakan diri kita untuk menanti zuriat. Bila kita dapat pada masa yang tepat, kita akan betul-betul menghargai.

"Usaha berubat. Kedua-dua suami isteri buat rawatan. Jangan salah menyalah.

"Individu luar, hentikan menuding jari pada wanita, isteri atau menantu sekiranya tak ada zuriat. Kita perlu tahu zuriat adalah anugerah Allah. Kita perlu positif dan bukan beri tekanan atau gelaran seperti mandul. Kita patut buang sikap negatif," katanya lagi. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 28-12-2020 11:14 AM
Ok... Pastu
Quote rosasen 28-12-2020 11:17 AM
alhamdulillah tahniah
Quote Meiizu 28-12-2020 11:18 AM
"Malam tu juga saya call mak dan yang terdekat beritahu saya hamil. Siapa yang tak terharu, penantian lama dan saya menutup mulut-mulut orang yang mengatakan gemuk tak boleh mengandung," ceritanya lagi.


yelah..dia pregnant lepas turun 10kg kan?
doktor pun suruh dptkan berat badan ideal
yg cakap2 tu memanglah tak baik tapi sudahnya betul jugakkkan..kena turunkan berat

apa aku cakap nehh
ke dia yg ckp putar
Quote makneng 28-12-2020 11:26 AM
So salah sape? Diri sendiri? Doktor? Ummah?
Quote kimsa-ra 28-12-2020 11:30 AM
Hang pon turunkn berat
Quote MissyMolly 28-12-2020 11:32 AM
Tahniah... berat tu pun iye masalah kesuburan pun iye tp yg lebihnya DIA xmo bagi lagi.. kun fa ya kun.. haaaa tgk! Tahniah ye ibu
Quote Nnasda53 28-12-2020 11:37 AM
Alhamdulillah...tahniah.

Bila dah di makbulkan apa yang di inginkan ramai nya terlupa.Mesti nak kena cerita habisan2 dulu usaha sekian2..mcm tu mcm ni..org tu org ni.Akhirnya ayat yang last baru nak mengaku semuanya dengan kuasa dan izin Allah swt.
Sepatutnya itu lah ayat permulaan buka bicara ish...ish.
Quote krustykrab 28-12-2020 11:37 AM
Ada yg kurus lawa pun x blh beranak sampai mati...x relevant dah nk ckp x blh ngandung sb gemuk sgt...cthnya sitilijah...sheol the luckiest one on earth tuhan makbulkn setiap doa sheol...dpt segala2nya wpun gemuk..ko hader???
Quote raihaneem 28-12-2020 11:42 AM
Edited by raihaneem at 28-12-2020 11:43 AM

Sapa yg mulut capoi tu..esok ni keturunan dia ada yg diuji dgn lmbt dpt anak..susah dpt anak..baru tau.

Ramai ja kwn saya yg gemuk berisi dr ni..anak dah 3-4 org...
Ada yg besaq lg dr ni pun ada ja anak..
Allahuakbar...awat mulut jahat sgt....

Apa2pun tahniah..alhamdulillah...semoga semua yg masih menanti zuriat..yg ttc...berjaya dpt zuriat..insya-Allah..Allah nk beri yg terbaik..
Quote Leeanne88 28-12-2020 12:11 PM
krustykrab replied at 28-12-2020 11:37 AM
Ada yg kurus lawa pun x blh beranak sampai mati...x relevant dah nk ckp x blh ngandung sb gemuk sgt. ...

Aah betul2. Ada kengkawan iols kurus pun dah bape tahun belum ada rezeki lagi. Jiran yang lagi besar dari akak ni anak setahun sorang k. Ada pulak yang berdiet turun sikit berat pun masih belum rezeki. So kesimpulannya, rezeki nak ada anak tu akan datang bila sampai masanya. Orang sekeliling jangan nak judge sangat.
Quote mamajawie 28-12-2020 01:00 PM
iollss 4 tahun ttc tp at last g pakar doktor soh kuruih..tme pkp ri tu turun 15 kg trus preggy..alhamdulillah..so aku ni mmg slh diri sndri sebab gemok..ahahha
Quote husna_amal 28-12-2020 02:58 PM
Baguslah berusaha, amalkan setiap nasihat pakar. Kalau degil rasa diri je betul memang tak menjadi lah.
Quote salmon-suki 29-12-2020 12:53 AM
Ai dunno laa sbb berat boleh buat org tak preggy sbb ada akak y ai kenal ni,,kurus jah orgnya,kawin berbelas tahun daa tp masih xdpt zuriat..mcm2 dah buat..adik dia pn kurus jee..preggy salu gugur..baru last two months bersalin,lps lama berusaha..

So,ai mmg doubt org ckp gemuk or kurus affect pregnancy sbb surrounding ai xmcm tu..macik ai y gemok senang je preggy...dia badan berisi and time kawin tu,both dah late 30s..and ada y macik tu 40s preggy.. Alhamdulillah..sehat comel jah anaknya..hmmm..
Quote anony-mous 29-12-2020 02:24 AM
Apa pulak org tu hina??? Ko patut trima kasih sbb org tu nasihat benda betul. Doc pon setuju n ko sendiri buktikan kata2 org tu betul. Benci betul spesis gemok mcm ni
Quote sarahmirza 29-12-2020 11:13 AM
So betul la mulut yang cakap sebab dia gemuk susah nak pregnant... Dah tu kenapa sentap? Turun 10kg baru pregnant kan...
Quote cikdumbo_92 29-12-2020 04:42 PM
Dumbo ada kawan yg tersangat obes tp anak dah 5 ye..siap ada kembar lagi..dumbo baru nk masuk 2 tahun kawin, masih menunggu lagi baby pertama..dumbo jumpa doktor pun doktor suruh turunkan berat walaupun bmi dumbo ideal..huhu
Quote rogayahtop 30-12-2020 03:35 AM
hormon yg stabil tu penting. kalau keje shift tu mmg hormon huru hara dik non. tidor cukup, nutrition terjaga, exercise 3 jam seminggu, tu sgtlah membantu. berat mmg kena range2 normal. kalau obese mmg susah nak lekat, bende tu berenang2 je jumpa lemak agaknya. nak turun berat tu paling senang bagi extra kat parents. confirm takde duit lebih nak melantak weekend2.  masa first yr kawin tu weekend jenis makan luar memanjang kalau simpan duit tu dpt dah tv 80" cash agaknya.

tp sila dptkan nasihat doktor, kalau dengar makcik2 fb ni mcm2 la petua merapik.

Quote Suchi 30-12-2020 08:19 AM
salmon-suki replied at 29-12-2020 12:53 AM
Ai dunno laa sbb berat boleh buat org tak preggy sbb ada akak y ai kenal ni,,kurus jah orgnya,kawin  ...

Penah baca kalau kurus sangat pun susah gak nak mengandung.
Penah tengok dalam tv ada sorang Host omputeh ni doc dia suh naikkan sikit berat badan kalau nak ngandung.
Rendah sangat body fat bagi sorang pompuan mmg tak elok sgt sbb bg kesan kat hormon kesuburan tak silap.
Mcm pompuan yg obses sangat nak slim fit yg nak buat badan sado bagai tu kan biasanya dorang mmg aim nk body fat serendah2nya tp sebenarnya tak elok sgt kang nnt tiba period tak dtg dah mcm menopous plak.
Begitu juga kalau terlalu obese kan, sbb tu la kena bersederhana.
Bab rezeki anak ni bagi iols semuanya atas kehendak Allah nk bg bila sbb ada je kes yg tak de apa2 masalah pun cuma belum masanya lagi.
Iols ada kawan yg berbadan montel tp kemainlah suburnya tiap tahun mengandung la ni je dah stop kot sbb dah berderet2 anak dia.
Quote salmon-suki 30-12-2020 02:15 PM
Suchi replied at 30-12-2020 08:19 AM
Penah baca kalau kurus sangat pun susah gak nak mengandung.
Penah tengok dalam tv ada sorang Host ...

Yee sis..dats why ai ckp,y duk kritik gemuk xdpt anak,tu invalid..kurus mudah beranak pn invalid jgk..y penting dalaman kena jaga n kuasa Allah..y paling ai geram n rasa nak tampar2 tu bawang2 busuk duk pungpang duk tny..mcm laa kalau beranak dia nak tanggung lampin susu semua..

Jijik dgn manusia mcm ni..kepochi tp bila kita kritik dia,sentap lebih..puihhhh~

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.205357 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top