Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat (AS) menang tuntutan saman terhadap ibu bapanya yang didapati bersalah membuang koleksi permainan dan barangan lucah miliknya yang bernilai ASD25,000 (RM101,513).
Metro UK melaporkan David Werking mengemukakan permohonan itu bagi menuntut ganti rugi kerana mendakwa menanggung kerugian akibat tindakan ibu bapanya itu. Tertuduh, Paul dan Breth yang masing-masing berusia 68 tahun melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Grand Haven, Michigan. Pasangan itu naik berang selepas David berpindah ke Muncie, Indiana, sehingga bertindak membuang kaset, cakera video digital (DVD) dan mainan milik anak mereka itu. Ini kerana David tinggal bersama mereka pada 2016 dan 2017. Menerusi tuntutan David, lelaki itu menyatakan hanya sebilangan barangan miliknya secara semula jadinya bersifat pornografi dan tiada satu daripadanya adalah barang terlarang.
Hakim bersetuju dengan tuntutan David bahawa kedua-dua defendan tidak seharusnya memusnahkannya barangan ditinggalkan plaintif. Star Press melaporkan David mengemukakan tuntutan saman pada 2018 selepas bertanyakan kepada ibu bapanya di mana barangannya itu, sebelum diberitahu, ia dibuang. E-mel yang dihantar oleh Paul menyatakan: "Saya tidak menyimpan barangan pornografi kamu dan ia sudah dibuang. "Saya mungkin terlepas beberapa barang yang kini ada dalam simpanan kamu tetapi jika tiada, ia sudah dilupuskan. "Jujurnya David, saya menolong kamu dengan menyingkirkan semua benda ini," katanya. Werking melaporkan pemusnahan pornografi itu ke pejabat sherif tempatan dan menghantar lebih daripada 40 e-mel yang memperincikan DVD, kaset dan mainan yang didakwa hilang. Ibu bapanya mempunyai masa hingga Februari depan untuk mencapai persetujuan mengenai pembayaran ganti rugi itu yang akan dikemukakan di hadapan hakim. Sumber: Harian Metro
|
Kurex replied at 28-12-2020 12:59 PM
Dah pindah, tu angkut la semua barang. Ni la anak2, nak rumah dia kemas teratur, barang2 dia, dia le ...
rainbowrainz replied at 28-12-2020 12:47 PM
Iols org pertama komen..hahahahah
tikusmontok replied at 28-12-2020 06:30 AM
so.....kita semua kena gelabah tetek ke? (bak kata @kak_kiah_mai_dah)
helicornia replied at 28-12-2020 08:42 PM
bodonye hakim
masalahnye tu rumah parent.bukan isu personal property
ADVERTISEMENT